Hati-Hati Dengan Bahaya Kekurangan Kalsium Pada Anak. Jejaskan Pertumbuhannya!

Share

Susu ibu adalah sumber makanan pertama bayi baru lahir. Pemberian susu diteruskan walaupun anak sudah diperkenalkan dengan makanan pejal semasa usianya enam bulan.

Semakin anak membesar dan sudah makan pelbagai jenis makanan, susu perlu terus menjadi sebahagian daripada diet harian anak.

Mengikut Garis Panduan Diet Malaysia 2010, saranan pengambilan susu untuk kanak-kanak adalah dua hidangan sehari sahaja. Susu atau produk tenusu adalah sumber protein yang sangat baik untuk membantu pembinaan otot dan sel tubuh anak.

Bagaimanapun semakin membesar, kebanyakan kanak-kanak akan menolak minuman susu apatah lagi sekiranya sudah dihentikan pengambilan susu menggunakan botol susu. Mereka mungkin merasa loya atau hendak termuntah sekiranya diminta minum susu menggunakan cawan.

Ibu ayah kena berhati-hati dengan risiko yang mungkin dihadapi oleh anak sekiranya mereka kekurangan sumber kalsium dan protein ia boleh menjejaskan pertumbuhan sihat si manja.

Fungsi kalsium dalam tumbesaran anak dapat berjalan lancar jika keperluan kalsium harian anak dipenuhi dengan baik. Apabila kekurangan kalsium, anak berisiko mengalami beberapa masalah seperti berikut:

1. Pertumbuhan yang terbantut

Anak yang tidak mendapat sumber kalsium yang cukup akan mengalami pertumbuhan yang terbantut, termasuk ketinggian badannya. Anak yang kekurangan kalsium biasakan akan lebih pendek, jika dibandingkan dengan anak yang mendapat keperluan kalsium yang cukup.

2. Berisiko ada masalah tulang

Kekurangan sumber kalsium dan vitamin D pada anak boleh berisiko mengalami masalah tulang rapuh, otot yang lemah, penyakit riket, kuku mudah rapuh, kulit kering dan bersisik serta pertumbuhan yang agak perlahan.

3. Risiko osteoporosis apabila usia meningkat

Anak-anak yang keperluan kalsiumnya tidak mencukupi dengan baik lebih berisiko untuk mengalami masalah tulang rapuh, tinggi risiko patah tulang. Dia berisiko untuk mudah mengalami masalah osteoporosis apabila usia meningkat kelak.

Justeru itu ibu perlu mencari alternatif lain supaya anak terus mendapat khasiat yang diperlukan daripada sumber kalsium dan protein untuk membantu tumbesaran sihat mereka. Antaranya adalah memperkenalkan si kecil dengan susu kambing.

Susu kambing sesuai untuk semua peringkat umur sebagai alternatif yang lebih mudah dihadam dan rendah risiko alahan.

Khasiat susu kambing

Berikut antara kebaikan susu kambing kepada kesihatan tubuh badan mereka yang meminumnya.

a. Laktosa di dalam susu kambing adalah sumber prebiotik semula jadi yang membantu meningkatkan imunisasi badan.

b. Susu kambing bersifat alkali dan menjadikan ia sangat efektif untuk mengeluarkan lendir dan kahak dari badan si kecil melalui najis dan muntah.

c. Saiz molekul susu kambing yang sembilan kali ganda lebih halus menjadikan ia sangat mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh

d. Susu kambing lebih mudah untuk dihadam berbanding susu lain.

e. Ada kajian mendapati magnesium membantu mengurangkan risiko jaundis. Ibu yang hamil digalakkan minum susu kambing yang kaya kandungan magnesium untuk mengurangkan risiko terkena jaundis.

f. Susu kambing juga mempunyai 35 peratus asid lemak. Nutrisi di dalam susu kambing lebih sihat dan lebih baik jika diminum segar. Bukan itu saja, ia juga tiada laktosa dan sesuai untuk mereka yang tidak toleran dengan laktosa. Kanak-kanak yang minum susu kambing biasanya akan kurang mendapat alahan.

g. Susu kambing mengandungi kandungan protein dan zat besi yang lebih tinggi. Ia dapat menguatkan tulang, gigi, otot, sendi, kulit, tisu dan saraf. Malah ramai yang mengesyorkan susu kambing sebagai susu kedua terbaik selepas susu ibu.

Lazz Susu Kambing pilihan untuk semua

Lazz Susu Kambing terkenal dengan kualitinya yang premium dan memberi kesan yang positif selepas pengambilan. Terdapat empat pilihan perisa untuk dipilih mengikut cita rasa pengguna.

Antara keistimewaan Lazz Susu Kambing ialah rasanya yang tidak hamis dan enak diminum. Lazz juga menggunakan Susu Kambing Orgamilk iaitu sumber bahan mentah yang organik dan semula jadi.

Lazz menjalankan pantauan kualiti yang ketat dan info nutrisi adalah semula jadi dari susu kambing tanpa tambahan dari suplemen lain.

Bukan sahaja baik untuk bayi, malah Lazz Susu Kambing juga baik untuk orang dewasa. Bagi ibu yang sedang berpantang dan juga berusaha untuk hamil, susu kambing boleh dijadikan amalan untuk kesihatan diri di samping mendapatkan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Jenama Lazz Susu Kambing juga menerima pengiktirafan sebagai Jenama Pilihan Pa&Ma “Susu Ibu Hamil Pilihan” sempena ulang tahun Pa&Ma yang ke-19 Oktober ini.

Published by
SAHR