Kalau bayi anda sudah pandai masukkan benda dalam mulut, hati-hati risikonya tertelan duit syiling! Semua ibu ayah kena ambil serius pesanan doktor tentang kesan bahaya jika bayi tertelan duit syiling atau objek kecil.

Lumrah ibu ayah yang ada anak kecil  memang kena sentiasa memantau pergerakan si kecil apatah lagi kalau mereka sudah pandai merangkak dan ‘explore’ apa sahaja objek yang ditemui.

Pesanan dari Dr Zurairah Shahidan, Pakar Bius & Rawatan Rapi yang berpengalaman mengendalikan pelbagai kes anak kecil tertelan objek patut dijadikan pengajaran paling berguna oleh ibu bapa.

Cuba teka berapa kupang(puluh sen) ni??!!

Hati-Hati Kalau Bayi Suka Masukkan Benda Dalam Mulut. Doktor Beritahu Kesan Bahaya Kalau Tertelan Duit Syiling!

Haaa..
Pesanan buat semua ibu, ayah, atok, nenek, abang, kakak dan penjaga anak kecil sekalian untuk mengawasi anak-anak anda dan tidak membiarkan perkara-perkara yang “boleh dikutip dan disuap” oleh si kecil anda ke dalam mulutnya.

IKLAN

Terutama bagi bayi yang baru mendapat ‘skill’ baru iaitu menyuap ke dalam mulut (mouthing), tambah lagi jika dia boleh mengesot,merangkak atau bertatih. Apa-apa yang boleh digenggam oleh tangan akan di bawa ngap ke dalam mulut.

Duit syiling (atau apa-apa) di perbuat daripada logam boleh bertindak balas dengan asid dalam perut dan enzim pencernaan di dalam usus. Silap-silap perut boleh berlubang di hakis logam

Tak pun, syiling boleh menyumbat usus anak yang masih kecil lalu usus boleh kembung dan anak sakit perut dan tak boleh nak kentut mahu pun berak (intestinal obstruction) sehingga terpaksa menjalani pembedahan (Laparotomy).

Itu belum campur kesan toksik daripada tindakbalas logam itu ke atas badan bayi.

IKLAN

Itu pun jika duit syiling di telan.
Jika ia tersedut masuk ke dalam paru-paru? 
Ia juga boleh menghakis tisu saluran pernafasan
Atau menyumbat saluran pernafasan (airway obstruction) !!

Hati-Hati Kalau Bayi Suka Masukkan Benda Dalam Mulut. Doktor Beritahu Kesan Bahaya Kalau Tertelan Duit Syiling!

Nafas anak anda akan berbunyi pelik (stridor) dan laju atau lebih teruk si kecil anda terus membiru kerana tiada bekalan oksigen dapat disedutnya. Keadaan ini boleh membawa maut.

IKLAN

Banyak juga lagi objek lain yang boleh di telan oleh si kecil tanpa pengetahuan anda. 
Berhati-hatilah. 
Anak kecil kadang-kadang belum reti nak bercerita kepada kita..
Lebih baik kita mencegah sebelum terlambat.

Hati-Hati Kalau Bayi Suka Masukkan Benda Dalam Mulut. Doktor Beritahu Kesan Bahaya Kalau Tertelan Duit Syiling!

Peringatan mesra daripada:
Dr Zurairah Shahidan
Pakar Bius & Rawatan Rapi
Edisi Mari Memancing Duit Syiling

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI