Hati-Hati Drop Baby Picture Challenge. Pakar Jelaskan Boleh Jadi Sasaran Pedofilia

Share

Dalam keseronokan kita membuat challenge dengan memuatnaik gambar yang ada dalam simpanan kita, pernah tak kita terfikir akan pro dan kontranya jika gambar anak dikongsi kepada umum semata-mata untuk menyahut cabaran tersebut.

Ini kerana terlalu banyak gambar yang dikongsikan di media sosial sekarang boleh beri kesan yang ibu bapa tak nampak tetapi beri impak negatif untuk kemudian hari. Betul kita anggap sebagai suka-suka je namun tak mustahil ia jadi sasaran pihak yang cuba ambil kesempatan.

Bagi menerangkan dengan lebih jelas buat ibu bapa, ini perkongsian dari Pakar Kriminologi, UKM, Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin.

Selaku ahli akademik dan penyelidik dalam bidang kriminologi, saya ingin mengutarakan pandangan saya tentang #drop_baby_picture_challenge (terutamanya anak laki/perempuan dalam fasa remaja/bayi).

Tahukah anda perbuatan kita memuat naik gambar anak boleh menjadi katalog atau pangkalan data atau sumber carian untuk pedofilia atau mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab?

Gambar anak yang kita memuat naik dalam FB (especially apabila akaun FB kita adalah di bawah mode ‘public view’) dengan hashtag boleh disalahgunakan dalam medium lain termasuk dark website.

Saya buat sedikit survey dengan menaip hashtag dan keluarlah gambar anak yang dimuat naik oleh netizen. M.O ini boleh digunakan oleh pedofilia. Saya sertakan beberapa lampiran imej untuk perhatian semua ibu bapa di luar sana. Tak salah untuk upload tapi:

1. Jangan letakkan hashtag tersebut
2. Pastikan profile kita dalam private mode

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu bapa untuk sentiasa beringat memuat naik gambar anak.

Kredit: Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin
Pakar Kriminologi, UKM

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy