Kesibukan ibu bapa hari ini kerana komitmen kerja telah menyebabkan penyediaan makanan kepada anak-anak tidak dapat diuruskan sebaik mungkin. Oleh itu, makanan yang mudah disediakan menjadi pilihan untuk mengisi perut anak.
Dengan kehadiran makanan segera yang pelbagai jenis antara alternatif ibu bapa untuk mengenyangkan anak dan semestinya ia turut disukai anak. Tapi sebenarnya tahukah makanan seperti ini ada risikonya untuk masa depan mereka?
Seperti yang diketahui, anak yang sedang membesar memerlukan nutrisi untuk otak. Jika mereka disajikan dengan makanan ringan atau makanan segera ia bukan sahaja melemahkan sistem badan tapi membuatkan anak akan jadi ketagih.
Sekiranya mereka tidak dapat menikmati makanan tersebut, anak pasti akan mengamuk dan ini sukar untuk diatasi apabila semakin besar.
Mungkin ramai ibu bapa tidak perasan makanan yang berbahaya untuk pertumbuhan si kecil ini diambil sehari-hari oleh anak.Kandungan gula dalam makanan yang diproses antara salah satu penyebab kemampuan otak bayi jadi lemah.
Ads
Menurut Dr Zulfito dalam bukunya yang berjudul Menu Sihat & Permainan Kreatif, anak-anak yang terlalu banyak diberikan makan biskut, gula-gula, atau makanan yang kadar gulanya tinggi, perkembangan otak boleh terbantut.
Ini disebabkan kadar gula dalam darah menjadi naik dan turun dengan sangat cepat. Tindak balas ini mengakibatkan bekalan tenaga ke otak jadi tidak stabil. Kesannya kanak-kanak mudah tersinggung dan mudah lelah. Selain itu beberapa jenis makanan dan minuman yang tidak digalakkan untuk anak-anak ambil adalah:
Makanan ringan/makanan segera
Makanan segera ini merupakan makanan yang kurang zat pemakanan kerana ia mengandungi banyak pewarna,bahan pengawet,penambah perasa,garam dan juga gula. Asid lemak yang tepu terhidrogenasi juga banyak dijumpai dalam makanan ini. Jika anak terlalu kerap mengambil makanan segera ini akan mengakibatkan pencernaan kanak-kanak lemah serta masalah kesihatan lain yang mungkin mendatangkan pelbagai penyakit.
Ads
Minuman berkarbonat
Tidak hanya minuman yang mengandungi soda saja, tetapi jus buah-buahan dalam botol juga antara yang mengandungi karbonat.Minuman jenis ini mengandungi gula, pengawet, pemanis, pewarna, kafein dan sebagainya. Semua kandungan ini tidak sesuai untuk perkembangan anak yang masih kecil.
Makanan yang mengandungi kafein
Ads
Kafein biasanya terdapat dalam teh, kopi, coklat, dan juga minuman yang berkarbonat. Berdasarkan kajian pada anak-anak yang bersekolah, kebiasaannya apabila mereka minum teh setiap pagi, permulaan hari mereka kurang memberangsangkan.Sebaiknya pengambilan susu sangat digalakkan.
Aditif dan pengawet
Bahan-bahan aditif dan pengawet ini banyak digunakan untuk menambah rasa, tekstur dan meningkatkan daya tahan makanan dalam tempoh yang lama. Sementara itu, sistem tubuh bayi dan kanak-kanak belum betul-betul bersedia untuk mengambil bahan tersebut.Memang pada dasarnya tidak semua bahan aditif berbahaya, tetapi boleh juga mengakibatkan alergi, daya ingatan lemah, kemurungan, dan beberapa faktor lain.
Oleh sebab itulah, kita sebagai ibu bapa harus mengambil berat mengenai pemakanan anak-anak kerana ia antara faktor yang boleh membawa perkembangan sihat anak pada masa depan.
kredit gambar: google
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasanya ibu bapa beriya nak anak pandai baca seawal mungkin. Tapi macam mana nak suruh anak minat dengan buku.
Bila ada orang kata biasakan bawa anak masuk ke kedai buku rasa macam lawak je tapi ia salah satu faktornya.
Berdasarkan perkongsian dari Ahmad Saifuddin Yusof beliau ada berkongsikan tip bagaimana nak memastikan anak suka buku sejak kecil tanpa perlu dipaksa apabila dah besar.
Tip ini berdasarkan pengalaman peribadi semata-mata.
Pertama : Kertas dan Buku
Mesti didik sejak bayi lagi. Bagaimana? Dedahkan dengan kertas. Biar anak itu ‘attach’ dengan kertas lebih awal. Tetapi hati-hati kertas juga boleh mencederakan kulit kita.
Bermain dengan kertas. Ajar anak-anak yang sudah pandai memegang supaya bermain dengan kertas. Bolehlah ibu ayah buat origami ringkas seperti jet, katak dan sebagainya. Ini kelebihan saya boleh buat pelbagai origami termasuk katak, dinasour, pepatung dsbnya.
Selalu bawa masuk ke kedai buku. Biar anak-anak dapat bau buku. Sensor bau dalam dirinya dapat dibiasakan dengan buku.
Wujudkan perpustakaan mini di rumah walau anak-anak belum boleh membaca. Buku-buku itu dimuatkan buku ibu ayah. Supaya dia sentiasa terdengar bunyi-bunyi berkaitan buku. Seperti bunyi buku dibelek, bunyi buku jatuh dan sebagainya.
Ibu ayah kena baca buku walaupun majalah biasa. Tunjukkan contoh kepada anak-anak kecil bahawa membaca buku itu adalah hobi ibu ayah.
Kedua : Tanamkan Sifat Ingin Tahu
Latih semua deria anak-anak sejak kecil dengan pelbagai perkara.
Apabila jumpa apa-apa objek yang boleh disentuh, bagi anak itu sentuh. Terutama benda-benda baru diluar rumah. Contohnya, jumpa pokok, sebut ‘pokok’ dan bawakan tangan anak supaya sentuh pokok. Biar anak itu rasa kulit pokok yang menggerutu itu. Atau jumpa daun di pokok, sebut ‘daun’ dan suruh anak sentuh pula supaya dia rasa bentuk pipih daun itu.
Rangsang bau yang tidak merbahaya. Contohnya bau bunga, daun, buah, sayur dan sebagainya. Biar ada rangsangan bau dan otak akan mencetuskan untuk tahu lebih lagi.
Berikan informasi yang betul apabila anak tanya. Contohnya anak tengok berita dan dia tanya.
Anak : Siapa itu abah?
Ayah : Itu Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia.
Anak : Perdana Menteri itu apa?
Ayah : Perdana itu maksudnya sangat besar. Menteri itu ketua. Jadi Perdana Menteri Malaysia itu ketua yang paling besar sekali di Malaysia.
Anak : Ooooo
Jangan sesekali menipu berkaitan informasi. Tidak tahu, cakap sahaja tidak tahu dan cari kemudian.
Cubalah, anak-anak akan ‘lapar’ buku setiap minggu.
Lazimnya, kanak-kanak memilih gajet untuk mengisi masa lapang. Tetapi tidak bagi kanak-kanak ini berlainan, walau pun dilahirkan di bandaraya, dia memilih untuk melakukan aktiviti kanak-kanak kampung iaitu berkhemah dan memancing.
Perihal kanak-kanak yang dikenali dengan nama Mikail Harith atau Along ini dikongsi oleh bapa saudaranya di Twitter. Along yang berusia 6 tahun dibesarkan tanpa penggunaan gajet seperti telefon pintar.
Kanak-kanak lelaki ini sudah terbiasa dengan kerja-kerja rumah seperti membantu memasak, menggosok pakaian sendiri, menjaga adik yang masih kecil. Dia juga suka dengan aktiviti luar.
Bapa saudaranya, Zharif Ramli mengatakan anak saudaranya itu telah diajar untuk meneroka hidup sendiri. Bapanya sering membawanya melakukan aktiviti seperti kanak-kanak kampung seperti berkhemah dan memancing walau pun dilahirkan di bandaraya Shah Alam.
Ketika pulang ke kampung di Kedah, Along tidak kekok untuk membantu datuknya menyiram pokok dan mencangkul. Kata Zharif lagi, menggosok pakaian ialah aktiviti biasa bagi Along. Dia adalah anak lelaki sejati. Semoga menjadi anak yang soleh.
Ramai yang mengagumi si kecil ini dan ibu bapanya yang berjaya mendidiknya tanpa gajet. ternyata membesarkan anak tanpa gajet itu tidak mustahil.
Anak-anak merupakan amanah Allah. Kita perlu mendidik dengan sebaiknya semenjak kecil lagi supaya apabila besar kelak menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.
Dalam mendidik anak ketegasan adalah perlu demi memastikan anak yang sedang dibentuk tidak menjadi degil, keras kepala atau selalu hendak menang sahaja. Jadi bagaimana kita boleh menjadi ibu bapa yang tegas tanpa menggunakan kekerasan yang melampau.
Pukul anak juga perlu dilakukan jika anak terlalu nakal atau tidak menghormati agama dan ibubapanya. Dalam islam ada diajarkan bagaimana cara mahu memukul anak jika terpaksa.
Kenapa perlu pukul anak
Di dalam Islam, memukul adalah tindakan paling akhir sekali sekiranya segala nasihat, tunjuk ajar serta ancaman tidak memberikan apa-apa kesan terhadap anak. Sebelum dijatuhkan hukuman, perkara-perkara berikut perlu diambil kira:
1.Kaji apa kesalahan anak dan cubalah berlembut dahulu.
Tengok dulu bagaimana tabiat anak yang membawa kepada kesalahan tersebut. Ada anak hanya jegilkan mata sudah mengetahui salahnya, ada anak yang lain kena membebel baru faham. Jadi kenalpasti apa tabiat anak dan berikan hukuman setakat yang dia mampu terima.
Mengenakan hukuman dan denda adalah jalan yang paling akhir sekali. Jadi, sebelum peringkat denda dan menghukum, anak-anak mesti melalui proses pemahaman dahulu. Mereka perlu ada contoh tauladan yang baik di rumah dan sentiasa mendapat tunjuk ajar daripada ibu bapa.
Jadi, sudah jelas di sini bahawa, di dalam Islam, ibu bapa dibenarkan untuk mendenda atau memukul anak tetapi mempunyai syarat-syarat yang telah dinyatakan di atas tadi.
Cara memukul anak menurut islam
Jangan memukul anak dari lutut keatas. Jangan sesekali menampar wajah anak. Pukul anak mengunakan rotan sebaik- baiknya di bahagian betis anak.
Jangan menggunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak. Jangan menampar, mencubit atau menerajang anak dengan kaki. Ini menjadikan anak bertambah nakal dan tidak boleh dikawal lagi.
Gunakan rotan dan pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.
Gantung rotan di dinding rumah atau mana- mana tempat yang anak boleh nampak untuk dia tahu apa yang boleh dibuat dan apa yang jangan dibuat , nanti ibu marah.
Jangan memukul dalam keadaan yang sangat marah, ini kerana syaitan akan menghasut supaya teruskan memukul anak dan tanpa kita sedar yang kita telah mengerjakan anak itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukannya.
Jangan sesekali memukul dengan dengan benda keras sehingga meninggalkan bekas kerana bekas itu anak akan ingat sampai bila- bila dan menjadikan anak sebagai seorang pendendam dewasa kelak.
Semoga kita semua dapat mendidik anak dengan penuh rasa kasih sayang. Jangan biarkan anak takut kepada kita kerana rotan atau sifat kita yang suka memukul, biarlah anak memandang wajah kita dengan penuh rasa cinta.
Janganlah kita mengenakan hukuman dan denda sesuka hati dan pastikan anak mendapat pentarbiyyahan sewajarnya kerana itulah selayaknya bagi mereka.
Sumber: ibudoakan.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.