Hari ni gaji, tapi esok lusa dah habis. Lepas tu tertunggu-tunggu gaji berikutnya. Selalunya macam tu la kan. Omputih kata, “Living from paycheck to paycheck”…dari gaji ke gaji..hujung bulan tunggu gaji masuk, tapi awal bulan berikutnya dah habis. Ibaratnya duit masuk untuk singgah sekejap sebelum keluar semula.
Bayar hutang, bayar komitmen. Majoriti daripada kita hidup dalam keadaan macam ni. Bergantung pada gaji tanpa ada side income. Bergantung pada gaji tanpa ada simpanan yang mencukupi.
Inilah “harga” sebenar yang perlu kita bayar setiap bulan. Orang kata, penapis air perlu ada di setiap rumah, maka kita pun pasang. Bosan selalu tengok siaran yang sama, cerita yang tak best, maka kita pun langgan siaran berbayar.
Kereta dah lama, maka kita pun tukar. Data internet tak cukup, maka kita pun ambil data lebih dengan kadar bayaran bulanan lebih. Keluar model telefon baru, maka kita pun tukar walaupun telefon masih boleh digunakan.
Ads
Semua itu untuk keselesaan kita, kepuasan hidup kita. Sebab tu gaji masuk hari ni, esok lusa dah habis. Hutang tu kita yang buat. Komitmen tu juga, kita yang buat. Jarang ada yang kurangkan komitmen dan hutang untuk ada duit lebih.
Besar periuk, besarlah keraknya kan. Dah sinonim, susah nak ubah. Kalau besar periuk, tapi kurang keraknya, maka apa yang kita dapat lebih adalah nasi. Jadi kalau tinggi pendapatan, tapi rendah hutang dan komitmen, maka apa yang kita dapat adalah duit lebih.
Ads
Taraf hidup kita, living style kita, kita create based on pendapatan. Ini hakikat, amalan zaman berzaman. Oleh sebab itulah gaji kita tak pernah cukup.
Lepas ni mungkin kita boleh pertimbangkan antara keperluan atau kehendak. Ini penting untuk memastikan ekonomi keluarga stabil dan tak terhimpit dengan hutang.
Kredit: Firdaus Shakirin
Ads
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah pada mama papa mana sekalipun pastinya merasakan tempoh membesarkan anak-anak adalah waktu yang sukar. Melayan karenah mereka, rajuk mereka dan tidak kurang perangai yang berbeza-beza menjadikan semakin sulit.
Namun semua inilah momen terindah yang seharusnya dikenang oleh mama dan pama. Jangan sekali-kali merungut kerana sampai masalah kita akan merindui detik-detik indah ini.
Perkongsian ayah bernama Ahmad Affzan Abdullah di facebook ini memang sweet. Bercerita ringkas menidurkan ketiga-tiga anaknya ketika masih kecil sudah mampu menjentik rasa hati yang paling dalam. Dengarkan perkongsian ringkasnya. Mama papa kena tiru ni. Jangan merungut!
Momen-momen begini membuatkan aku bersyukur Tuhan memilih aku menjadi seorang ayah.
Saat anak tidur berbantalkan paha, berbantalkan bahu. Sampai bila pun akan dikenang.
Orang lain mungkin rimas, tapi aku suka. Biarlah aku tak bergerak dari situ pun tak apa, asal anak tidur lena. Sambil-sambil itu, akan aku usap rambutnya dan membisikkan doa serta kata-kata cinta di telinga.
Aku masih ingat ketika anakku yang pertama aku dodoikan hingga terlena di tanganku. Jam 3 pagi, setelah puas aku ‘usung’ dari bilik ke ruang tamu, ke dapur, dan kembali ke ruang tamu, namun menangis tak berhenti-henti. Dan pada pukul 8 pagi itu, aku harus kembali segar untuk mengajar.
Ketika di UK, anak aku yang kedua pula sering aku tidurkan di bahu. Dan aku pun terlelap sama, sambil duduk. Begitulah posisi kami tidur sementara menunggu isteriku pulang dari mengajar di sekolah mat saleh yang berdekatan.
2 jam tidur berpelukan begitu, pasti akan aku ingat selamanya.
Anak yang ketiga, aku tidurkan dalam keadaan diri berperang dengan depresi selepas kegagalan PhD dan kematian Abah. Tangisan kamu bergema di serata rumah, tangisan Abi siapa yang tahu. Namun cinta tak pernah kurang.
Anak-anak, kadang-kadang memang kami garang, terlepas melepaskan emosi. Tidak sekali-kali itu bermakna kami benci dan berputus asa menjaga kalian.
Dalam hati, kalianlah hidup kami.
Apa saja yang kami tak sanggup usahakan, asal kalian membesar menjadi manusia berguna kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Tidurlah, nak.
Paha dan bahu kami sentiasa ada untuk kalian bermanja. Sampai masanya, terbanglah semua menunaikan amanah masing-masing sebagai manusia di bumi Tuhan.
Doa kami sentiasa diiringkan. Moga kami dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna.
Semoga Tuhan reda.
Kredit: Ahmad Affzan Abdullah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Abang, kakak..bagilah dekat adik. Adik kan adik” pernah tak anda alami situasi seperti ini? Boleh ke abang atau kakak sahaja yang perlu beralah dalam situasi dan adakah situasi ini akan memberikan kesan panjang kepada si abang atau si kakak? Ikuti perkongsian daripada Ibu Rose (Penulis Keibubapaan dan Kekeluargaan).
PERLUKAH KAKAK ATAU ABANG MENGALAH SETIAP MASA?
SOALAN:
Ibu, Anak sulung saya lelaki (6 tahun) adiknya pula 1tahun 6bulan. Saya tahu dia memang sayangkan adiknya. Tapi, ada masanya dia marah-marah dan akan menangis sebab dia terpaksa beralah dengan adik. Contohnya dia isi air dalam botol minuman untuk dia minum. Tapi, bila adiknya nampak adiknya nakkan juga botol minuman tu.
Saya serba salah. Sebab bila saya minta adik pulangkan botol pada abang, si adik enggan dan akan menjerit. Akhirnya saya terpaksa minta abang beralah. Saya katakan, dia seorang abang yang baik dan sayang pada adik. Kemudian dia akan menangis dan saya biarkan sampai dia reda. Then, barulah saya peluk dan pujuk.
Betul ke cara saya ni Ibu?. Kalau dulu, saya suka marah-marah, tapi sekarang saya tak nak marah-marah lagi.
JAWAPAN:
Ini satu peningkatan bagi puan. Dalam masa yang sama, Ibu ingin puan naik ke satu tingkat lagi. Puan perlu kuat hati untuk memberi peluang abang untuk menang sekali-sekala.
Dan mengajar anak yang kedua itu juga mengalah serta tidak mengambil barang abangnya sewenang-wenang. Walaupun masih kecil, kita boleh mendidik dengan sabar ya : )
Kita tidak mahu abang itu akan timbul kepercayaan diri yang dia sentiasa perlu mengalah kerana dia sulung. Dan yang paling penting, kita tidak mahu adik itu mendapat kepercayaan bahawa dia boleh ambik semua barang abang dia dan abang perlu mengalah.
Ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anak kedua itu selalu membuli si abang. Fenomena ini biasa kita lihat bukan? Abang sulung selalu mengalah bila ada perebutan harta pusaka. Ibu melihat sendiri terjadi pada arwah ayah ibu.
Lagi satu bila si abang sudah besar, dia tiada the ability to negotiate and win. Susahlah karier atau bisnesnya.
Adakah perkongsian Ibu hari ni membantu sayang memahami parenting lebih baik?. If yes, cer say ‘Ya’
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tali pusat atau umbilical cordberfungsi menghubungkan antara bayi dalam kandungan dengan ibunya. Bayi dalam rahim akan menerima nutrien dan oksigen melalui uri yang terlekat pada dinding dalam rahim. Uri disambungkan kepada bayi melalui tali pusat.
Bila bayi sudah lahir, tali pusatnya akan dipotong dan ia bermaksud penggantungan terhadap tali pusat dan uri untuk bayi mendapat nutrien dan oksigen telah terhenti.
Pemotongan tali pusat bayi sebaik dilahirkan tidak boleh dilakukkan sebarangan kerana bimbang boleh menyebabkan infeksi kepada bayi. pemotongannta perlu dilakukan dengan betul kerana jika tidak ia juga boleh menyebabkan pendarahan.
Biasanya tali pusat yang panjang akan dipotong dan ditinggalkan sedikit baki yang dinamakan umbilical stump sepanjang 2-3 cm. Biasanya baki tali pusat yang akan gugur dalam tempoh masa tak lebih seminggu ini akan disimpan mengikut kepercayaan adat orang Melayu.
SIMPAN DALAM UNCANG KONON ELAK GADUH
Ia kononya sekiranya tali pusat tersebut akan disimpan elok-elok di dalam satu uncang dan dikumpulkan dengan kesemua baki tali pusat adik-beradik yang lain bertujuan untuk elakkan bergaduh ataupun jika anak sakit yang sukar sembuh boleh direndam tali pusat tersebut dan bagi minum.
SEELOKNYA DITANAM
Namun, menurut hukum Islam menyimpan tali pusat adalah harus sekiranya tujuan menyimpannya tiada kena-mengena dengan amalan orang Melayu lama. Sebaliknya, disunatkan menanam tali pusat yang gugur di tempat yang baik, jauh dari gangguan binatang buas. Cara menanamnya pula tidaklah seperti menanam uri kerana tali pusat sudah pun kering maka boleh ditanam begitu sahaja asalkan tempatnya baik dan tiada gangguan binatang buas.
Menurut Ustaz Azhar Idrus seperti ceramah dalam video berikut, kebanyakan daripada ulamak mengatakan tidak dibolehkan menyimpan tali pusat bayi.
MAKRUH HUKUMNYA JIKA DISIMPAN
Walaupun ada sesetengah daripada ulamak mengatakan boleh dan makruh hukumnya disimpan tali pusat tanpa ditanam. Sebaliknya sunat ditanam. Ini kerana menurut ulama, tali pusat adalah sebahagian daripada anggota badan manusia yang patut dihormati.
Jika selama ini kita percaya kepada amalan yang khurafat dan boleh menjejaskan aqidah kita sebagai umat Islam maka wajarlah kita perbetulkan dan tidak melakukannya lagi. Sebaiknya kita rujuk dahulu kepada mereka yang pakar dalam bab hukum hakam Islam sebelum mempercayai bulat-bulat adat dan kepercayaan orang-orang lama.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!