Susu rendah lemak biasa menjadi jenis susu pilihan bagi mereka yang sedang berdiet. Berbanding susu penuh krim, susu jenis rendah lemak mengandungi kandungan lemak yang lebih rendah.
Namun, tahukah anda bahawa ada kajian yang menyatakan susu penuh krim atau juga dikenali sebagai susu biasa memberi kesan yang lebih positif kepada tubuh badan kanak-kanak berbanding susu rendah lemak.
Tentu anda terfikir, apakah khasiat dan kesan positif susu biasa kepada kanak-kanak. Ikuti jawapannya di bawah ini.
Apakah perbezaan antara susu rendah lemak dan susu penuh krim?
Susu penuh krim
Anda pasti pernah melihat pelbagai jenis susu tersusun di rak pasar raya. Sebenarnya, kepelbagaian jenis susu tersebut ditentukan mengikut kandungan lemak di dalamnya.
Bagi jenis susu penuh krim (full cream/whole milk), ia adalah jenis susu biasa tanpa pengurangan kandungan lemak di dalamnya.
Biasanya kandungan lemak dalam susu penuh krim adalah sebanyak 3.25%.
Susu rendah lemak (low-fat milk) pula adalah jenis susu yang telah dikurangkan kandungan lemaknya sehingga tinggal sekitar 1% lemak sahaja.
Manakala bagi jenis susu skim (skimmed milk), lemak yang terkandung di dalamnya hanyalah sekitar kurang daripada 0.5%.
Ads
Mengapa susu biasa dikatakan sebagai jenis susu yang kurang sihat?
Selama berdekad lamanya, susu penuh krim telah disarankan untuk kurang diminum disebabkan oleh kandungan lemak tepu yang tinggi di dalamnya.
Kajian menunjukkan, lemak tepu meningkatkan kandungan kolesterol, dan kandungan kolesterol yang tinggi sering dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mengalami penyakit jantung.
Oleh sebab itu, ramai pakar berpendapat bahawa lemak tepu seperti yang terdapat di dalam susu biasa ini meningkatkan risiko untuk seseorang itu mendapat penyakit jantung.
Namun, sejak kebelakangan ini, dakwaan ini mula diragui memandangkan ada beberapa kajian terbaharu yang menyatakan bahawa lemak tepu tidak menyebabkan penyakit jantung.
Adakah benar susu penuh krim lebih baik daripada susu rendah lemak untuk kanak-kanak?
Ramai daripada kita yang mungkin mengelakkan jenis susu penuh krim disebabkan kandungan lemak dan kalorinya yang tinggi, yang mungkin menyebabkan peningkatan berat badan.
Ads
Namun, apa yang kita sangkakan mungkin tidak begitu benar.
Ini kerana, banyak kajian terbaharu menunjukkan bahawa produk tenusu yang tinggi lemak seperti susu biasa mungkin membantu anda mengelakkan pertambahan berat badan. Mengejutkan bukan?
Satu analisis terbaharu yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition menyatakan, kanak-kanak yang minum susu biasa lebih rendah risiko untuk mengalami obesiti atau memiliki berat badan berlebihan.
Kajian tersebut menyatakan secara terperinci, kanak-kanak yang minum susu biasa ini mempunyai 40% kurang risiko untuk memiliki berat badan berlebihan berbanding kanak-kanak yang minum susu rendah lemak atau susu skim.
Berdasarkan analisis terbabit, tidak terdapat sebarang kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak yang minum susu rendah lemak mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami obesiti.
Selain itu, 18 daripada keseluruhan 28 kajian juga menyatakan, kanak-kanak yang meminum susu penuh krim kurang berisiko untuk mengalami obesiti atau mempunyai berat badan yang berlebihan.
Kajian ini adalah berdasarkan analisis yang dijalankan ke atas data daripada 28 kajian yang berbeza. Kesemua 28 kajian tersebut telah melibatkan sekitar 21,000 kanak-kanak dan juga remaja.
Bukan kepada kanak-kanak sahaja, malah bermanfaat kepada orang dewasa
susu rendah lemak
Ads
Selain daripada kanak-kanak, ada juga kajian berkenaan manfaat susu jenis ini kepada orang dewasa.
Kajian yang dilakukan terdapat 1,782 individu lelaki mendapati, mereka yang mengambil produk tenusu dengan kandungan lemak yang tinggi mempunyai 48% risiko yang lebih rendah untuk mendapat obesiti berbanding lelaki yang mengambilnya dengan kadar sederhana.
Begitu juga dengan golongan wanita, hasil kajian turut menunjukkan dapatan yang sama.
Tidak dinafikan lagi bahawa susu biasa memberikan kandungan nutrisi dan manfaat yang lebih baik berbanding susu jenis rendah lemak atau susu skim.
Susu penuh krim membantu anda menguruskan berat badan selain mengurangkan risiko untuk anda mendapat sindrom metabolisme.
Namun, jika anda inginkan pilihan susu dengan kandungan kalori yang lebih sedikit, pilihlan susu skim.
Susu skim mempunyai kandungan nutrisi yang sama seperti susu biasa, namun dengan kandungan kalori yang lebih sedikit.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bubur kosong mungkin sudah biasa atau ditambah dengan ayam dan ikan. Apa kata kali ini mama tambahkan sedikit khasiat santan ke dalam bubur anak. Sedap berlemak. Anak lagi suka.
Resipi paling simple ini bukan hanya tinggi khasiat malah menariknya, rasa lemak buat anak lebih suka untuk macam. Tak percaya jom cuba resipi simple Pn Azila Basri.
Bubur nasi campur santan. Baby suka sangat.
Bahan-bahan:
Beras
Isi ayam – cincang halus
Daun sederi
Sedikit santan
1. Masak beras dengan air sampai jadi bubur.
2. Bila bubur dah nk masak, masukkan ayam & daun saderi. Biarkan masak sekejap.
3. Tunggu sekejap & last sekali masukkan santan.
4. Kacau-kacau sekejap dan dah siap.
**Kuantiti saya agak-agak saja.
Selamat mencuba mommies!
Santan tinggi asid laurik
Rugi kalau tak ajar anak suka makanan bersantan dari mereka kecil. Santan, tinggi dengan asid laurik. Asid laurik, seakan antibakteria dan antivirus yang boleh melawan jangkitan kuman dalam badan anak-anak. Bagus sangat untuk imuniti anak-anak.
Antara masakan bersantan yang boleh dipelbagaikan untuk anak pelbagai peringkat usia:
1. Nasi lemak
2. Masak lemak kobis
3. Masak lemak ikan, udang dan ayam
4. Kari ayam dan ikan
5. Lontong dan sebagainya
* Untuk bayi, sediakan dalam versi bayi dengan menggantikan susu cair atau menambahkan santan pada kuantiti berpadanan.
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
” Anak pun nak rasa makan yang sama macam kita” Begitu kongsi sesetengah daripada kita. Benar tetapi bukan dengan penambahan garam dan gula di dalam pemakanan anak kita. Risaunya bila anak makan tanpa rasa! Ini yang berlaku dalam hari ini. Hal ini sememangnya kurang tepat malah amat dilarang oleh pakar pediatrik.
Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, bayi tidak sama seperti kita orang dewasa. Malah katanya lagi, jika mahu anak anak kita membesar dengan sihat, sebaiknya elakkanlah dari mencampurkan garam dalam diet selagi umurnya masih belum masuk usia 2 tahun. Ini penting!
Kalau ada mulut yang gatal duk suruh mak ayah masukkan garam kat makanan baby, kononnya tak nak bagi anak kita tu makan benda tawar, kalian tolong jawab baik-baik begini.
“Tak nak lah. Baby saya tu kecil lagi. Buah pinggang dia tu masih belum matang, tak akan mampu nak proses garam (sodium) berlebihan kat dalam badan.
Saya tak sangguplah nak tengok buah pinggang dia tu rosak sebab kalau organ tu dah tak berfungsi, dia terpaksa perlukan bantuan mesin dialysis sepanjang hidupnya nanti.”
Atau boleh jugak kalau kawan-kawan semua nak jawab ikut skema ni.
“Sorry saya tak nak ikutlah sebab nasihat tu tak betul.
Besar nanti tak pasal-pasal si comel saya ni jadi picky eater. Asyik nak memilih je bila makan.
Mana taknya, kalau dari kecil dah dilatih menelan makanan ‘sedap’ yang mengandungi perisa tambahan, bila dah pandai makan sendiri nanti, tu yang dia duk pilih mana yang ada perisa je.
Baiklah dari usia bayi ni saya introduce kat dia real food je.”
Boleh kan?
Bayi dilahirkan dengan taste reseptor sensitif
Bayi sememangnya dilahirkan dengan taste reseptor yang sensitif. Malah bayi juga dapat merasa rasa masin dan manis daripada perasa semulajadi daripada sumber-sumber makanan lain. Jadi tak perlulah risau.
Nanti #kongsikan jawapan yang saya beri ni dengan mak ayah yang lain.
Penting sangat biar semua tahu, bayi kita tu sebenarnya dilahirkan dengan taste reseptor yang sensitif.
Dia boleh je rasa perisa garam dan gula semulajadi dalam makanan yang mak mak semua buatkan tu.
Kita je yang kerap rasa tawar kerana sebahagian taste reseptor dah rosak. Samada sebab gemar makan makanan terlampau panas atau reseptor tu terbakar kesan dari asap rokok.
Jadi ingat ye.
Kalau nak anak kita tu membesar dengan sihat, elakkanlah dari campurkan garam dalam diet selagi umurnya masih belum masuk usia 2 tahun.
Jadi beringatlah, jika taste reseptor kita tidak begitu baik, jangan kita biarkan anak turut sama melaluinya. Kesian pada bayi kita. Elakkan!
EPISOD 1 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA AKAN MENEMUI ANDA MALAM INI!
Pa&Ma Musim ke-8 kembali lagi di kaca tv menemani anda. Kali ini, kami membawakan edisi Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Saksikan episod pertama dengan topik Anak Legasi Masa Depan pada 26 Ogos 2020 ini, jam 9 malam.
#PaMaJourneyBersamaJovianNina #AstroRIA #MajalahPAMA
Semua mommies excited bila anak dah cecah 6 bulan sebab anak dah boleh makan yeayyy. Dalam mimpi pun dah start nak plan nak bagi baby makan apa.
Tapi sebab baby masih lagi kecil,usus masih belum matang sepenuhnya dan perlu ambil langkah langkah penjagaan waktu nak perkenalkan makanan ke anak.
Ada banyak sebenarya kena ikut turutan;
1. Turutan jenis karbohidrat
2. Turutan jenis serat
3. Turutan kuantiti makan
4. Turutan kekerapan makanan
5. Turutan jenis protin
6. Turutan tekstur makanan
7. Turutan penurunan susu yang diambil
8. Berapa lama nak kenalkan
9. Campuran yang sesuai
10. Alat sesuai
Yup tak boleh main terus nak bagi je. Pening kan?
Hari ini tentang sumber protein sebab ini yang boleh membawa kepada side effects yang paling teruk sehingga boleh menyebabkan maut. Kenapa tak boleh kenalkan semua je sekaligus?
Protein mengandungi molekul atau bahan binaan yang kecil dan boleh memulakan tindakbalas immuniti badan untuk melawan molekul tersebut..ini adalah allergik.
Tapi setiap makanan protein saiz molekul tak sama. Maka kita kenalkan yang paling besar molekul (paling rendah keberangkalian untuk memulakan tindakbalas) kepada yang paling kecil. kalau untuk dewasa molekul paling kecil tu la kualtiti protein yang baik.
So apakah turutan untuk memperkenalkan protein?
6 – 7 bulan
Ayam dan daging..ingat masih perlu dimasak dan blend dengan halus
8-10 bulan
Ikan dan telur kuning..kenalkan satu satu sumber..belum sesuai lagi untuk campur campur banyak jenis protein
10-12 bulan
Seafood dan telur sebiji..telur putih secara sikit sikit (1sudu kecil sekali makan) dan seafood seperti udang,ketam (atau shellfish) apabila sudah cecah 12bulan. Masa ini juga boleh kenalkan cincang tambah dalam bubur/nasi lembik atau dipotong kasar untuk finger foods
12bulan ke atas
Kacang kekacang yang dimasak lembut..jgn bagi yang keras2 ye (kacang panggang, kacang dhaal,lain lain)
Masih perlu ingat tekstur juga perlu diubah mengikut perkembangan usia.