Anak-anak yang sedang membesar sememangnya perlukan perhatian lebih. Mereka semakin lasak dan aktif bila mula pandai berjalan. Perhatian perlu lebih diberikan pada mereka, bimbang anak terjatuh dan paling ditakuti terkena kepala yang sememangnya cukup bahaya pada perkembangan anak-anak.
Bila anak dah mula panjat sana sini, mak ayah kenalah beri perhatian lebih, takut terjatuh. Inilah yang cuba disampaikan oleh suami kepada pelakon cantik Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang berkongsi mengenai kecederaan pada kepada anak.
Menurutnya, kecederaan pada kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak jika berada pada tahap serius. Dan hal ini sememangnya tidak boleh dipandang mudah oleh semua mak ayah.
Perlu berikan lebih perhatian pada anak-anak dan kenal pasti jenis kecederaan bagaimana yang membolehkan untuk mereka bertindak dan merujuk kepada doktor. Jangan terlepas pandang.
Ikuti perkongsiannya dan simptom-simptom yang patut dikenal pasti oleh mak ayah.
KECEDERAAN KEPALA BABY & BUDAK
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol atau lebam kat kepala dia. ?
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan dan kematian pada kanak-kanak (kalau kecederaan teruklah). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan atau mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila parents dah perasan anak tu ada benjol atau luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni.
Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka. Swipe kiri kalau nak tahu simptom-simptom tu.
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehlah monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau.
Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita taknak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan.
Jangan lambat bawa jumpa doktor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn.
Kredit: @izzar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI