Anak maut digilis treler, hasrat berpakaian sedondon hitam di pagi Aidilfitri tidak kesampaian.
Bapa Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, menyatakan hasrat sekeluarga bersama-sama untuk memakai pakaian raya berwarna hitam, pada tahun ini tidak kesampaian.
Anaknya Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, teruja dengan pakaian tersebut apabila baru sahaja sampai minggu ini.
Mangsa digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Ads
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
Ads
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Itu situasi yang dilalui oleh seorang isteri setelah suami tercinta pergi buat selama-lamanya selepas tiga hari tamat berpantang. Berat ujian yang perlu dihadapi tapi siapa kita nak menolak takdir Allah ini.
Pemergian suami yang menjadi tempat bergantung harap dan kehadiran anak sebagai tanda cinta mereka benar-benar menguji perasaan. Apatah lagi bayi yang baru lahir masih perlukan kasih seorang bapa.
Kisah sedih ini telah dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi akaun TikTok.
Kehadiran anak pengganti arwah suami
Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.
Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya.
Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.
Punca pemergian suami Jue Azur ini tidak dapat dipastikan, cuma dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah SWT.
Menunggu kepulangan yang tak akan pernah pulang. Arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya habis pantang.
Lebih menyedihkan arwah suami pergi di saat hadirnya anak yang dilahirkan Februari lalu. Seolah-olah kehadiran bayi ini pengganti suami.
Kisah sedih ini turut mendapat perhatian orang ramai dan masing-masing mendoakan agar wanita ini terus kuat demi anak tersayang. Setiap ujian yang diberikan itu, Allah tahu kita mampu hadapinya walaupun ia cukup berat sama sekali.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak adalah amanah bagi ibu bapa, sama sekali bukan bebanan. Walau pun diuji dengan 3 anak istimewa, hati ibu ini ibarat bulldozer, sentiasa positif & kuat.
Puan Salwa Mohd Saleh cukup tabah menghadapi apabila anak-anaknya disahkan mengalami masalah pembelajaran. Salwa yang juga penulis buku keibubapaan menerima kenyataan, reda dan teruskan melangkah. Penulis tahu ia bukan mudah, hanya orang yang benar-benar kental dan kuat mampu mendepaninya.
Menjadi seorang yang sangat positif dalam menempuhi cabaran mendidik anak-anak. Salwa menganggap anak adalah amanah. “Anak adalah amanah, bukan beban. Bila kita diuji maknanya kita mampu dgn ujian tersebut. Live ur best life,” kata Salwa ketika dihubungi Pa&Ma.
Salwa juga turut mengendalikan Projek Beg Sekolah. Dalam masa yang sama memiliki 3 anak istimewa. Peranan sebagai isteri, ibu, usahawan dan aktivis dilakukan dengan baik. Lebih-lebih lagi bagi anak-anaknya, masa yang banyak perlu ditumpukan. “Pengurusan masa sangat penting. Kemudian perlu enjoy apa yang kita lakukan. Dalam masa yang sama ingat ada banyak responsibilities lain. Dunia ini tempat untuk bekerja. Syurga tempat berehat yang abadi nanti,” kata Salwa.
Salwa dalam posting Facebook selalu menggunakan hashtag #emakgiftedboys apabila berkongsi tentang anak-anaknya. Dia terbuka berkongsi tentang anaknya dan berharap agar ia memberikan inspirasi kepada ibu bapa yang lain.
Cahaya mata pertama Salwa, Imran mengalami Global Developmental Delay (GDD), anak kedua, I’jaaz pula mengalami disleksa dan ADHD manakala anak ketiga pula, Israa’, 4 tahun didiagnos sebagai mengalami GDD kemudian autisme.
Anak ketiganya Israa’, semasa kecil sering kali dimasukkan ke hospital sejak dari usia 6 bulan. Pernah juga diserang jangkitan paru-paru hingga dimasukkan ICU.
Selain itu selalu keluar masuk hospital kerana pelbagai sebab seperyi bronchiolitis, recurrent pneumonia, otitis media, single sided deaf, multiple trigger wheeze and asthma, speech delay dan development delay. Boleh dikatakan dia membawa Israa’ ke hospital hampir setiap bulan. Namun menurut Salwa Israa’ anak yang ceria, tidak kalah dek ujian ini.
Anak kedua Salwa, I’jaaz mempunyai personaliti yang banyak cakap, suka menyanyi dan banyak idea. “Sejak dari usia 4 tahun, saya dapati ada beberapa perkara tidak kena dengan dia. Anatra yang paling selalu, huruf terbalik p,q, j, s dan beberapa lagi. Tapi masih terlalu awal untuk diagnos dengan apa-apa kerana in ifasa anak sedang develop, confuse dengan perkara normal. Dia sudah ke tadikan bersama abangnya yang 6 tahun ketika itu pada tahun 2015.
Mencecah usia 5 tahun, dia makin susah nak ke sekolah. Setiap pagi ada saja drama. Abangnya pula darjah 1, jadi tak ada kawan nak pergi sama. Makin pelik. Alif ba ta yang sudah diajar setahun, dia tak ingat. Tidak fokus, susah mengingati sesuatu arahan, mood berubah dalam jangka masa beberapa saaat dan beberapa lagi ciri lain.
25 Oktober 2017, kami hantar untuk buat ujian bagi disleksia di Persatuan Disleksia Malaysia kerana usianya 5 tahun 6 bulan, sesuai untuk buat ujian. Saya tidak terkejut langsung dengan hasil laporan, keraana memang saya telah lama dapat kesan, I’jaaz memang ada ciri disleksia yang ketara. Dan selepas kami bawa ke pakar psikatri kanak-kanak, I’jaaz juga berkemungkinan mengalami ADHD. Takpelah nak, special sungguh.
Ada 12 pusat disleksa di bawah kelolaan PDM seluruh Malaysia. Paling dekat ialah dengan kami di Putrajaya ialah Bandar Baru Bangi. Jadual keseluruhan keluarga kami untuk 2017 terpaklsa dirombak serta merta.
Kalau dulu, kami gagahkan juga 1 kereta, menghantar anak ke sekolah kemudian ke hospital tempat suami bekerja, kali ini masa dan jarak tidak mengizinkan. Atas faktor itulah, secara drastik kami mebeli kereta terpakai bulan Disember kerana iainya sudah bertukar menjadi keperluan yang mendesak. I’jaaz sudah tiga bulan di sekolah baru, makin menyesuaikan diri dan makin happy. Nanti saya cerita lanjut.
Oh, apa pula cerita anak sulung, si Imran yang manja, penuh empati, kreatif tapi selalu cembeng. Ini juga kategori special. Dari sudut kesihatan, sejak dari usia 8 bulan dia juga sering diserang pneumonia, dan kemudian eczema, allergic rhinitis dan food allergy. Keluar masuk hospital hingga usia 3 tahun dan membuatkan emaknya decide berhenti kerja. Menariknya lepas emaknya berhenti, dia tak masuk ward dah. Hahahaha
Dia mula ke taska umur 4 tahun. Umur 5 tahun saya decide untuk sekolahkan sendiri. Umur 6 tahun masukkan semula ke taska. Pada awalnya saya memang sedar, dia sedikit unik dan tidak seperti anak lain. Hampir masuk ke sekolah rendah juga masih tidak boleh membaca dan menulis. Dalam hati saya, merasa mungkin Imran perlu ambil masa (it’s totally normal for kids especialluy boys jika tidak tahu membaca sampai usia 8-10 tahun ya) cuma beberapa ciri lain buat saya sedikit risau. Imran ni ada sedikit ciri autism tetapi saya tak fikir dia autism.
Pendapat saya dipersetujui pakar kanak-kanak waktus aya bawa dia berjumpa sebelum dia masuk ke sekolah rendah. Pakar kata grey area tapi let’s see. Jadi kami masukkan ke sekolah seperti biasa, pf course lah dia kene masuk kelas pemulihan, linus untuk bantu. Dan dia masih dengan keunikannya. Mengajar Imran membaca seolah-olah anda cuba terangkan rocket science dan teori black hole kepada dia. It’s very tough for him to get the idea. Sejak umur dia 4 tahun saya dah cuba berbagai kaedah, you name it. Buku rasanya lebih 100 buah. i’ve tried everything.
Cut the story short, setelah perbincangan demi perbincangan kami akhirnya bawa Imran jumpa Pakar Psikatri Kanak-Kanak untuk diagnosis lebih sempurna. Saya tak risaukan dia tak boleh membaca. Tidak. Saya cuma ingin dia dibantu dengan cara paling efektif supaya dia seronok belajar dan tidak ketinggalan hingga rasa rendah diri. Itu sahaja.
2 minggu selepas I’jaaz menjalani ujian disleksia, Imran pula didiagnos awal dengan Global Developmental Delay sama seperti Israa’. Dan bermula la appointment demi appointment untuk uji kesemuanya. Kami ke klinik pakar mata, ENT, speech kanak-kanak dan menjalani ujian IQ untuk Imran.
Panjang?
Lama pendam ni. Ketika huru hara dalam kelam kelibut saya dengan Projek Beg Sekolah, ini semua berlaku. Ya, Allah sahaja yang tahu rasa hati saya dan suami.
Paling sukar, bila nak beritahu Opah (ibu saya) dan Nanny (ibu suami). Mereka down. Sedih total. Dapat lihat wajah mereka yang suram. Saya pula terpaksa yakinkan mereka, ini semua ujian. Dan kami adalah the chosen one (perasan sungguh) sebab kami mampu tempuh. It’s not genetic problem!
Saya bersyukur dikurniakan hati seperti bulldozer. Kekal kuat demi anak. Sekelumit hatta sezarah saya tidak pernah berkecil hati atau rasa ujian ini tidak adil. Saya tidak pernah menangis. Why me? Why me? Saya tidak pernah marah pada Allah.
Saya rasa Allah beri sebab Allah mahu saya buat yang terbaik bersama suami. Dan mahu sebarkan ilmu lebih tentang ini kepada orang awam
Saya kan terus bercerita mulai saat ini. Dengan hashtag #SalamDyslexia #SalamGDD #EmakGiftedBoys in sya Allah lebih banyak cerita dan info selepas ini.
Doakan kami terus kuat.
Doakan kami terus sihat.
Doakan kami dapat bawa kebaikan kepada keluarga dan semua.
Pelakon, Diana Danielle yang sudah memiliki sepasang cahaya mata mengakui belum masanya untuk menambah ahli keluarga buat masa sekarang.
Menurut Diana Danielle, 31, dia ingin lebih memberikan tumpuan dalam membesarkan kedua-dua anaknya yang kini sudah mencecah 9 tahun dan 6 tahun .
“Anak dah besar tambah la lagi sorang” 🤭
“Yes betul anak yang kedua pun dah 6 tahun, tapi bagi D nilah usia diorg perlukan bimbingan dan input setiap masa sebelum melangkah ke fasa remaja. Nampak saja “besar” tapi masih nak pelukan, nak manja, nak kita explore dan explain soalan-soalan yang makin rumit, makin “deep”.
“Curiosity mencanak, personaliti makin terbentuk, makin pandai counter point kita, makin nak berkawan dan mengenali dunia luar. D tak nampak itu sebab untuk tambah dan tambah. Sorang pun dah amanah seumur hidup.”
Tambahnya lagi, membesarkan anak bukan mudah dan ikutlah kemampuan bukan hanya dari segi duit malah mental, emosi serta masa lebih-lebih lagi bagi ibu yang bekerja sepertinya.
“So kita ikut pada kemampuan yang bukan hanya dari segi duit tapi mental, emosi dan masa. The right time will come if and when we feel it should happen. Working moms lagi la fikir lebih.”
“Tak nak baby baru membesar dengan orang gaji, dengan cikgu taska saja. That’s not why we want to have kids.. I want to be the parent, I want to be their guide and point of reference.”
“Til now – i’ve got a lot more parenting to do. Even with myself”
Rata-rata bersetuju dengan pendapat Diana termasuklah rakan selebriti.
Diana mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Farid Kamil pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad 9 tahun dan Aurora 6 tahun.
Kredit: Diana Danielle
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!