Terkini, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memberi amaran mengenai angin kencang dan laut bergelora yang dijangka berlaku di perairan negara dari 29 hingga 31 Disember.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan petang tadi, METMalaysia memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka melanda perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, kenaikan paras air laut turut diramalkan berlaku di kawasan perairan berkenaan bermula Ahad hingga Isnin dengan risiko limpahan air laut di pesisir pantai.
Ads
Menurut METMalaysia, angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 km/j dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter turut dijangka membadai kawasan perairan selatan Samui, Tioman, selatan Bunguran, tenggara Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan Palawan hingga Selasa.
Ads
Di kawasan perairan Condore dan barat laut Reef North, angin kencang dan laut bergelora kategori ketiga dengan kelajuan melebihi 60 km/j dan ombak lebih 4.5 meter dijangka berlaku hingga Selasa.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.
Ads
Amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan utara Bunguran serta timur laut dan barat daya Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 km/j dan ombak hingga 4.5 meter.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut METMalaysia.
Sumber: METMalaysia. & Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin. Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah-hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Isteri Dihujani Hadiah Mewah Hampir 12 Juta Selepas Bersalin
Malaikah Raja, yang dikenali kerana sering berkongsi gaya hidup serba mewah di Instagram, memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelbagai hadiah bernilai tinggi yang diterimanya selepas kelahiran bayi perempuan mereka.
Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi
Antara hadiah yang diberikan termasuk sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas, sebuah rumah mewah bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta), beberapa beg tangan jenama pereka terkenal, serta barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
“Bayi perempuan yang mahal. Macam mana bayi sekecil ini boleh mula mengosongkan akaun bank bapanya?” tulisnya berseloroh dalam kapsyen video tersebut.
Hadiah ‘Push Present’ Yang Luar Biasa
Video itu bermula dengan Malaikah berdiri di sebelah suaminya sebelum dia menunjukkan satu persatu hadiah yang diterimanya sebagai ‘push present’ – iaitu hadiah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai penghargaan atas pengorbanan melahirkan anak.
Hadiah pertama yang diperlihatkan ialah kereta mewah G Wagon diikuti dengan sebuah rumah baru bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta). Tidak cukup dengan itu, Malaikah turut menerima lapan beg tangan Dior bernilai AS$100,000 (RM475,000), gelang emas bernilai AS$80,000 (RM380,000) serta pakej urutan selepas bersalin untuk dirinya dan bayi bernilai AS$10,000 (RM47,500).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya dalam video tersebut.
Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi
Lebih mengejutkan, Malaikah juga diberikan bajet bulanan sebanyak AS$50,000 (RM237,500) untuk membeli pakaian bayi, gelang tenis bernilai AS$200,000 (RM950,000) serta barang kemas emas bernilai AS$70,000 (RM332,500) khusus untuk anak perempuannya.
Tular Dan Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 15 juta tontonan dan hampir 500,000 tanda suka di Instagram.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi – ada yang terkejut, ada yang terhibur, malah ada juga yang menyokong tindakan suaminya yang menghargai isteri dengan cara luar biasa.
“Saya perlu pulih selepas menonton video ini. Tolong kirimkan saya AS$1 juta (RM4.40),” seloroh seorang pengguna media sosial.
Malaikah bergambar bersama sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas. Agensi
“Wow, masa saya balik rumah selepas bersalin, suami saya cuma kata dia dah siap kupas kentang untuk saya,” tulis seorang lagi.
Namun, ada juga yang menyokong idea ‘push present’ yang diberikan oleh suaminya.
“Tidak kira sama ada video ini dibuat sebagai gurauan atau tidak, saya menyokongnya. Lelaki mahu anak, jadi mereka perlu memberi penghargaan kepada isterinya,” kata seorang netizen.
Sehingga kini, video tersebut masih menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang membincangkan sama ada budaya ‘push present’ mewah seperti ini patut dijadikan kebiasaan atau sekadar trend sementara.
Jurusolek yang cukup dikenali, MUA Bellaz menarik perhatian warganet bila mana menghadiahkan pembantunya barang kemas bagi menghargai jasanya membantu menguruskan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Bellaz dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas buat pembantunya bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.
Bukan pertama kali, rupanya ia merupakan hadiah barang kemas kedua yang diperolehinya dari Bellaz dan suami.
“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.
“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz,” kongsi Bellaz meluahkan penghargaan.
Malah kongsi Bellaz lagi, pembantunya seorang yang cukup ringan tulang malah tidak berkira soal kerja dan dek kerana itu dia cukup disenangi.
“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.
“Raya hari tu Bellaz bagi dah sebentuk. Ni bagi lagi sebentuk kat dia.
“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan,” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik malah cukup bermurah hati menghadiahkan barangan berharga buat pembantu.
Tak hairanlah ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Bellaz dan suami kerana berkongsi rezeki.
Selebriti yang terkenal dengan kisah penghijrahannya, Mizz Nina menyambut ulang tahun kelahiran anak susuannya, Musa yang pertama hari ini (2 Disember).
Bersyukur dikurniakan anak kecil yang menjadi penyeri hidupnya, Mizz Nina berkongsi perkembangan Musa yang semakin bijak dan disenangi ramai dalam memberi kebahagiaan dalam hidupnya.
“To my sayang Musa, hari ini awak berumur 1 tahun, alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana mempunyai awak dalam hidup saya. Awak benar-benar bayi yang istimewa, terlalu comel untuk mengendalikan mashaAllah.
“Awak suka ketawa, menegur semua orang dan sangat mesra! Awak juga suka berkongsi makanan dengan orang lain dan membawa kegembiraan kepada setiap orang yang bertemu dengan awal – benar-benar hadiah dan amanah yang saya harap dapat menjaga dengan cara yang terbaik,” titipnya.
Bekas isteri vokalis Hujan, Noh Salleh itu berkongsi perkara berkenaan di akaun instagramnya.
Menerusi kemas kini yang sama, Mizz Nina juga memuat naik fotonya bersama Musa dengan wajah yang dilindungi dengan sticker emoji.
Dalam pada itu, Mizz Nina turut menitipkan doa dan ucapan buat buah hatinya.
“Ku persembahkan dia kepada-Mu, pilihlah dia sentiasa berada di bawah naungan, perlindungan, petunjuk, rahmat dan keampunan-Mu.
“Berkatilah dia dengan ilmu dan hikmah, merendah diri, sabar, budi pekerti yang baik, kesihatan yang baik, sahabat dan guru yang soleh, kurniakan tarbiyyah yang baik, bantulah dia membesar dan belajar dari kesilapan dan kegagalannya dan pastikan dia sentiasa di atas landasan al-Quran dan sunnah.
“Semoga ia menjadi panduan baginya dalam apa jua pilihan untuk dilakukan dalam kehidupan ini. Yang penting semoga beliau meninggalkan legasi yang kukuh dan menjadi cahaya untuk ummah, Aameen.
“Allah loves you sayang Musa, I love u, your bapak & all your mommies love u too,” tulisnya.
Musa merupakan anak susuan sewaktu Mizz Nina dan Noh masih bersama. Mereka berpisah pada Ogos lalu selepas 11 tahun hidup bersama.
Ketahui risiko sebenar fototerapi di rumah dan mengapa rawatan ini tidak boleh dilakukan tanpa pengawasan pakar. Fahami bahaya tersembunyi, keperluan pemantauan, serta garis panduan KKM untuk keselamatan bayi jaundis.