Susu ibu adalah sumber makanan pertama bayi baru lahir. Pemberian susu diteruskan walaupun anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal semasa usianya enam bulan.
Semakin anak membesar dan sudah makan pelbagai jenis makanan, susu perlu terus menjadi sebahagian daripada diet harian anak.
Mengikut Garis Panduan Diet Malaysia 2010, saranan pengambilan susu untuk kanak-kanak adalah dua hidangan sehari sahaja. Susu atau produk tenusu adalah sumber protein yang sangat baik untuk membantu pembinaan otot dan sel tubuh anak.
Bagaimanapun semakin membesar, kebanyakan kanak-kanak akan menolak minuman susu apatah lagi sekiranya sudah dihentikan pengambilan susu menggunakan botol susu. Mereka mungkin merasa loya atau hendak termuntah sekiranya diminta minum susu menggunakan cawan.
Ibu ayah kena berhati-hati dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh anak sekiranya mereka kekurangan sumber kalsium dan protein ia boleh menjejaskan pertumbuhan sihat si manja.
Fungsi kalsium dalam tumbesaran anak dapat berjalan lancar jika keperluan kalsium harian anak dipenuhi dengan baik. Apabila kekurangan kalsium, anak berisiko mengalami beberapa masalah seperti berikut:
1. Pertumbuhan yang terbantut
Anak yang tidak mendapat sumber kalsium yang cukup akan mengalami pertumbuhan yang terbantut, termasuk ketinggian badannya. Anak yang kekurangan kalsium biasakan akan lebih pendek, jika dibandingkan dengan anak yang mendapat keperluan kalsium yang cukup.
Ads
2. Berisiko ada masalah tulang
Kekurangan sumber kalsium dan vitamin D pada anak boleh berisiko mengalami masalah tulang rapuh, otot yang lemah, penyakit riket, kuku mudah rapuh, kulit kering dan bersisik serta pertumbuhan yang agak perlahan.
3. Risiko osteoporosis apabila usia meningkat
Anak-anak yang keperluan kalsiumnya tidak mencukupi dengan baik lebih berisiko untuk mengalami masalah tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang. Dia berisiko untuk mudah mengalami masalah osteoporosis apabila usia meningkat kelak.
Justeru itu ibu perlu mencari alternatif lain supaya anak terus mendapat khasiat yang diperlukan daripada sumber kalsium dan protein untuk membantu tumbesaran sihat mereka. Antaranya adalah memperkenalkan si kecil dengan susu kambing.
Susu kambing sesuai untuk semua peringkat umur sebagai alternatif yang lebih mudah dihadam dan rendah risiko alahan.
Ads
Khasiat susu kambing
Berikut antara kebaikan susu kambing kepada kesihatan tubuh badan mereka yang meminumnya.
a. Laktosa di dalam susu kambing adalah sumber prebiotik semula jadi yang membantu meningkatkan imunisasi badan.
b. Susu kambing bersifat alkali dan menjadikan ia sangat efektif untuk mengeluarkan lendir dan kahak dari badan si kecil melalui najis dan muntah.
c. Saiz molekul susu kambing yang sembilan kali ganda lebih halus menjadikan ia sangat mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh
d. Susu kambing lebih mudah untuk dihadam berbanding susu lain.
Ads
e. Ada kajian mendapati magnesium membantu mengurangkan risiko jaundis. Ibu yang hamil digalakkan minum susu kambing yang kaya kandungan magnesium untuk mengurangkan risiko terkena jaundis.
f. Susu kambing juga mempunyai 35 peratus asid lemak. Nutrisi di dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik jika diminum segar. Bukan itu saja, ia juga tiada laktosa dan sesuai untuk mereka yang tidak toleran dengan laktosa. Kanak-kanak yang minum susu kambing biasanya akan kurang mendapat alahan.
g. Susu kambing mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf. Malah ramai yang mengesyorkan susu kambing sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu.
Lazz Susu Kambing pilihan untuk semua
Lazz Susu Kambing terkenal dengan kualitinya yang premium dan memberi kesan yang positif selepas pengambilan. Terdapat empat pilihan perisa untuk dipilih mengikut cita rasa pengguna.
Antara keistimewaan Lazz Susu Kambing ialah rasanya yang tidak hamis dan enak diminum. Lazz juga menggunakan Susu Kambing Orgamilk iaitu sumber bahan mentah yang organik dan semula jadi.
Lazz menjalankan pantauan kualiti yang ketat dan info nutrisi adalah semula jadi dari susu kambing tanpa tambahan dari suplemen lain.
Bukan sahaja baik untuk bayi, malah Lazz Susu Kambing juga baik untuk orang dewasa. Bagi ibu yang sedang berpantang dan juga berusaha untuk hamil, susu kambing boleh dijadikan amalan untuk kesihatan diri di samping mendapatkan khasiat yang terkandung di dalamnya.
Jenama Lazz Susu Kambing juga menerima pengiktirafan sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma “Susu Ibu Hamil Pilihan” sempena ulang tahun Pa&Ma yang ke-19 Oktober ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau bayi anda belum berusia 3 bulan, rajin-rajinlah buat aktiviti ”tummy time” supaya perkembangannya lebih memberangsangkan.
“Seronok ada baby rocker automatik ni. Baby aku sepanjang hari duduk dalam ni. Senang aku nak buat kerja rumah!”
Kalau ada ibu yang baru dapat bayi dan berfikiran begini, baik anda pertimbangkan semula apa yang anda lakukan. Ibu dan ayah, tolong jangan seronok dan berbangga sangat dengan “diamnya” bayi bila menggunakan peralatan moden yang dikatakan memudahkan bayi untuk tidur dan kurang menangis.
Sebenarnya, penggunaan perlatan moden tersebut perlu dikurangkan atau tak perlu terutama pada tiga bulan awal usia bayi. Menurut Puan Liyana Raya Jurupulih Cara Kerja (Occupational Therapist) sangat-sangat menekankan kepada para ibu bapa supaya melebihkan letak bayi di atas lantai atau dada berbanding membiarkan mereka di dalam baby rocker, buaian dan sebagianya.
Kenapa? Bacalah selanjutnya penerangan beliau.
Tummy time for baby.
Sepanjang bayi lahir sampailah ke usia 3 bulan,please please please!!!
Kurangkan penggunaan buaian,baby rocker,baby court,atau apa saja peralatan moden.
Lebihkan tummy time.
Biarkan bayi di atas lantai,atas dada anda,’babywearing’ yg betul menggunakan wrap atau ring sling,bayi diposisikan ‘tummy to tummy’ dengan anda,atau apa saja posisi tummy time asalkan ianya tummy time!
Tummy time juga dikenali sbg floor time.
Kenapa?
Sebab Allah ciptakan graviti. Bayi harus menggunakan otot2 badannya utk melawan graviti. Graviti ada di atas lantai utk bayi. Semua ni demi perkembangan motor kasar dan halusnya.
Dan demi banyak perkembangan lain lagi.
Bukan tak boleh dukung dengan kerap. Bukan tak boleh letak dlm buaian atau baby rocker atau baby court terus.
Flashcard? Big NO at this age. Sesiapa yg menunggu masa utk bersalin sama seperti saya,please jangan sesekali ada pemikiran seperti ini dalam kepala anda.
Ikut perkembangan bayi seperti fitrahnya. Jangan dibuat penambahan melainkan ‘follow the flow of baby’s developmental milestone’.
Ini akan saya explain panjang lebar dlm live video yg saya plan nak buat lepas bersalin nanti. Anda boleh tengok apa aktiviti saya dan bayi ketika usia 0-3 bulan.
Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.
Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.
Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.
Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak pada November ini, Royale Chulan Seremban akan menganjurkan Festival Hari Kanak-Kanak selama dua hari pada 9 dan 10 November 2024.
Acara ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik dan pertandingan khusus untuk kanak-kanak sebagai meraikan hari penuh makna buat mereka.
Bakal dikunjungi oleh pelbagai peringkat umur kanak-kanak, kesemua kesuluruhan Royale Chulan Seremban ini akan turut menjalankan pelbagai aktiviti menarik.
Menariknya, Bzu Bzu, yang terkenal dengan produk penjagaan rumah dan diri semula jadi, akan memberikan 2,000 hadiah percuma kepada kanak-kanak yang hadir!
Antara pertandingan yang akan diadakan di Ballroom Seri Negeri 1 ialah pertandingan mewarna, tarian, nyanyian, dan pertunjukan fesyen.
Pemenang tempat pertama akan membawa pulang hadiah bernilai RM400, wang tunai RM500 daripada PTPN, trofi, sijil, dan 4 tiket taman tema Legoland Malaysia.
Tempat kedua dan ketiga akan menerima wang tunai RM400 dan RM300, serta tiket ke Snowlim Wonderland Malaysia dan hadiah-hadiah lain. Yuran penyertaan bermula dari RM25, termasuk hidangan khas untuk peserta.
Di Ballroom Seri Negeri 2, Brickmasters akan menganjurkan pertandingan Lego pertama di Negeri Sembilan, dengan penyertaan lebih 500 orang setiap hari. Yuran penyertaan ialah RM5 dan terbuka kepada semua.
Sementara itu, Pusat Latihan Catur Negeri Sembilan akan menganjurkan kejohanan catur di Ballroom Seri Negeri 3, terbuka kepada kanak-kanak dan dewasa.
Selain itu, acara ini turut menawarkan aktiviti seperti istana angin, pertunjukan silap mata, pencarian harta karun, pameran haiwan, dan bengkel baking di Restoran Han Pi Yuen yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun dengan yuran RM49.90 sahaja.
Tidak ketinggalan, KPJ Seremban Specialist Hospital juga akan turut menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma seperti saringan tekanan darah, BMI, glukosa, dan analisis lemak badan sepanjang festival ini berlangsung. Aktiviti lain termasuklah pemeriksaan pertuturan, pendengaran, gigi, dan mata percuma.
Jadi apa tunggu lagi, jom sertai aktiviti menarik ini dan untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi kami di WhatsApp 016 920 9880 atau telefon 06-766 6666, atau e-mel enquiry.rcs@royalechulan.com.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.