Jika anak masih belum boleh bercakap, anda perlu mendapatkan nasihat pakar supaya dapat anak dapat memberi tumpuan semasa belajar.

Perkongsian  Pakar Terapi Pertuturan Ruby Speech Therapy, Sungai Petani, Kedah, Izyan Atika Abu Bakar menjelaskan bahawa setiap ibu bapa perlu peka terhadap masalaah pertuturan anak.

Jangan dibiarkan masalah sehingga anak masuk ke tadika kerana ia akan menjejaskan tumpuan belajar kanak-kanak. 

Hati-Hati Jika Anak Umur Lima Tahun Tidak Lancar Bercakap. Ia Boleh Jejas Tumpuan Belajar

Umur 5 tahun sepatutnya sudah lancar bercerita, bertanya itu ini, membuat alasan begitu begini dan ada yang sudah mula membaca.

Tapi ada ibu bapa yang mendapati anaknya masih tidak lancar bercakap walaupun telah berusia 5 tahun. Kebiasaannya kanak-kanak sebegini telah mengalami lewat perkembangan pertuturannya sejak kecil lagi. Ada yang mula bercakap pada usia 3 tahun.

Ads

Oleh kerana masyarakat malaysia ramai yang suka beranggapan ‘nanti dah tadika, ok la tu’, maka ibu bapa tunggu hingga anak berusia 5 tahun. Majoriti kanak-kanak mula dihantar ke tadika pada usia 4,5 tahun.

Selepas masuk tadika, barulah ibu bapa merasa ‘terkesan’ dengan masalah pertuturan yang dihadapi oleh anak.

Secara umumnya, dari pengalaman saya, kanak-kanak usia 5 tahun yang tidak lancar bercakap ini selalunya mengalami masalah TUMPUAN. Masalah tumpuan menyumbang kepada masalah INGATAN.

Ads

Ada antara mereka yang masih tidak mengenal jenis-jenis warna asas. Apatah lagi jika ibu bapa suruh mereka ingat ABC, 123. Mereka juga tidak dapat menjawab soalan-soalan mudah kerana mereka tidak tumpu pada soalan yang ditanya. Semakin panjang soalan, makin susahlah dia nak jawab.

Selain itu, kosa kata kanak-kanak ini juga amat terhad. Mereka lebih senang menggunakan istilah ‘yang tu’, ‘kat sana’, sambil tunjuk isyarat. Ayat yang digunakan pula pendek-pendek dan struktur ayatnya tidak lengkap. Kata hubung dan kata fungsian seperti ‘dengan, nanti, kalau, lepas tu, pun, juga’ tidak dapat digunakan dalam perbualan harian.

Saya tidak menafikan bahawa memang wujud ‘spontaneous recovery’ bagi kanak-kanak yang lambat bercakap. Namun adalah lebih baik untuk kita berusaha melakukan sesuatu daripada sekadar menunggu dan mengharapkan keajaiban.

Jika anda mengambil keputusan untuk menunggu, dan anak anda tidak mengalami ‘spontaneous recovery’, umurnya terus juga meningkat kepada 6 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan seterusnya. Anda tidak akan boleh berpatah balik pada masa yang telah berlalu.

Ads

Sedangkan umur kritikal untuk kanak-kanak belajar kemahiran pertuturan bahasa adalah sejak lahir hingga 5 tahun. Semakin umurnya meningkat, semakin mencabarlah perjalanannya.

Oleh itu, jangan bertangguh untuk mendapatkan perkhidmatan speech therapy seawal usia 2 tahun sekiranya anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bertutur.

Sumber: rubyatika.wordpress.com

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI