Hati-Hati! Marshmallow Ni Anak Makan Sedap, Tapi Bab Logo Halal Ramai Tak Kisah

Share

Pelbagai makanan ringan yang berasaskan gula-gula, snek dan minuman yang ada dijual di pasaran hari ini membuatkan ramai kanak-kanak mudah tertarik. Tambah lagi dengan pembungkusan berwarna-warni lagi buatkan pandangan mata akan tertumpu pada jajan tersebut.

Menerusi perkongsian Ahli Teknologi Makanan, Sazly Tulih antara yang jajan yang menjadi kegemaran anak-anak dan orang dewasa salah satunya adalah marshmallow .

Ini kerana makanan ringan ini sentiasa ada di majlis hari jadi anak, majlis akikah atau pun kenduri kahwin. Namun yang menjadi masalahnya ramai dalam kalangan kita tak ambil cakna kandungan dalam marshmallow itu.

Berikut antara perkongsiannya:

Marshmallow.. sebab baru ni pergi kenduri kahwin masih jumpa marshmallow jadi jajan budak-budak dan pak mak budak pun sama naik pulun.

Gambar Hiasan

Adakah anda semua tahu marshmallow yang colourful merah kuning oren tu… salah satu ramuan dia adalah GELATIN.

Anda tahu tak asal gelatin tu dari mana? Ni nak beritahu.. Gelatin diperbuat daripada tulang dan kulit binatang seperti lembu atau babi.

Oleh itu, sebelum anda beli marshmallow tu, pastikan ada logo halal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kalau tak, anda semua makan benda yang was was.

Gambar Hiasan

Walaupun kat paket dia tulis bovin gelatin.. Kalau tak ada logo halal, anda ingat mereka sembelih ke lembu tu. Haaaaaaaa….. Bijak membeli… Jangan sedap telan je.

Kredit: Sazly Tulih

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy