Angkara kanser, sebelah kaki wanita ini terpaksa dibuang. Namun ianya bukanlah penghalang baginya untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Malah semangatnya yang luar biasa bukan hanya mampu menjadi suri rumah tetapi kini bergelar usahawa perniagaan secara e-Dagang.
Apa yang membanggakan lagi, hasil jualanya kini mencecah 4 angka sehari. Disaat ramai yang bersedih atas nasib yang menimpanya namun tidak sedikit pun membuatkan dia turut bersedih. Dia semakin kuat dan yakin ada sinar buat dirinya.
Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yang sayangkan saya menangis. Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir..habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dan sebagainya.
Saya pula pada waktu tu, entah..saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada..”Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yg dua kaki buat!”
Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide untuk angkat kaki (Thank God we are still happily married 😅). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai-pandailah saya nak survive nanti.
HENDAK SERIBU DAYA.
Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55.
Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya
Ads
Aduhai..sayu hati tengok apa yg terjual. Tak boleh jadi ni. Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.
Kemudian saya belajar lagi. Fahamkan lagi apa yg boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi 😅. Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup-cukupnya.
Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni 😅).
CABAR DIRI SENDIRI
Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dengan topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan-lahan. Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak 😅.
Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai-pandailah imbang badan supaya tak salah bearing.
Ads
Setiap hari masa mula² nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya: – Pagi mencari stok. – Tengahari membungkus. – Petang buat product photoshoot. – Malam buat editing/marketing. – Tengah malam membungkus lagi.
Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah). Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal utk dapat rehat yg baik bila dah tua nanti.
Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz.
Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.
Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya.Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. 🤲 Ameen…
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
Webinar PERCUMA ini membariskan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari telah mendedahkan wajah puteri keduanya secara EXCLUSIVE dalam episod istimewa rancangan SCHAWAL BABY BOOM di Astro Ria/Ria HD. Puteri keduanya selamat dilahirkan pada 12 Februari yang lalu di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian dalam episod 6 ini, tarikh lahir bagi puteri keduanya di pilih sendiri oleh Awal iaitu pada 12.2.21. Sememangnya 12.2.21 adalah tarikh yang sangat cantik dan mudah diingati.
Sewaktu kunjungan Scha dan Awal ke hospital, doktor memaklumkan bahawa Scha terpaksa bersalin secara pembedahan kerana kedudukan bayinya yang songsang. Berbaki 10 hari lagi membuatkan Awal lebih gementar dari tarikh jangkaan sebenar bersalin.
Tarikh 11.2.2021
Scha dan Awal tiba di hospital awal sehari untuk persiapan bersalin pada keesokannya.
12.2.2021
Scha dan awal sempat bermaaf-maafan sebelum ke dewan bersalin. Seawal pagi lagi Scha sudah bersiap sedia.
Menurut Scha dia sangat nervous tambahan pula teringatkan anak sulungnya, Lara di rumah.
“Terima kasih sebab 9 bulan ni you korbankan hidup you. Memang teruk sebab you alahan teruk” – Awal
Tambah Scha lagi “Awal pandai jaga Scha, banyak cool dan pregnancy yang kedua banyak mematangkan kita”
Alhamdulillah, Scha selamat melahirkan bayi seberat 3.2kg pada 12.2.2021.
Awal kelihatan sebak dan tidak dapat mengawal perasaanya. Dia berbisik kepada Scha “Anak kita baby girl”
Memang sangat comel! Sebijik muka kakaknya Lara Alanaa sewaktu bayi.
Awal masih tidak mendedahkan nama penuh puteri keduanya dan hanya gelaran baby L sahaja yang digunakan setakat ini.
Menurut awal, dia sangat bersyukur atas kelahiran puterinya yang kedua “Kami bersyukur diatas amanat ini, dan berterima kasih diatas doa serta sokongan yang diberikan kepada Scha, Awal & Lara sekeluarga.”
Bagi yang terlepas menonton SCHAWAL BABY BOOM 2021 boleh tonton episod ulangan pada Ahad ini, jam 12.00pm okay! Rugi tak tengok moment exclusive ini hanya di Astro Ria/Ria HD.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam kenderaan awam dan ketika berada di kawasan sesak atau tumpuan umum.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yakub, berkata langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Katanya, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam.
“Dengan arahan terbaru itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
“Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial,” katanya dalam sidang akhbar khas selepas mesyuarat menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Parlimen, hari ini.
WHO benarkan pemakaian pelitup muka dijahit sendiri
Ismail Sabri menjelaskan walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang.
Katanya, sebelum ini kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka kerana mengambil kira golongan kurang berkemampuan.
“Ini kerana pemakaian pelitup muka adalah pakai buang yang sebaiknya digunakan untuk setiap keping bagi tempoh tiga jam atau sekurang-kurangnya sehari.
“Kini, WHO benarkan pemakaian pelitup muka yang dijahit sendiri, maka kerajaan memutuskan mewajibkan pemakaiannya di kawasan tumpuan awam dan dalam pengangkutan awam sama ada di darat, udara dan laut,” katanya.
Meriah sungguh jamuan rumah terbuka Cik Epal, selebriti media sosial yang tak asing lagi. Bukan itu sahaja, majlis sambutan hari jadi kedua-dua cahaya matanya turut diraikan pada hari yang sama.
“Birthday Yuki 27/4.Birthday Han 29/4 (today). Alang-alang buat open house, celebrate birthday Han & Yuki sekali.”
Menariknya rumah terbuka dan sambutan hari jadi di rumah Cik Epal ini memang ‘Another Level’ siap dengan booth ice cream dari Inside Scoop dan juga minuman jenama terkenal iaitu Tea Live.
Rakan ahli perniagaan turut hadir antaranya Dato Aliff Syukri dan selebriti terkenal iaitu Kaka Azraff yang memeriahkan lagi open house Cik Epal dan Jofliam.
Berkonsepkan ala tropika dengan gubahan bunga segar serta buah-buahan segar yang menghiasi rumah Cik Epal memang memukau mata ramai.
“Sebelum tetamu dan makanan sampai, baik aku record decor luar ni dulu. Haha🤣.”
“Memandangkan ni first time aku dengan @jofliam buat open house. Untuk tetamu yang dijemput, kalau ada terkurang ke apa, bagi tahu. Nanti kitorang boleh improve next event.”
Kalau cmni xde kurang ..seronok tgk😍
atiey05’s profile picture Masya allah dik..klau gini la mau tetamu x nk blik ni..murah nye rezeki kalian brdua..x berkira buat mjlis smpia hbt mcm ni..mabruk dik
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.