“Hati-Hati Ya, Jangan Biar Botol Susu Anak Tak Bertutup” Meremang Tengok Lalat Tinggal ‘Hadiah’

Share

Menjadi kebiasaan bila si kecil dah habis menyusu dia akan tinggalkan sahaja botolnya, si ibulah yang terpaksa mengutip botol susu dan letak pada tempat yang selamat. Namun mungkin ramai yang terlupa untuk menutup botol susu anak dengan penutup botol.

Mungkin kita tak terfikir bahawa botol susu yang tidak ditutup dengan baik boleh menyebabkan si kecil jatuh sakit? Selepas menonton video yang dikongsi oleh Puan Aiest Zura menerusi grup Kelab Ibu Mengandung & Berpantang [Malaysia] pasti ramai yang mula meremang kegelian melihat lalat sedang mengeluarkan telurnya dalam botol susu anak.

Klik untuk video penuh SINI

Sharing is caring guys

ibu2 mak2 uwan2 hati2 ye pastikan botol susu anak anda sentiasa bertutup

Apa akan jadi jika anda termakan telur lalat?

Anda atau anak mungkin akan mengalami sakit perut, simptom keracunan makanan dan muntah-muntah, bergantung kepada sebanyak mana telur lalat yang anda termakan. Ia jua boleh menjadi asbab kepada pelbagai penyakit bawaan lalat lain seperti demam kepialu dan sebagainya.

Mari melindungi diri

1. Tutup makanan dengan tudung saji yang sesuai, ada sesetengah tudung saji ada lubang yang boleh ditembusi oleh lalat.

2. Buang makanan jika ada telur lalat pada makanan berkenaan, dikhuatiri lalat sebenarnya telah singgah di makanan berkenaan dan meninggalkan telurnya.

3. Pastikan sisa makanan dan sampah dibuang, jangan jadi penternak lalat

4. Gunakan perangkap lalat untuk mengurangkan populasi lalat

5. Bersihkan najis haiwan peliharaan jika ada (ini akan menggalakkan ketibaan lalat dari luar)

6. Pilih restoran yang bersih dan tidak mempunyai populasi lalat di bahagian dapur dan penyajian makanan

7. Bersihkan tempat yang terkena telur lalat

8. Sentiasa tutup botol susu anak anda

Jadi sentiasa awas dengan makanan anda terutamanya yang dibeli di luar, bukan apa, ingat ayam goreng, tapi ada sumber protein lain tambahan pula.

Sumber: Aiest Zura, Ini Sains Beb

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
NuFa