Haris jawab dengan hadis kepada banyak pertanyaan netizen bila boleh tengok wajah anaknya Muhammad Bilal.
Ramai peminat sememangnya ternanti-nanti wajah anak pasangan selebriti popular Neelofa dan Haris. Wajah bayi yang dilahirkan pada 29 Januari lalu dan telah genap berusia sebulan ini masih belum lagi ditunjukkan pada tatapan umum.
Haris atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz yang muncul sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam program MeleTOP malam semalam turut ditanyakan soalan berikut oleh pengacara popular Nabil Ahmad & Elly Mazlein.
Menjawab pertanyaan tersebut, Haris memberitahu dia dan isterinya tiada masalah untuk berkongsi wajah anak sulung mereka kepada peminat tetapi khuathir ada perkara yang tak elok boleh berlaku berdasarkan satu hadis yang disebut oleh Rasulullah S.A.W.
Haris memberitahu dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak mereka tetapi berjaga-jaga dengan penyakit ain berdasarkan hadis yang disebut oleh Rasulullah S.A.W.
“Tiada masalah nak tunjuk anak ni tapi kita khuatir ada perkara, ada satu hadis, saya jawab dengan hadislah. Lepas tu you orang fikir macam mana.
“Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Kalau kamu tengok satu benda yang menakjubkan kamu, harta kamu, anak beranak kamu, keluarga kamu, apa yang menakjubkan macam wow kan.
“Kalau tak sebut nama Allah SWT, tak sebut kelebihan pada Allah SWT sebab siapa yang jadikan dia? Allah kan.
“Jadi kita khuatir berapa ramai yang tengok, kalau-kalau ada yang terlepas tak sebut SubhanaAllah. Takutlah.
“Saya ni baru tau kalau anak tu sakit, bapak boleh jadi mental tau!”
Selain itu ditanya tentang pemilihan nama anak sulung mereka Muhammad Bilal, Haris memberitahu itu adalah nama pilihan mereka bersama.
“Nama Muhammad Bilal diambil dengan pilihan dan keputusan bersama. Saya dalam banyak kisah pergi ceramah, Bilal ni buat menangis dengar.
“Jadi kami ambil berkat moga (Bilal) jadi anak soleh.
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu di sebuah hotel terkemuka tanahair.
Sumber: Youtube & Instagram MeleTOP
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan perkembangan anak, menjadi ibu bapa hebat, tip mendidik anak dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Nak join kelas penyediaan makanan anak?
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT