Diuji dengan episod rumahtangga yang tiada berkesudahan, namun ibu cekal bernama Bella Astilah ini terus kuat menempuh hari mendatang.
Semuanya demi membesarkan dua anak kecilnya, Ayden dan Ara yang kini baru berusia enam dan tiga tahun.
Menerusi perkongsian terbaru Bella di Instagramnya, akui Bella, dua anaknya adalah harta tidak ternilai bagi dirinya. Apa pun yang berlaku dalam hidupnya kini, dia mahu berusaha keras demi dua anaknya.
“Harta yang paling berharga buat mummy.
“Mummy akan work hard untuk Ayden & Ara,” tulisnya.
Menerusi perkongsian videonya, Bella dilihat cukup bersemangat dan gembira membawa dua anaknya ke Zoo Negara baru-baru ini.
Ads
Walau dihimpit pelbagai kisah duka, wajah dan riak Bella sebolehnya mahu ceria dan bahagia bila bersama anak-anak.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini dilihat cukup ceria malah sentiasa menjawab pelbagai persoalan dari dua anak-anaknya ketika lawatan ke zoo itu.
Keduanya cukup lincah, lasak dan cerdik bertanyakan mengenai haiwan yang dilihat. Malah Ayden juga begitu berani beraksi bersama burung kakak tua ketika berada di sana.
Terdahulu, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun, pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh edah.
Ads
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Sesungguhnya anak sulung ada keistimewaan tersendiri. Merekalah yang mengajar kita untuk menjadi ibu ayah serta mengajar kita erti kesabaran. Selain itu, kehadiran mereka mendidik ibu ayah untuk lebih matang dan bertanggung jawab.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif melalui penulisannya, terdapat beberapa fakta tentang anak sulung yang tidak ramai tahu. Biarpun perkongsian ini telah dibuat beberapa tahun lepas, tapi mungkin masih ada yang tak tahu tentang fakta menarik tentang anak sulung!
Ikuti penulisan ini.
Fakta Mengejutkan Tentang Anak Sulung Yang Tak Ramai Tahu
+ Anak Sulung mempunyai IQ yang lebih tinggi
Kajian daripada University of Edinburgh mendapati anak pertama (first-born children) mempunyai IQ yang lebih tinggi
Ini kerana anak sulung mendapat perhatian ibubapa (quality parental attention) yang lebih berkualiti dibandingkan adik beradiknya semasa masih kecil
+ Anak Sulung lebih cenderung untuk jadi CEO syarikat
Kajian yang diterbitkan oleh IZA Institute of Labor Economics mendapati anak sulung lelaki 24% lebih cenderung menjawat jawatan CEO daripada anak nombor dua dan 28% lebih cenderung untuk menjawat jawatan CEO berbanding anak nombor dua.
+ Anak Sulung lebih penakut
Ada satu kajian yang dibuat pada tahun 1968 mendapati anak sulung ni lebih cenderung untuk tak terlibat dengan sukan berbahaya disebabkan takut dengan kecederaan fizikal.
Walau apa pun kajian tentang anak sulung, yang jelas perangai dan kelakuan anak sulung akan menjadi ‘references’ atau tempat rujuk adik beradiknya yang lain.
Semua mata akan tertumpu padanya. Adik-beradik akan tengok perangai anak pertama. Jiran jiran pun suka tengok perangai anak yang pertama. Mak ayah pun akan letak harapan yang lebih tinggi (higher expectations) pada anak pertama ni.
Jadi, tak mudah juga sebenarnya menjadi anak yang pertama ni sebab segunung tanggungjawab dan harapan orang di sekeliling yang terpaksa digalas di bahunya.
Cuma kita kena ingat, walau anak nombor berapa pun kita, kasih dan cinta kita pada mak ayah yang melahirkan kita tetap kena jadi yang pertama selepas Allah dan RasulNya.
Selain itu, anak sulung juga mempunyai kriteria seperti berikut:
KAYA KASIH SAYANG
Selalulah berbicara pada mereka. Katakan betapa anda sayangkan si sulung. Semakin mereka meningkat besar, mereka akan banyak buat perangai pelik untuk mendapatkan perhatian anda. Jika ibu dan ayah tidak lokek berkongsi perasaan sayang dan sering memberitahu mereka tentangnya, anak sulung akan membesar menjadi anak yang penyayang dan kaya dengan rasa cinta.
Bukan itu sahaja, mereka akan menjadi anak yang penuh dengan rasa hormat terhadap kedua orang tuanya. Apabila mereka membesar dalam persekitaran yang membahagiakan begini, mereka juga akan menyayangi dan disayangi oleh adik-adiknya. Bahkan, anak sulung akan sentiasa diutamakan oleh adik-adiknya dalam apa jua hal.
ADIK-ADIK JADI KEUTAMAAN
Ketika anda keluar dengan anak sulung dan bertanya tentang apa yang mereka mahukan, lihat jawapannya. Biasanya memang mereka akan beritahu apa yang mereka mahu, tetapi tidak lupa untuk mengingatkan kita untuk belikan juga untuk adik-adiknya. Cuba uji mereka dengan memberi makanan kegemaran mereka dan minta anak-anak untuk berkongsi. Biasanya anak sulung tidak kisah dan rela hati memberikan bahagiannya kepada si adik.
Jika anda lihat anak sulung anda begitu, ia satu petanda yang bagus. Anak sulung anda menjadi seorang abang atau kakak yang bertanggung jawab dan bertimbang rasa. Ajarkan juga anak-anak yang lain untuk sama-sama berkongsi agar tidak timbul soal pilih kasih di kemudian hari. Lagipun, berkongsi makanan atau barang dengan adik-beradik kan seronok?
SUKA MENYAKAT
Sekiranya si adik mengadu kepada anda yang abang atau kakaknya mengusik mereka, jangan terus dimarah. Tanyakan pada si sulung, mengapa mereka buat begitu. Ada masanya mereka tidak berniat untuk membuli atau mengganggu, tetapi sekadar suka menyakat kerana mahukan perhatian daripada adik-adiknya. Adakah anda perasan, biasanya anak berebut barang atau suka memotong cakap antara satu sama lain?
Biasanya adik akan menang, kerana abang atau kakak sulung akan memberi peluang kepada si adik. Bila melihatkan mereka begini pun, ibu ayah sebenarnya sudah boleh melihat kematangan anak sulung dan betapa mereka mementingkan adik-adik mereka. Pun begitu, jangan diabaikan kemahuan mereka. Sesekali, tidak salah jika anda yang meminta anak sulung untuk meluahkan perasaan mereka terlebih dahulu.
Terus menanti dan tak pernah putus doa. Itulah doa dan misi pelakon, Nabila Huda menjelang tahun 2024 ini.
Nabila berkata, walaupun bakal menginjak usia 40 tahun depan namun dia berharap doa menimang dua orang cahaya mata dimakbulkan Allah.
Enggan berputus asa, Nabila dan suami bagaimanapun tidak mahu berputus asa malah sentiasa memohon doa dikurniakan cahaya mata lagi.
“Semoga saya dipanjangkan usia untuk merasa setidak-tidaknya dua orang anak lagi. Kalau tak dapat dua, satu pun jadilah.
“Sejak tahun pertama kahwin, itulah doa saya setiap hari tapi apa nak buat, belum ada rezeki lagi,” kongsi Nabila menerusi media sosialnya.
Bahkan kata Nabila demi mencapai misinya itu untuk tahun depan, dia perlu makan lebih sihat bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sihat pada usia 40 tahun.
“Dah nak masuk umur 40 tahun, tahun depan. Bagaimana ya selepas usia 40 tahun? Mesti makin lupa skrip. Sekarang pun baca ulang sampai 10 kali baru nak ingat.
“Teruklah. Rasanya saya perlu makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Okay itu azam saya tahun 2024 dan saya mahu lebih banyak cahaya mata,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Nabila dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2015. Hasil perkahwinan terdahulu, Nabila dikurniakan seorang cahaya mata, Keisha Laila yang kini berusia 13 tahun.
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.
Intan Salleh selamat bersalin anak ke empat, “Alhamdulillah…cepat sangat kali ni.” Personaliti media sosial, Intan Liana Salleh berkongsi berita gembira kelahiran anak ke empatnya.
Intan Salleh Selamat Bersalin Anak Ke Empat, “Alhamdulillah…Cepat Sangat Kali Ni”
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Intan dan juga suaminya, Mohd Aizam berkongsi berita gembira itu.
Berikut antara gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram story Intan dan Mohd Aizam.
Bagaimanapun sama ada Intan mahupun suaminya tidak berkongsi jantina bayi yang baru dilahirkan itu.
Intan sebelum ini merupakan bekas isteri kepada pemain muzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude Wahid.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Arish Muqri, 11, dan Ariq Muqri, 9. Selepas tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berkahwin dengan penjawat awam Mohd Aizam Yahya pada 20 Disember 2021.
Perkahwinan kedua ini, Intan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 4 September 2022, yang kini berusia 2 tahun. Terbaharu, Intan dan suaminya sedang menantikan kelahiran anak kedua mereka.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...