Anak maut digilis treler, hasrat berpakaian sedondon hitam di pagi Aidilfitri tidak kesampaian.
Bapa Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, 32, menyatakan hasrat sekeluarga bersama-sama untuk memakai pakaian raya berwarna hitam, pada tahun ini tidak kesampaian.
Baca:
Resepi Kerepek Terung Rangup Untuk Kudapan Anak, Guna Tepung Bestari Je! Berebut Anak Makan
“Jangan Bagi Makan Bergula/Manis” Dr Izzar Kongsi Tip Nak Latih Anak Kecil Berpuasa
“Anak Dapat Macam-Macam, Orang Sana Kids Friendly” Bawa Anak Kecil Umrah, Ibu Kongsi Pengalaman
Anaknya Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, 9, teruja dengan pakaian tersebut apabila baru sahaja sampai minggu ini.
Mangsa digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
Salam takziah diucapkan. Al-Fatihah 🤲🏻
Sumber: Bernama
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)