Hati-Hati Beli Sanitizer/Disinfectant Di Pasaran. Dr Izzar Nasihat Semak Dulu Perkara Ni

Share

Mencegah lebih baik dari merawat. Ramai yang begitu berhati-hati dalam keadaan Covid-19 sekarang ini. Namun ada juga pihak yang cuba mengambil kesempatan menjual produk yang belum tentu selamat penggunaannya.

Sebelum ini suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari berkongsi mengenai kesan sampingan menyembur sanitizer mengunakan spray gun ke badan seperti yang banyak di jual di pasaran. Ini kerana jika silap penggunaannya boleh boleh menyebabkan kemudaratan kepada individu tersebut.

 CARA CHECK SANITIZER DAN DISINFECTANT, HATI-HATI BILA BELI!

Kali ini Dr Izzar Anwari sekali lagi berkongsi cara untuk memastikan sanitizer yang dibeli bukan produk tiruan dan selamat untuk digunakan bagi tujuan sanitasi dan disenfeksi.

HATI-HATI MEMBELI SANITIZER ATAU DISINFECTANT

Saya pernah share mengenai perkara ni, tapi saya share lagila. Mesti ramai yang dah membeli sanitizer / disinfectant kan sekarang.

Untuk pengetahuan, sebelum membeli sanitizer / disinfectant di online, korang patut semak dahulu:

Nombor notifikasi kosmetik (NOT) bagi hand sanitizer atau
No. pendaftaran (MAL) ubat dan pelekat keselamatan hologram bagi disinfectant

Tanya kepada seller. Kalau dia claim kata ada kelulusan KKM, minta nombor NOT (bagi sanitizer) atau no MAL (bagi disinfectant). Ini untuk mengelakkan anda dari mendapat produk tiruan yang tak berkesan untuk tujuan sanitasi atau disinfeksi. Tapi kalau dia takde no NOT atau MAL, apa korang rasa? Nak senang beli kat farmasi je.

Nak semak kesahihan nombor NOT / MAL tu korang muat turun app ‘NPRA Product Status’ atau semak di laman web npra.gov.my

Ingin saya ingatkan juga bahawa hand sanitizer ni digunakan hanya bila tiada air dan sabun je. Pembersihan tangan menggunakan sabun dan air untuk selama sekurang-kurangnya 20saat adalah lebih efektif.

Peniaga pula dinasihatkan agar jangan ambil kesempatan menjual produk tidak berdaftar atau tidak bernotifikasi dan membuat pelbagai tuntutan pencegahan terhadap penyakit-penyakit termasuklah Covid-19.

Penjualan ubat tidak berdaftar atau kosmetik tidak bernotifikasi adalah satu kesalahan dan jika sabit dengan kesalahan boleh didenda sehingga RM 25,000 dan/atau penjara tidak melebihi 3 tahun.

Sumber: Instagram Dr Izzar Anwari

Mama jom rileks jap, klik link ni!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

 

Published by
Wan Amy