Banyak petua atau kaedah membersihkan rumah dikongsikan oleh para ibu di media sosial. Ada cara tradisional, berkongsi peralatan terbaik untuk membersihkan rumah atau pelbagai ‘resipi’ gabungan bahan peluntur dengan produk lain. Tanpa disedari, sebenarnya ia memberi kesan kepada kesihatan. Antaa kesan awal penggunaan bahan peluntur ini adalah sesak nafas. Bahaya tu!
Artikel Menarik: [Sakit Kontraksi Memang Tak Boleh Kongsi, Tapi Rajin-Rajinlah Manjakan Isteri. Mudahkan Dia Bersalin]
Tidak digalakkan bahan peluntur untuk dicampurkan dengan bahan lain dan digunakan secara berbahaya. Bahan peluntur mengandungi hypochlorite dan sodium hydoxide dan teksturnya pekat. Jika mahu digunakan, perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak. Kepekatan setiap bahan peluntur berbeza mengikut jenama, itulah sebabnya penting untuk membaca label.
Perlu juga digunakan dengan cara yang betul untuk setiap kegunaan (sama ada untuk memersihkan perkakas dapur, pakaian, tandas, lantai dan lai-lain. Menurut perkongsian pengguna akaun Facebook, Yatie Emra, dia berkongsi cara-cara yang betul untuk menggunakan bahan peluntur secara selamat.
⚠BAHAYA BAHAN PELUNTUR JIKA TAK DIGUNAKAN DENGAN BETUL⚠
Sebenarnya sebelum ni saya pernah share tentang bahaya & keracunan di rumah. Tapi kali ni nak share lagi sebab kebelakangan ni saya perasan ramai jugak yang suka sangat campurkan peluntur dengan bahan lain & gunakan secara berbahaya lak tu. Kesian sebab ramai antara kawan²/kenalan sendiri pun pernah buat macam tu & alami sesak nafas. Mujur gak Allah masih bagi peluang..
Artikel Menarik: [Basuh Beras Baca Doa Ni. Lembutkan Hati Anak & Pasangan. Rumah Tangga Pun Bahagia]
Clorox/bleach/bahan peluntur mengandungi sodium hypochlorite/sodium hydroxide. Peluntur ni memang pekat & perlu dicairkan dengan nisbah air yang banyak kalau nak guna. Kepekatan peluntur berbeza² ikut jenama gak, sebab tu PENTINGnya BACA LABEL & gunakan dengan cara yang betul/cara yang disyorkan bagi setiap kegunaan (samada untuk mencuci perkakas dapur, pakaian, tandas, dll).
Jangan ambil mudah tau penggunaan peluntur ni. Banyak kes surirumah yang keracunan gas klorin sebabkan campur peluntur dengan bahan pencuci lain. Nak gunakan peluntur pun, kenalah ada langkah² keselamatan..
#Jangan campurkan peluntur dengan bahan/pencuci lain kerana bahan aktifnya akan bertindakbalas.
#Peluntur mesti dicairkan/dilarutkan dalam air.
Bukan setakat ada yang gunakan bleach pekat tanpa dilarutkan, malah gunakan dalam botol spray lak tu.??♀ Kalau nak gunakan botol spray pun, pastikan cairkan dulu sebelum guna (walaupun tetap kena gunakan dengan berhati²). Peluntur ni bukan sahaja boleh rosakkan mata kalau terkena, tapi boleh rosakkan kepala spray gak. Bahan aktif dalam peluntur akan bertindak balas dengan besi pada bahagian dalam kepala spray tu menyebabkan karat & rosak. Kalau besi pun boleh rosak, apatah lagi sel² & saraf dalam badan kita.
#Buat larutan sekadar perlu sahaja untuk elak guna dengan lebih banyak.
Peluntur yang dah dicampur air ni, makin lama akan teroksida & kesannya dalam menanggalkan kekotoran pun makin berkurangan. Bila dah makin kurang efektif, lagi banyak pulak yang korang spray/curah kang. Walaupun dah kurang efektif, tapi tetap berbahaya kalau terkena mata & kulit yang sensitif.
#Pastikan ada pengudaraan yang baik
Bukak tingkap luas² supaya udara tak kedap. Jika cuci toilet dalam bilik, bukak juga tingkap & kipas diluar bilik jika perlu. Ada jugak kes anak kecik terbatuk² & sesak nafas akibat main dalam bilik masa maknya tengah basuh toilet (dalam bilik). Anak² kecik ni bukannya paham, bahaya ke ape
#Sebaik²nya guna mask & pastikan guna sarung tangan getah jika tak nak kulit jadi kering.
Bila guna peluntur atau apa² jenis pencuci yang kuat sekalipun, kena pakai glove untuk elak terkena kulit secara langsung. Bahan kimia ni meresap dalam kulit & boleh sebabkan toksid terkumpul dalam badan & juga penyebab penyakit kulit.
#Lepas spray, keluar & tutupkan pintu supaya bau tak sampai keluar dengan banyaknya.
#Biarkan sekurang²nya 20 min–30 min sebelum cuci.
Bahan peluntur ni tak boleh suka² hati jer main campur dengan bahan/sabun pencuci lain sebab akan hasilkan gas beracun.
Antara BAHAN yang BAHAYA jika DICAMPUR dengan BLEACH
❗ BLEACH + CUKA/JUS BERASID (contohnya lemon etc. Akan hasilkan gas klorin)
❗ BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi ASID HIDROKLORIK (hasilkan gas klorin).
?2 bulan lepas baru jer ada kes surirumah dimasukkan ke icu akibat keracunan gas klorin sebab campurkan peluntur dengan pembersih lantai.. ?
Artikel Menarik: [Anak Tak Cukup Sebab Susu Puting Ibu Tenggelam, Urut Cara Atasinya]
❗ BLEACH + bahan pencuci yang mengandungi AMMONIA (hasilkan gas kloramin, sama jer bahaya macam gas klorin)
❗ BLEACH + RUBBING ALCOHOL (hasilkan kloroform yang bahaya & cepat meruap)
❣ Bagi yang suka campur peluntur untuk cuci tandas tu, pastikan CHECK dulu kandungan bahan dalam bahan pencuci tu.. Pada label sabun pencuci tandas/pembersih lantai ni biasanya ada dinyatakan tak boleh dicampur dengan bahan peluntur, etc. Sesetengah bahan ni bila dicampur bukannya jadik berasap berkepul² bagai (bergantung pada kepekatan larutan peluntur yang digunakan) sebab ada yang hasilkan gas yang tak berwarna. Tau² rasa sakit/perit tekak, sesak nafas & rasa nak pitam.
❣Kalau korang gunakan spray untuk kulat pada jubin & dinding toilet serta pencuci dari kedai barangan RM2 (stain remover, dll) tu pun sama.. Jangan sesekali campurkan peluntur ye. Pencuci yang kuat macam ni biasanya ada kandungan bahan aktif yang tinggi.. Kawan saya pun pernah sesak nafas & hampir pitam dalam toilet sebabkan campur pencuci toilet bowl dengan peluntur?
❣Ni sekadar pesanan.. Yang suka sangat campurkan CUKA + PEWANGI/PELEMBUT KAIN + AIR untuk mop lantai tu… Tak kisahlah brand downy ke softlan bagai.. Ramai tul orang duk buat benda ni sekarang.. Sebenarnya bahaya tau kalau ada anak² kecik nak² yang masih belajar merangkak.. Walaupun efek dia tak bahaya la macam gas klorin tu, tapi kandungan pewangi dalam pelembut kain tu boleh sebabkan masalah pernafasan & sesak nafas bagi yang ada masalah asthma, etc. Reason yang sama gak tak boleh jemur kain yang dicampurkan pewangi/pelembut kain dalam rumah tu..
Kalau campurkan pewangi/pelembut kain ni dalam air, bila dah kering nanti akan ada 1 lapisan yang terhasil pada permukaan lantai/objek yang dilap (sebab tu la ada jugak yang guna untuk lap kipas bagai dengan tujuan taknak habuk melekat)??♀. Bila anak² kecik lak merangkak atas lantai tu, lapisan tu akan melekat lak kat tangan anak² ni, kang ada yang masuk mulut bagai.. Mak² rasa hebat sebab cuci & mop lantai dengan bersih & wangi..tapi sebenarnya risikokan kesihatan anak sendiri lak.. ?
❣Mak² sentiasalah beringat.. Bahan² pencuci yang mengandungi bahan kimia ni bukan boleh digunakan sembarangan.. Jangan suka² campurkan bahan yang kita sendiri pun tak pasti. Kononnya nak mudahkan kerja² mencuci, tapi akhirnya bahayakan diri sendiri. Jangan sampai dah berlaku kemalangan jiwa baru nak menyesal..
#infodanmaklumat
#donesismembebel
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu yang mahu menggunakan bahan peluntur. Berpada-pada dan utamakan kesihatan ya!
Sumber: Yatie Emra