Hati-hati ketika hidangkan anak buah-buahan kerana jika salah caranya ia boleh meningkatkan risiko tercekik. Ikuti 6 tip doktor ini.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengalamannya dan kes-kes yang pernah dikendalikan berkaitan tercekik buah di kalangan kanak-kanak.
Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemaaan & Trauma, saya ada terima beberapa kes kematian kanak-kanak kerana tertercekik buah-buahan.
Buah dalam bentuk whole boleh menyekat salur pernafasan
Jika kanak-kanak tercekik buah seperti anggur dan tomato ceri yang utuh (whole) ia boleh meyekat salur pernafasan dan boleh membawa maut.
Ada kanak-kanak yang tercekik biji buah
Ada juga kes kematian yang melibatkan tercekik biji buah buahan seperti mata kucing dan laici serta berbiji yang agak besar seperti cempedak dan durian.
Ads
6 tip ketika menghidangkan buah-buahan kepada anak kecil
Ibu bapa hendaklah prihatin kepada perkara berikut:
#1 PILIH BUAH SESUAI DENGAN UMUR
Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.
Ads
#2 BUANGKAN BIJI
Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat dan sebagainya.
#3 DIBELAH MENEGAK
Buah kecil seperti anggur hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.
Ads
#4 DIPOTONG PADA SAIZ SESUAI
Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.
#5 BELAJAR TEKNIK BILA ANAK TERCEKIK
Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.
#6 SEGERA TELEFON AMBULANS
Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.
Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.
Minda si kecil ibarat span. Apa sahaja rangsangan yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya. Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan sejak dari usia sebulan. Bahan yang digunakannya juga tidak sukar untuk didapati.
Saya mahu berkongsi aktivti saya dengan bayi saya ketika dia berusia 0-7 bulan. pemikiran yang menganggap bayi sekadar makan, minum dan tidur tu saya cuba alihkan dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan mencipta pelbagai kenangan.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
AKTIVITI UNTUK BAYI BOLEH KURANGKAN RISIKO MERAGAM
Dengan aktiviti bermain ni dapat kurangkan ‘stress’ pada bayi. Jadi, bayi tidak banyak meragam. Mereka akan lebih ceria sebab kita membri kepercayaan padanya untuk menerokai (explore everthings). Pada tahun pertama, mesti mereka berkeinginan untuk tahu macam-macam.
15 AKTIVITI RANGSANGAN YANG DILAKUKAN UNTUK ANAKNYA
Biasanya apabila kita letakkan jari kita pada tapak tangan baby, baby akan bertindak balas dengan mengenggam semula jari kita kan?
TAHUKAH ANDA KENAPA BABY SUKA GENGGAM TANGAN?
* Tindak balas ini dinamakan “grasping reflex @ palmar reflex” iaitu salah satu daripada primitive reflexes yang sepatutnya ada pada baby yang berumur 0-4 bulan.
* Reflex ini muncul pada baby sekitar usia dalam kandungan 11 minggu lagi..kemudian terus develop apabila baby dilahirkan & kekal pada baby sehingga berusia 4 bulan.
* Apabila palmar reflex bertindak balas, jari-jari baby akan mengenggam jari kita @ objek seperti kain dan permainan.
* Pada usia ini baby akan menggunakan palmar reflex untuk memegang mainan yang sedikit besar, tapi adalah sukar bg objek yang kecil.
* Kemudian baby akan practice menggunakan jari-jari mereka untuk memegang objek (pincer grasp). Sekitar usia 9-10 bulan, baby akan dapat menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil objek yang kecil.
* Kemahiran motor halus ini akan terus berkembang dengan lebih baik seiring dengan usia baby dan anak akan belajar menggunakan tangan dan jari mereka dengan lebih baik.
KESAN JIKA RETAINED PALMAR@ GRASPING REFLEX?
➡️ Lewat dalam perkembangan motor halus
➡️ Kurang kemahiran menggunakan pincer grasp
➡️ Kerap memegang pensil dengan cara yang salah semasa menulis
➡️ Tulisan sukar dibaca
➡️ Hypersensitivity kepada stimulasi sentuhan pada tapak tangan
➡️ Kerap terjelir sedikit lidah @ membuat pergerakan mulut semasa menulis, melukis @ menggunting
Kita nampak palmar reflex ni macam very simple kan..tapi kesannya adalah sangat besar untuk anak-anak bila usia mereka semakin meningkat terutama apabila memasuki alam persekolahan nanti.
Jika anda rasa anak anda ada masalah retained palmar reflex, bolehlah bawa anak berjumpa dengan Occupational therapist yang terdekat untuk mendapatkan penilaian dan intervensi.
“Teringin nak pakaikan bayi anting-anting mesti cantik, tapi boleh ke tindik telinga masa bayi?”
Memang nampak comel bila anak-anak masih kecil dipakaikan dengan barangan kemas seperti anting-anting atau subang. Namun, jika ibu bapa ada berhasrat untuk tindikkan anak yang masih kecil terutamanya bayi yang bawah usia 6 bulan, elok tangguhkan dulu keinginan ini. Ini kerana mungkin ramai ibu bapa yang tak tahu bahawa luka tindikan tersebut berbahaya pada bayi usia begini.
Sebelum buat keputusan tindik telinga bayi, ibu bapa perlu tahu risikonya terlebih dahulu.
Menurut Doktor Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Dr Zubaidi Hj Ahmad berkata jika tidak dirawat atau dibiarkan, luka tindikan tersebut menyebabkan jangkitan kuman tetanus, sekali gus boleh menyebabkan bayi mengalami kekejangan dan sawan.
“Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga.”
Dr Zubaidi berkata bayi secara umumnya mempunyai daya tahan yang lemah berbanding orang dewasa.
“Pastikan orang yang melakukan tindikan menggunakan jarum yang bersih dan steril. Prosedur ini lebih baik dilakukan di klinik kerana doktor akan menggunakan disposable sterilized needle. Doktor juga akan memberikan bius pada cuping telinga sebelum menindik cuping telinga bayi”
Selain itu, pastikan anting-anting untuk dibuat daripada bahan berkualiti dan tidak menyebabkan alahan seperti emas, platinum dan titanium. Anting-anting yang dibuat daripada kromium (bahan logam disadur dan mudah berkarat) selalunya menyebabkan radang dan alahan pada cuping telinga.
Tak salah untuk menindik telinga anak, tapi setidaknya tunggulah sehingga anak berusia enam bulan ke atas seperti saranan Dr Zubaidi dan juga ikuti panduan dan syarat sebelum menindik. Baik mencegah sebelum merawat.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.