Tanggal enam November pastinya menjadi hari yang begitu bahagia buat penyanyi Azmi Saat dan isterinya kerana bakal menyambut kelahiran bayi yang sekian lama ditunggu.
Pernah melalui detik duka sebaik kelahiran bayi sulungnya tidak lama dulu, kini Azmi dan isteri sekali lagi diberikan rezeki Allah untuk menimang zuriat sendiri.
Menurut perkongsian Azmi menerusi media sosialnya sebentar tadi, isterinya, Nazira Muhammad sudah pun dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan melahirkan cahaya mata mereka petang ini.
“Hari ini harinya yang kami tunggu-tunggu. Kami dah masuk ke wad.
Ads
“Insya-Allah petang ini akan buat pembedahan untuk melahirkan anak kedua,” tulis Azmi.
Azmi juga turut meminta doa dari semua agar kelahiran cahaya matanya ini dipermudahkan malah sihat sempurna seperti bayi yang lain.
Ads
“Mohon doa kawan-kawan moga prosesnya dipermudahkan dan diberikan keselamatan untuk Puan Nazira Muhammad dan anak kami. Amin,” tambah Azmi lagi.
Rakan-rakan selebriti dan pengikut Azmi turut meninggalkan pelbagai komen malah mendoakan agar kelahiran anak kecil yang ditunggu itu dipermudahkan Allah SWT.
Terdahulu, Azmi mendedahkan isterinya Nazira Muhammad hamil dan bakal menimang cahaya mata kedua mereka selepas kehilangan anak pertama mereka, Khairul Afnan, dua tahun yang lalu.
Pelakon cantik jelita, Datin Niena Baharun mendedahkan bakal melahirkan cahaya mata perempuan pada hujung bulan depan.
Menurut pelakon Jangan Benci Cintaku ini kepada sebuah akhbar dia mahu melahirkan anak keduanya ini secara pembedahan.
Sebelum ini, anak pertamanya, Adiel Mikael berusia setahun juga dilahirkan secara pembedahan.
“Insya-Allah, saya ada sepasang cahaya mata sekiranya anak kedua dilahirkan. Bolehlah saya berehat sekejap dan fokus membesarkan anak dahulu, sebelum merancang menambah cahaya mata.
“Lagipun, saya bersalin secara pembedahan, jadi doktor menggalakkan untuk saya berehat supaya luka pembedahan dapat sembuh sepenuhnya,” katanya.
Mengulas soal kerjaya, Niena berkata, dia masih mendapat tawaran lakonan, namun terpaksa menolak atas beberapa kekangan.
“Saya belum sempat berlakon selepas bersalin anak pertama. Tawaran sentiasa ada, malah saya merancang untuk kembali aktif awal tahun ini. Bagaimanapun, Allah mengurniakan saya rezeki hamil lagi.
“Jadi, niat kembali aktif terpaksa ditunda dahulu. Saya tak mahu dalam keadaan hamil akan menyusahkan pihak lain pula.
“Lagipun, saya terima beberapa tawaran yang memerlukan berada di luar kawasan, jadi saya tak berani mahu memberikan komitmen. Suami tak pernah halang saya aktif berlakon, tetapi saya masih tidak mampu berenggang dengan anak yang masih kecil,” katanya.
Niena dan suami, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Adiel Mikael pada Oktober 2018
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bukan mudah untuk menjaga dan mendidik anak yang ramai. Ilmu keibubapaan haruslah kuat. Malah kesabaran harus juga tinggi bagi membolehkan anak-anak terjaga dengan baik malah diberikan perhatian sama adil.
Pengacara Tanya Doktor, Dr Say Shazril berdepan kebimbangan apabila bakal menyambut anak keduanya tidak lama lagi. Berkongsi kisahnya yang pancit ketika bermain bersama anak sulungnya, Ace membuatkan kebimbangannya semakin ketara untuk memperuntukkan waktu bersama kedua-dua anaknya kelak.
Kata Dr Say, pengalaman yang dilaluinya membuatkan dia begitu mengagumi ibu bapa yang mempunyai anak ramai.
“Respect to parents beranak ramai. Semalam saya pi mall, pastu saya nampak ada family anaknya 4, ada tu anaknya 6. Terus dalam kepala saya fikir “macam mana diorang manage anak ramai macam ni doe?”.
“Pastu saya balik rumah, saya disambut Ace yang terus tarik tangan saya sambil dia cakap “outshide, outshide” yakni ajak main kat luar.
“Main 30 minit, saya pancit dah. Sekejap Ace mintak dukung, sekejap Ace berlari kencang, sekejap Ace buat aksi-aksi bahaya. Baru anak sorang saya dah ketibas, pecekang (peluh celah kangkang) inikan kalau anak lebih dari sorang,” kongsinya.
Malah kata Dr Say lagi, dia begitu mengagumi kaum ibu termasuk isterinya yang selama ini memperuntukkan sebahagian waktu bersama anak kecil.
“Bini habis kerja saya bagitau bini, “pancit gila hun jaga Ace arini”. Dia tanya “berapa lama u main ngan Ace?”. Saya cerita “30 minit, tapi rasa macam 3 jam!”.
“Berdekah-dekah bini gelak, sambungnya “tu baru main dengan dia ubby, i bagi dia makan, i tidurkan dia, i main dengan dia, at the same time i mengandung anak kedua ni dah rasa macam mana?”. Terduduk saya dibuat dekahan & sindiran bini, tapi ada betulnya sebab terus terang saya cerita boleh kira berapa suap je saya pernah bagi Ace makan dalam hidupnya. Tidurkan Ace ada la dalam sekali.
“Bukan saya takmau tolong bini bagi anak makan, bagi anak tidur, tapi taktau kenapa saya restless sikit jaga anak lama-lama ni. Kalau hantar sekolah, amik sekolah, bawak jalan-jalan dalam kereta tu saya no hal tapi tang berkejar-kejar untuk bagi dia makan, tang layan dia golek sana golek sini tunggu dia tidur tu saya berat sikit ahaha,” kata Dr Say berkongsi kisahnya.
Disamping itu, doktor yang ramah tamah ini juga turut meminta pengikutnya di Instagram berkongsi pengalaman mereka dan tip mendidik anak ramai.
“Adakah ini normal nature seorang lelaki atau saya ja yang manja? Second child coming soon. Bini dah dok “tak sabar nak tunggu kehadiran anak kedua” saya dalam hati “chill dulu, daku belum bersedia”.
“Share sikit tips wahai parents out there. Adakah saya akan bersedia bila tiba masanya atau ade “crash course on parenting for more than one child” atau ada buku “Parenting For More Than One Child For Dummies” ke?” kongsinya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Eyra Hazali yang mengumumkan kehamilannya yang kini sudah pun memasuki usia lima bulan.
Menerusi Instagramnya, isteri kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli itu memuat naik video kejutan buat suami tercinta.
Dalam video kejutannya buat suami, Eyra menyerahkan kotak hadiah kepada anak sulungnya, Hayder sambil di dalamnya turut sama dimuatkan kit ujian kehamilan.
“Alhamdulillah. 4 months left. Doakan kami semua sihat ya,” tulis Eyra berkongsi kegembiraan di Instagramnya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsian video yang turut sama di muat naik di Youtube Eyra Hazali, suami Eyra seakan tidak percaya namun amat bersyukur dengan rezeki untuk menimang anak kedua tidak lama lagi.
“Awak serius ke sayang? Ke ni ujian kehamilan yang lama?,” kata Haziq menerusi hantaran video yang dimuat naik Eyra di Instagram.
Menerusi rakaman video itu, Eyra berkata kit ujian kehamilan itu adalah yang baru.
“Saya baru test tadi, nak melompat teruja tetapi awak ada dalam bilik depan tu. Saya ada buat satu lagi ujian kehamilan di bawah,” katanya teruja.
Menerusi video yang sama, Eyra dan suami turut sama berkongsi kegembiraan mereka dengan membuat panggilan video kepada ahli keluarga. Tahniah diucapkan buat Eyra dan suami. Semoga dipermudahkan kehamilan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq yang kini berusia setahun lebih.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.