Minggu ini bermulanya orientasi untuk sekolah. Anak-anak penyanyi Tomok, Arrian & Andra mendapat perhatian netizen. Kedua-dua anak comel ini buat netizen ‘melting’.
Arrian atau Arrianshah Akid, 6 tahun bakal bersekolah di Tahun 1 pada sesi 2019 manakala adiknya Andra atau Andrashah Iman, 4 tahun ke sekolah tadika.
Foto comel dua adik beradik ini berpakaian sekolah dimuat naik Tomok & isterinya ke Instagram. Masing-masing perlu menghadiri hari orientasi di sekolah. Sebagai ibu dan ayah, Tomok & Ayu berharap semuanya berjalan lancar & urusan anak-anak menuntut ilmu dipermudahkan.
tomokofficial bismillahirahmanirahim. Hari pertama orientasi buat Arrian dan Andra.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar buat mereka dan di permudahkan segalanya. Ayah doakan anak-anak ayah berjaya dunia dan akhirat.
ayu_abas Semoga urusan anak-anak dibu dipermudahkan dunia dan akhirat…
Ilmu itu dimana-mana…yang penting jangan malas mesti berusaha. Memang agak susah memang agak penat…Don’t worry sayang. Dibu always at your back & support u. I will always help u in many ways no mater how. Believe in yourself and be positive all the way. InsyaAllah Allah will ease and help u to success…Amin ???
Para peminat yang selama ini mengikuti perkembangan dua adik beradik ini. Masing-masing melting dengan kecomelan Arrian & Andra berpakaian sekolah. Malah ada yang tidak menyangka sudah besar rupanya Arrian & Andra apabila sudah mula bersekolah.
Para peminat juga tertumpu kepada emoji ayam goreng pada baju Melayu Arrian yang bertujuan menutup lencana sekolahnya.
Sesak nafas, nafas laju, demam tinggi yang berpanjangan ialah tanda-tanda influenza. Ia bukan demam biasa ye! Nak tahu lanjut mengenai influenza, mama papa boleh ikuti rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk “Usah Pandang Ringan Influenza” jam 12 tengah hari & ulangan 9 malam di slot Dewi (Astro Prima [105] & Astro Maya HD [135]) pada Selasa, 1 Januari 2019.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.
Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:
Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa. Awas!
Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.
Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.
— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!
Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.
Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.
Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.
Cara didik anak umur 2 tahun sudah tentu berbeza dengan anak umur setahun. Bermula umur inilah tahap usia emas atau ‘golden age’ seorang anak.
Kenapa dikatakan ‘golden age’? Kerana ketika ini semua sitem pancaindera anak sudah sempurna dan aktif dan mereka mula menggunakan sepenuhnya otak.
Oleh itu penting sekali bagi ibu bapa untuk mengetahui bagaimana cara betul mendidik anak umur 2 tahun. Anak 2 tahun juga terkenal sebagai golongan kanak-kanak yang cepat mengamuk atau tantrum sehingga digelar oleh pakar perkembangan anak sebagai ‘terrible twos’.
Sikap mereka yang sukar dijangka dan difahami membuatkan ramai ibu ayah boleh hilang sabar melayan kerenah si kecil.
Perhatian dari ibu bapa pada usia keemasan ini sangat diperlukan kerana anak pada umur 2 tahun ini mempunyai tahap ingin tahu yang sangat tinggi dan dibimbangi jika tidak diberi perhatian boleh mengancam kesihatan dan keselamatan mereka.
Ini antara tips cara mendidik anak umur 2 tahun yang disarankan oleh pakar perkembangan anak supaya tumbesaran mereka berjalan dengan baik.
1. Ajar perkara rutin
Si kecil perlu diajar kebiasaan atau perkara rutin yang ‘simple’. Pada usia ini, anak mudah meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa baik dari segi percakapan atau pun perbuatan.
Perkara rutin yang perlu diajar mestilah yang baik dan beradab seperti bersalam orang bila berjumpa, memberikan salam, membuang sampah di tong sampah, baca doa sebelum dan selepas makan. Walaupun mereka belum lancar melakukannya tetapi rutin adab yang diajar itu akan terus diingati di otaknya dan diamalkan sampai dewasa.
2. Luangkan masa dengan anak
Walaupun sibuk dengan urusan kerja pastikan anda meluangkan masa dengan si kecil 2 tahun ini. Kurang perhatian dari ibu ayah antara punca anak umur 2 tahun ini suka mengamuk dan buat perangai. Perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu ayah sangat diperlukan.
Ia penting untuk membina ‘bonding’ antara anak dan ibu bapa. Jangan sampai disebabkan sibuk bekerja anda terlepas momen tumbesaran anak. Beri perhatian terhadap setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak kerana ketika usia ini mereka sedang ‘kemaruk’ belajar bercakap dan berilah tindak balas dari setiap kata-kata yang diucapkan oleh anak.
3. Dedahkan anak pada aktiviti luar
Selain menghabiskan masa di dalam rumah, dedahkan juga anak umur ini dengan dunia luar. Membuat aktiviti di luar rumah seperti bermain di taman permainan, bermain bola di padang atau sekadar beriadah di taman-taman memberi peluang kepada si kecil belajar banyak perkara.
Antaranya dia belajar mengenal alam semula jadi, berjumpa ramai orang dan bersosial dengan kawan-kawan sebayanya. Dengan cara ini, anak akan membesar sebagai orang yang lebih bersikap terbuka, pandai bergaul serta berkeyakinan.
4. Biarkan si kecil meluahkan perasaan
Oleh kerana pada usia ini keinginan anak untuk mengetahui banyak perkara adalah tinggi maka dia cuba untuk meluahkan melalui perbuatan atau ekspresi mukanya. Contohnya ketika menonton rancangan kartun di TV, dia mungkin ketawa yang menunjukkan dia faham dan suka dengan jalan cerita tersebut. Begitu juga kalau dia menunjukkan muka ketakutan, selidik apa yang menmbuatkan dia takut kerana anak mungkin tidak pandai lagi memberitahu hal sebenar.
5. Sentiasa jaga keselamatan anak
Jangan biarkan anak bermain sendirian kerana si kecil usia ini belum tahu erti bahaya tetapi keinginannya untuk mencuba semua perkara sangat tinggi. Anak umur 2 tahun biasanya menganggap semua objek yang ditemui adalah makanan dan mahu dimasukkan ke dalam mulut. Pengawasan terhadap anak yang masih berumur 2 tahun mesti dilakukan dengan teliti.
6. Jangan tengking dan marah anak
Mereka belum faham kalau ditengking atas kesalahan yang dilakukan. Si kecil tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah salah. Elakkan penggunaan kata-kata kesat dan teruk terhadap si kecil.
Ia hanya akan merosakkan jiwa dan emosi anak. Ingatlah sekali herdikan dan tengkingan yang anak terima akan menyebabkan million sel otaknya rosak. Ia boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran kognitif, psikomotor anak. Cara terbaik untuk mengajar dan membetulkan kesalahan anak umur ini ialah dengan cara berlembut, perlahan, penuh kasih sayang dan tunjuk ajar.
Ingatlah anak umur 2 tahun masih kecil lagi dan baru melepasi fasa bayi. Walaupun mungkin fizikal mereka nampak sudah besar tetapi pemikiran mereka masih pendek.
Sikap ingin tahu yang tinggi dan ketidakupayaan untuk mengawal emosi diri membuatkan mereka mudah mengamuk kerana tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan. Hanya kasih sayang dan perhatian dari ibu ayah sahaja yang mampu mendidik anak umur 2 tahun menjadi individu yang membesar dengan baik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menguruskan perasaan marah mengikut sunnah adalah cara terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh semua terutamanya yang bergelar ibu ayah kepada anak kecil yang banyak ragam. Tentu anda biasa rasa cepat nak marah pada si kecil kan? Stres, penat, letih dengan pelbagai urusan rumah tangga dan melayan kerenah anak-anak kecil kadangkala menyebabkan kita cepat nak marah.
Memang sifat marah dan panas baran tak boleh lari daripada sebahagian hidup kita. Sebenarnya tak ada manusia pun yang suka jadi orang yang cepat marah apatah lagi kalau dah menjadi ibu ayah. Biasanya lepas marahkan anak, seorang ibu atau ayah itu akan rasa menyesal kerana tidak mampu mengawal emosi menghadapi karenah anak.
Bukan kita suka sifat pemarah itu dan bukannya kita tak cuba untuk mengurangkan atau menghilangkan ia namun masih akan berulang. Menjadi ibu ayah yang pemarah dan bengis dalam mendidik anak-anak bukanlah satu sikap yang baik.
Jangan sampai anak tak boleh langsung buat silap. Dah namanya kanak-kanak tentu sahaja mereka masih dalam proses pembelajaran yang akan sering melakukan kesilapan. Terpulang pada kita nak cuba atau tak usaha mengawal tahap kemarahan. Tetapi yang sebaiknya sebagai penganut agama Islam kita contohi cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengurus kemarahan.
Amalkan cara urus marah ikut sunnah supaya ia boleh jadi kaedah terbaik untuk elak rasa cepat marah pada si kecil dalam masa yang sama kita dapat pahala.
Bila rasa nak marah cepat-cepat baca doa perlindungan audzu billahi minashaytan nirajim yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam”
2. Mengubah posisi badan
Meninggalkan tempat yang menyebabkan anda marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (HR Ahmad & Abu Daud)
3. Berdiam diri itu adalah lebih baik
Api kemarahan akan bertambah marak sekiranya ada yang cuba ‘membakarnya’. Jadi demi untuk mengawal marah, hendaklah berdiam diri daripada menengking dan membebelkan si anak. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat ituu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berwuduk
Mengambil wuduk dapat mengurangkan perasaan marah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud)
5. Solat sunat
Ketika sedang marah, manusia mengalami ketegangan saraf terutama saraf otak dan sedang bergelut dengan kekuatan hawa nafsu yang sangat dahsyat iaitu kekuatan hasutan syaitan. Maka ajaran Nabi s.a.w supaya mengubah kedudukan diri dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk mengurangkan ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lain.
Sekiranya pergerakan fizikal itu masih tidak boleh meredakan emosi, Nabi s.a.w berpesan supaya segera berwuduk dan dirikan solat sunat dua rakaat. Tujuannya supaya si pemarah segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang menjelmakan diri dalam bentuk sikap marah dan emosi tidak terkawal.
Semoga dengan mengamalkan cara mengurus rasa marah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengawal sikap marah berlebihan terhadap anak-anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!