Ikatan perkahwinan ibarat melengkapi hidup antara satu sama. Jika salah seorang pergi dulu, pastinya kerinduan itu sukar nak diungkapkan dengan kata-kata. Sama seperti Shuib, pemergian bidadarinya benar-benar buatkan hidupnya terasa kosong, apatah lagi dengan anak yang masih kecil.
Menerusi perkongsian Shuib di instagram, sempena hari lahir arwah Siti Sarah hari ini (15 September), ia benar-benar buatkan dirinya terasa sayu apatah lagi bayi pramatang yang dilahirkan sebelum arwah pergi sudah dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelumnya.
Shuib akui tahun ini tak sama seperti tahun-tahun sebelumnya namun sebagai pemegang amanah menjaga empat cinta hati mereka, kesedihan itu tidak boleh ditunjukkan depan anak. Dia harus kuat demi anak!
Malah apa yang membuatkan Shuib bersyukur, Allah ambil insan yang dia sayang tetapi digantikan dengan kehadiran bayi lelaki sebagai hadiah terakhir dan sangat bernilai buatnya seisi keluarga.
Selepas sebulan pemergian arwah Siti Sarah dan bersempena dengan hari lahir arwah, Shuib telah membawa ketiga-tiga anaknya selain Ayash ke pusara Siti Sarah yang telah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 yang lalu.
ARTIKEL BERKAITAN [Selamat Hari Jadi Ibu, Raikan Ayash Dengan Selawat Nabi, Kakak & Abang Jadi Pendamping Setia]
Menerusi kapsyen di instagramnya itu, Shuib memberitahu yang dia serta anak-anak datang untuk menyambut hari lahir arwah di ‘rumah’ baru arwah. Walaupun keadaan tak sama seperti tahun sebelum ini namun pelawak tersebut memaklumkan yang kasih sayangnya tetap utuh.
“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dengan Anak2 sambut Birthday U dekat rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH. Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN 5 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya
Sehari sebelum ulang tahun kelahiran ibu, Shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak berkongsi kegembiraan seluruh ahli keluarganya menyambut kepulangan anak bongsu tersayang selepas lebih sebulan berada di hospital sejak dilahirkan.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [“Kakak Nak Jaga Adik, Sanggup Berjaga Malam” Kepulangan Baby Ayash Pengganti Arwah Siti Sarah Di Rumah]
Jelas sekali terpancar senyuman di wajah abang dan kakak menyambut kehadiran adik baru dan masing-masing sanggup menjaga Ayash. Andai kata arwah Siti Sarah ada, pasti arwah gembira melihat gelagat anak-anaknya yang begitu teruja dengan adanya adik baru.
Sumber: Instagram Shuib Sepahtu
Mama jom rileks jap, klik link ni!
KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)