Tanggal enam November pastinya menjadi hari yang begitu bahagia buat penyanyi Azmi Saat dan isterinya kerana bakal menyambut kelahiran bayi yang sekian lama ditunggu.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
Menurut perkongsian Azmi menerusi media sosialnya sebentar tadi, isterinya, Nazira Muhammad sudah pun dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan melahirkan cahaya mata mereka petang ini.
“Hari ini harinya yang kami tunggu-tunggu. Kami dah masuk ke wad.
“Insya-Allah petang ini akan buat pembedahan untuk melahirkan anak kedua,” tulis Azmi.
Azmi juga turut meminta doa dari semua agar kelahiran cahaya matanya ini dipermudahkan malah sihat sempurna seperti bayi yang lain.
“Mohon doa kawan-kawan moga prosesnya dipermudahkan dan diberikan keselamatan untuk Puan Nazira Muhammad dan anak kami. Amin,” tambah Azmi lagi.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Azmi turut meninggalkan pelbagai komen malah mendoakan agar kelahiran anak kecil yang ditunggu itu dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Azmi mendedahkan isterinya Nazira Muhammad hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua mereka selepas kehilangan anak pertama mereka, Khairul Afnan, dua tahun yang lalu.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10kg Turun, 3 Bulan Putus Selera Tapi HB Stabil. Ibu Kongsi Tips Hadapi Alahan Mengandung Dalam Pa&Ma TV
Bila positif hamil, alahan mengandung paling menakutkan para ibu. Ibu ini berkongsi pengalamannya mengalami alahan mengandung yang teruk hingga mengakibatkan beratnya turun sebanyak 10kg.
Puan Sharini muncul dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat berkongsi pengalaman alahan hamilnya dalam episod kedua yang bertajuk Bila Positif Hamil. Walau pun menghadapi alahan yang teruk, tekanan darah dan paras Hb stabil serta terkawal.
ALAHAN KETIKA HAMIL
Sharini yang membahasakan dirinya Nini hamil anak keempat ketika usia 33 tahun. Ahli perniagaan ini mengakui kehamilan anak keempatnya agak mencabar di mana alahan yang alami berterusan sehingga kandungan mencecah 5 bulan.
” Time tu Nini kene alahan super duper hebat. Compare to my other previous pregnancy, yang ke empat ni memang membuatkan Nini serik nak pregnant lagi.
“Adakah faktor usia? Hahaha selama 3 bulan, Nini hilang selera makan, tak boleh bangun, and kalau keluar rumah pun sebab paksa diri keluar. Tapi sebelum pregnant tu, berat Nini naik mendadak tau. Muka pun bulat je. And punyala banyak makan. So fikir-fikir dia balancekan la tu,” kata Nini.
BERAT TURUN 10KG
Alahan yang dialami menyebabkan dia tidak boleh menghidu bau-bauan memasak. Makanan kegemaran sebelum ini pun tidak boleh disentuh. Kepala berpusing dan ini menyebabkan Nini tidak berupaya menguruskan rutin harian.
“The moment alahan tu start, Nini turun 10kg tau. Mana tak nya, bau bawang, tumis2 tak boleh bau langsung, semua makanan fav macam kari ke, kurma ke kuah lemak, masak merah, sayonara la. Then angin punyala banyak satu badan. Kepala rasa berpusing, lantai bila berdiri macam sway je. Macam dalam boat. Nasib baik la ada husband yang bantu uruskan 3 3 anak tu. Kalau tak, tak tahulah.”
BANYAK MAKANAN TAK BOLEH DITELAN
Disebabkan alahan teruk, banyak makanan tidak boleh ditelan ibu ini. Walau pun begitu, buah-buahan, kurma, kismis, kekacang and sup yang mengandungi celery, halia, lada hitam, lobak merah dan ayam boleh dimakan Nini.Dia mengakui mungkin disebabkan ini paras Hb tidak jatuh dan tekanan darah normal.
Selain itu, masalah badan rasa berangin membuatkan ibu ini rasa tak selesa. “Satu lagi, bila rasa makin berangin badan, husband saya akan membantu menyapu minyak angin dan mengurut supaya angin keluar.
ALAHAN SAMPAI 5 BULAN
“Standard kalau alahan tu, 3 bulan masuk 4 bulan dah ok. Tp nini sampai 5 bulan. And Nini siap sampai pi bertangas tau untuk hilangkan angin sebab tak tahan. Kihkihkih Hehe agak rare sikit la kan?
TIP PEMKANANAN YANG DILAKUKAN SHARINI
Apa Nini buat untuk kurangkan rasa yang teruk tu,
- Bila bangun pagi tu, Nini makan buah dulu.
- Kemudian akan minum.
- Kerap makan kudapan seperti kurma, kismis, biskut and kacang supaya tidak terlalu lapar bila tiba waktu makan utama.
- Banyak makan makanan macam sup sebab ada herba macam halia dan lada hitam.
- Tidak ambil makanan berminyak. Makanan berminyak akan menyebabkan rasa senak ulu hati dan muntah.
Dalam melayan loya, mual tu semua, make sure kita makan cukup makanan yang ada asid folic. Sama ada pil doktor bagi, makanan yang kaya zat besi? Trimester pertama kehamilan adalah sangat penting, kerana pada fasa itulah pembentukan organ bayi sedang berlangsung. Tak nak kene spina bifida. Jelas?
ALAHAN & MUNTAH BAGUS UNTUK KANDUNGAN
Nini juga turut berkongsi yang alahan juga mempunyai sudut positif kepada setiap kehamilan. Antara kebaikannya ialah;
1. Risiko untuk gugur lebih rendah dibanding dengan mereka yang tidak mengalaminya.
2. Rasa mual boleh membantu dalam melindungi embrio yang kecik comel tu. Menurut Nini apabila ibu tak berselera dan kurang, makanan yang ada potensi untuk membahayakan baby dapat dielakkan.
Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info mengenai awal kehamilan, boleh mengikuti rancangan TV Pa&Ma Musim Keempat yang ke udara pada Selasa, 19 Mac 2019, Jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Astro Prima & Prima HD bersama pengacara Fad & Sha.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terlalu Penat Buat Kerja Sehingga Lewat Malam Antara Punca Keguguran Berlaku
Bagi setiap ibu yang sedang hamil, keguguran adalah perkara yang paling menakutkan boleh terjadi tanpa sebarang tanda amaran. Manakan tidak, ia sudah pasti akan menjejaskan mental dan fizikal si ibu yang telah berminggu-minggu mengandungkan janin.
Persoalannya, apakah sebab keguguran ini berlaku? Adakah ia ada kaitan dengan aspek pekerjaan seharian?
Marilah kita sama-sama ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk mengetahui jawapan sebenarnya!
Apa itu keguguran?
Sebelum pergi dengan lebih lanjut, adalah wajar untuk kita semua memahami definisi sebenar akan kejadian ini terlebih dahulu. Untuk pengetahuan anda, keguguran adalah kehilangan janin sebelum minggu ke-20 kehamilan seorang wanita.
Ia mungkin menunjukkan bahawa terdapat masalah tertentu dalam kehamilan atau janin yang tidak berkembang dengan baik.Menurut statistik yang pernah dibuat, dianggarkan kira-kira 10 hingga 20 peratus kehamilan dilaporkan berakhir dengan keguguran.
Ya, ia memang merupakan perkara yang biasa terjadi dan hampir 50 peratus daripada kehamilan berakhir dengan keguguran sebelum seorang wanita menyedari bahawa mereka sedang hamil.
Dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan pula, dianggarkan lebih daripada 80 peratus kes telah dilaporkan sementara kes selepas 20 minggu kehamilan adalah sangat jarang berlaku.
Sekiranya ia berlaku kepada anda sebagai seorang wanita yang sedang hamil, berikut adalah simptom-simptomnya:
- Pendarahan yang tidak terhenti
- Kekejangan yang sangat teruk
- Sakit pada perut, abdomen dan belakang
- Keluar cecair atau tisu dari faraj
- Badan berasa lemah lesu
- Demam
Mungkin juga terdapat simptom yang tidak tersenaraikan di atas dan jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Apa sebab keguguran?
Sebenarnya, terdapat banyak sebab keguguran boleh terjadi kepada anda sama ada secara sedar, separa sedar atau tidak sedar.Pertama sekali, mungkin wujud masalah genetik yang membawa maut pada bayi dalam kandungan lantas menyebabkan kejadian ini berlaku.
Dalam pada itu, masalah serviks juga boleh menyumbang kepada keguguran akibat ia terlalu lemah untuk menanggung kehamilan (serviks tidak kompeten). Keguguran daripada serviks tidak kompeten biasanya berlaku pada trimester kedua.
Beberapa simptom yang berpunca daripada masalah serviks adalah jika anda berasa tekanan secara tiba-tiba, air ketuban pecah serta tisu daripada janin dan plasenta keluar tanpa rasa sakit yang teruk.
Selain itu, punca lain yang membawa kepada keguguran adalah seperti berikut:
- Jangkitan kuman
- Kondisi kesihatan seperti kencing manis atau penyakit tiroid
- Tindak balas sistem imun
- Anatomi rahim yang abnormal
- Masalah hormon
- Masalah fizikal
- Masalah mental
Ia juga mungkin akan didasari oleh beberapa faktor risiko termasuklah:
- Berusia 35 tahun dan ke atas
- Pernah mengalami keguguran sebelum ini
- Kondisi kesihatan kronik seperti kencing manis atau penyakit tiroid
- Masalah pada rahim atau serviks
- Menghisap rokok
- Mengambil alkohol
- Menyalahgunakan dadah
- Kurang berat badan
- Lebih berat badan
Aspek pekerjaan seharian individu
Pernahkah kalian terdengar atau terbaca bahawa situasi janin gugur ini adalah disebabkan oleh anda yang terlalu kuat bekerja? Ya, ia mungkin ada kaitan!Sebenarnya, jenis pekerjaan juga mungkin memainkan peranan dalam menjadi sebab keguguran, namun ia adalah lebih kepada waktu kalian bekerja.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar dari Bispebjerg & Frederiksberg Hospital, kehamilan mungkin akan disudahi dengan keguguran jika kalian terlalu kuat bekerja pada waktu malam.
Kajian yang melibatkan sekitar 22,744 pekerja di Denmark itu menyatakan bahawa ia mungkin ada kaitan dengan cahaya! Apa maksudnya?
Dr. Luise Molenberg Begtrup yang merupakan salah seorang pengkaji itu menyatakan, lampu pada waktu malam mungkin akan menjejaskan ritma circadian lantas mengurangkan perembesan melatonin.
Buat anda yang mungkin belum tahu, melatonin ini adalah salah satu hormon yang sangat penting bagi menjaga fungsi plasenta daripada terjejas.
Sebab keguguran ini akan menjadi lebih berisiko sekiranya pekerjaan pada waktu malam yang si ibu lakukan itu adalah kerja berat seperti dalam sektor perkilangan, perindustrian dan lain-lain seumpamanya.
Jadi, sila elakkan bekerja lewat sehingga waktu malam ya?
cara berpantang selepas keguguran
Berikut adalah beberapa cara untuk melakukannya:
- Melakukan senaman secara teratur
- Mengamalkan pemakanan sihat
- Belajar uruskan tekanan
- Memastikan berat badan yang sihat
- Mengambil asid folik setiap hari
- Mengawal pengambilan kafein dan gula
- Hindari daripada menghisap rokok dan minuman alkohol
- Hindari kerja, sukan atau aktiviti berat yang berpotensi mendatangkan kecederaan
- Jauhi persekitaran radiasi, penyakit berjangkit dan sinar X
Minta nasihat atau pandangan doktor sebelum mengambil sebarang ubatan tambahan
Akhir kata, sila jaga perut dan janin anda agar dapat mengelakkan segala sebab keguguran yang telah kami nyatakan di atas okay!
Kredit: Hello Doctor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semakin Susah Tidur, Payah Bangun Bila Duduk, Tandanya Dah Menginjak Ke Minggu Akhir Kehamilan
Menginjak ke minggu-minggu akhir kehamilan, ibu hamil mudah berasa letih dan semakin tidak berdaya membawa perut yang membesar. Menghitung hari menanti kelahiran yang dinanti sejak berminggu-minggu lalu amat mendebarkan.
Emosi ibu hamil pada trimester ketiga ini tidak sama dengan emosi ibu hamil pada trimester pertama dan kedua. Jika trimester pertama ibu bertungkus lumus melawan ketidakselesaan yang dialami sementara trimester kedua pula ibu melayan keinginan tekak yang ingin mencuba bermacam makanan. Tetapi trimester ketiga ibu semakin sukar menggerakkan badan dengan selesa seperti dahulu.
Antara yang sering dialami oleh ibu hamil iaitu kesukaran untuk bangun kembali daripada pembaringan dan sukar untuk kembali berdiri setelah duduk. Selain dari itu, ibu juga akan berasa sangat sensitif pada bahagian payu dara sehingga jika tersentuh sedikit pun akan sakit.
Selain daripada itu emosi ibu juga semakin tidak menentu. Ibu jadi tidak senang duduk memikirkan saat kelahiran yang semakin hampir. Menitip kisah pengalaman teman yang sudah melalui proses melahirkan anak menambahkan lagi rasa gementar ibu. Namun sedikit sebanyak perkongsian pengalaman dapat dijadikan bekalan apabila diri sendiri melaluinya kelak.
Tidak banyak yang boleh dilakukan oleh ibu saat menghitung hari ini, kecuali banyakkan berehat, bertenang, melakukan kerja-kerja akhir mengemas peralatan ibu dan bayi dan menyiapkan kerja-kerja akhir di pejabat (jika bekerja) sebelum bercuti panjang.
Apa pun ketidakselesaan dan ketakutan yang dirasakan, proses melahirkan anak perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan keberanian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI