Hati-Hati! Kononnya Bagi Bantuan Lampin & Wang. Individu Menyamar Minta Gambar Anak 

Share

Di saat orang lain susah ketika tempoh ini, masih ada lagi individu yang cuba mengambil kesempatan untuk tujuan yang langsung tak terfikir dek akal dengan berpura-pura untuk menghulurkan sumbangan lampin pakai buang dan wang.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Auni Ameera di facebooknya, dia telah mendedahkan taktik terbaru pelaku pedofilia yang semakin berani meminta gambar anak kecil tetapi berselindung di sebalik niat untuk membantu.

Apa yang meragukan, tindakan itu lansung tak masuk akal kerana pelaku ini cuba memaksa ibu untuk memberikan gambar tak sopan anak padanya sebelum bantuan diberikan.

Account pedo dikesan cuba scam dan minta gambar private part kanak-kanak dari ibu yang susah.

Modus operandi:
Cari ibu atau mereka yang memerlukan bantuan, then bercakap pasal anak. Kalau nak bantuan kena hantar gambar anak dulu (termasuk dia akan minta gambar lucah) kemudian baru dia beri bantuan.

Bantuan tu tak wujud, account ni dipercayai lelaki pedo yang menyamar guna gambar orang lain.

So hati-hati semua, jumpa terus report.

Minta gambar ‘private part’ anak

Melalui screenshot perbualan Facebook messenger yang dimuat naik itu jelas menampakkan suspek yang dipercayai pedofilia ini menggunakan modus operandi kononnya menawarkan bantuan lampin pakai buang untuk mereka yang layak.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Yanalee itu menjanjikan wang RM80 dengan syarat memberi gambar kemaluan anak selain nama anak, umur dan beberapa info peribadi.

Tawarkan RM80 dan krim

Lagi meragukan, indidvidu ini juga turut menyatakan jika kemaluan anak kelihatan ‘merah’ wang RM80 turut diberikan berserta krim. Malah dia mendakwa merupakan badan bukan kerajaan (NGO) penjagaan kulit dan turut memberikan bantuan Covid-19 untuk keluarga susah.

Justeru, anda dinasihatkan untuk terus berhati-hati dengan taktik licik individu yang mengambil kesempatan pada kesusahan orang lain ini. Jangan mudah percaya jika anda rasa ia tidak masuk akal.

Lagi satu anda dinasihatkan tidak mudah percaya pada gambar profil yang digunakan kerana ia boleh diguna pakai oleh pelaku pedofilia untuk mengaburi mata kita semua.

Sumber: Auni Ameera

Published by
Wan Amy