Anak yang dilahirkan sihat dan normal dengan berat 3.05 kilogram hanya sempat 5 bulan saja bersama keluarga. Itu janji Allah. Mulanya hanya demam saja, siapa sangka ia menjadi asbab untuk anak ini bertemu pencipta-Nya.
Menurut Norul Ashikin Henna, pemergian Putri Qaseh Ameena atau nama manjanya babyna begitu buatkan semua orang sedih.
Daripada seorang anak yang sihat dan aktif serta hanya beberapa saja demam terus Allah ambil untuk selamanya.
5 bulan Allah bagi pinjam
Assalamualaikum, Maha Suci Allah.
Sedekahkan Alfatihah (dengan bacaan) untuk bidadari syurga kami.
Tanggal 22.02.2020 bidadari syurga kami PUTRI QASEH AMEENA BT MOHAMAD FIRDAUS telah menemui pemiliknya yang abadi. Sesungguhnya kasih sayangNYA melebihi kasih sayang kita semua. 5 bulan sahaja Allah SWT pinjamkan babyna kepada kita semua. Kehadiran yang cukup membahagiakan kita.
Bagi yang bertanya, ujian ini cukup berat untuk kami sekeluarga, sekelip mata anak yang cukup membahagiakan, anak yang sihat tiada penyakit, tapi telah demam pada petang khamis 20.02.2020 menjadikan asbab untuknya ke syurga Allah.
Hanya demam panas (38 darjah celcius) pada hari Khamis, dan Jumaat suhu babyna dah ok (36 darjah celcius) cukup buat mami gembira sebab babyna dah tak demam. Tapi pada malamnya jam 3 pagi badan babyna kembali panas. Babyna demam panas sahaja tanpa batuk selsema tiba-tiba pagi sabtu 22.02.2020 babyna kritikal dan menghembuskan nafas terakhir di HSNZ pada jam 12.56 tengahari. Kes ini sangat menjadi tanda tanya kepada semua orang, doktor dan kami sendiri. Tapi mami papa tak sanggup untuk buat post moterm.
Doktor sahkan jangkitan dalam darah dan paru-paru
Doktor mengesahkan babyna terkena jangkitan dalam darah dan paru-paru. Virus telah menyerang seluruh organ babyna dengan cepat menyebabkan organ telah down, oksigen drop dan babyna tak dapat survive.
Pergilah sayang, mami redha dan mami halalkan setiap titisan susu mami untuk babyna.
Begitulah serba sedikit bagi yang bertanya, terima kasih kepada semua yang tak putus bertanya & mendoakan. Tak mampu untuk kami balas satu-satu, begitu besar rahmat Allah bagi, begitu ramai rupanya yang sayangkan anak kami, sungguh segala urusan dipermudahkan. Terima kasih kepada saudara mara, sahabat yang hadir pada hari kejadian, yang memudahkan urusan kami suami isteri, terima kasih sangat-sangat. Tak terbalas jasa baik korang semua.
Doakan kami sekeluarga kuat untuk tempuhi dugaan hebat ini. Doakan doakan doakan.
“BUKAN DIRI INI TIDAK REDHA, HATI INI CUMA RINDU, RINDU SANGAT2”
PUTRI QASEH AMEENA BT MOHAMAD FIRDAUS (12.09.2019-22.02.2020)
Sumber: Norul Ashikin Henna