Hati Kena Kental Bila Nak Hadap Tantrum Anak. Bila Dah Biasa Lama-lama Jadi Mudah!

Share

Kanak-kanak dan tantrum atau amukan itu cukup sinonim. Semakin membesar si kecil anda semakin menguji kesabaran papa mama. Ada sahaja perkara yang boleh membuatkan terjadi amukan si kecil. Tidak kira masa atau tempatnya.

Tapi itu semua lumrah dalam membesarkan seorang anak dan perlu diingat setiap anak mempunyai perangai yang berbeza-beza. Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi tentang amukan anak, menurut wanita ini amukan seorang anak itu berpunca dari bahagian otak yang terletak di himesfera bawah.

Rupanya bahagian otak tersebut juga yang mendorong kita orang dewasa untuk bergaduh, bertindak terburu-buru dan mengikut nafsu. Tambahnya lagi Tantrum kerap berlaku pada anak usia 2 tahun. Waktu anak banyak kehendak tapi belum tahu nak menyatakannya atau tak capai standard yang mereka harapkan.

ANAK MENGAMUK? WAJIB AMBIL TAHU NI.

Ingat lagi saat anak belum lagi lahir ke dunia, betapa kita berikrar nak menyayangi anak tanpa syarat. Saat anak lahir, ya Allah pipi gebu fluffy bak pau tu mengundang segunung rasa sayang kita yang memandang.

Langsung tak terfikir wajah mendamaikan jiwa itu mampu ‘mengamuk’ dengan tenaga bak rasaksa. Tak kira di rumah, mahupun di tempat awam, mengamuk tetap sesuatu episod ngeri buat ibu bapa/ penjaga.

Hanya kerana mainan tercalar sebesar kaki kuman, suara tangisnya ditekan ke pitch tertinggi.

Saya sendiri waktu mula jadi ibu dan mengadap siri-siri tantrum anak memang berkecai rasa jiwa. Kesabaran benar-benar teruji.

Amygdala Bahagian Otak Cetus Tantrum Anak

Tau tak siapa yang bertanggungjawab menjadikan anak kiut kita itu bertukar macam anak hulk? Puncanya adalah Amygdala (amik-dah-la).

Amygdala bukan seorang gadis rusia mahupun seekor bakteria. Ia adalah bahagian otak yang terletak di himesfera bawah. Bahagian inilah yang mencetus tantrum anak.

Bahagian ini jugalah yang mendorong kita yang dewasa bertumbuk hanya kerana berebut parking dan mencaci maki di laman sosial.

Otak inilah penyebab seseorang bertindak tanpa berfikir. Bertindak terburu-buru dan betul-betul ikut navigasi nafsu.

Walaupun ia menjadikan kita seperti seorang manusia yang teruk, tapi Amygdala ini jugalah yang bantu kita bertindak mempertahankan diri kita bila diancam bahaya.

Tanpa Amygdala, kita mungkin dengan selamba menghampiri seekor ular yang sedia mematuk atau buat tak tau je kalau ada penjenayah mengacu pistol.

Otak Ibarat rumah 2 tingkat

Dalam buku Whole Brain Child tulisan Dr Daniel Siegel ada menjelaskan bagaimana otak berfungsi waktu anak TANTRUM. Beliau mengandaikan otak ibarat rumah 2 tingkat.

Tingkat bawah adalah ruang emosi. Ruang yang dilengkapi kemudahan asas seperti tandas, bilik tv dan dapur.

Manakala tingkat atas adalah ruang rasional dan logik. Ruang terletaknya bilik yang kita gunakan untuk mengurus diri dan berehat.

Waktu anak kecil, tingkat atas ni tak lengkap lagi. Bumbung masih lopong, ruang masih kosong, dinding pun belum berlepa.

Masuk usia 20-an, barulah tingkat atas otak kita siap. Itupun masih ramai manusia dewasa yang dah berusia tapi otak ‘tingkas atas’ masih tak siap-siap’.

Nak tengok otak tingkat atas tu siap atau tak, kita lihat seseorang tu kawal emosi. Kalau seseorang nampak ‘cool’ walau menghadapi situasi yang menekan, itulah tanda otak ‘tingkat atas’nya siap dan berfungsi dengan baik.

Kalau kita sering mengalami kebanjiran emosi sepanjang dewasa, marah, sedih dan kecewa yang tidak disembuhkan, berkemungkinan kita perlukan sedikit masa untuk jadi penyabar.

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI BILA ANAK MENGAMUK?

Bayangkan di tangga yang memisahkan tingkat atas dan tingkat bawah, terdapat pagar keselamatan di antaranya.

Bila anak menangis sepenuh hati akibat terlalu kecewa cerita Paw Patrol di tv dah habis, badan akan bertindak balas dengan mengeluarkan tenaga yang amat banyak.

Tenaga yang terlalu banyak tu akan menutup rapat pintu keselamatan sehingga anak tak mampu nak masuk ke tingkat atas, iaitu tingkat rasional.

Cakaplah apa sahaja ayat nasihat, bawaklah Dr Fadilah Kamsah sekalipun untuk bagi motivasi, fikiran anak tetap tak mampu rasional.

Waktu itu, bantulah anak. Bantu dengan kawal dulu emosi kita.
Jiwai sikit watak seorang pelawak dan penghibur tanpa mengharapkan anak kita dan-dan-tu terhibur.

Percayalah, waktu tantrum, anak sendiri rasa terseksa mengawal emosinya yang dah bertukar jadi rasaksa.

Cuba :

1) Samakan paras mata kita dan anak.

2) Maniskan wajah kita pada anak, seperti wajah nurse yang kita nak lihat waktu kita sakit.

3) Nyatakan perasaannya
“You look so upset.
How big is it?
This big or thiiiisss bigg?”

4) Kalau masih marah, tarik perhatian pada benda lain.

Tunjuk buku cerita favorite anak ke, bawak pergi jalan kat luar ke atau apa sahaja yang dapat alihkan fokusnya.

5) Kalau nampak tangisannya reda, berkemungkinan ‘pagar keselamatan’ dah berjaya dibuka.

Cuma, kadang-kadang sebab terlalu marah dengan kita, walaupun fikirannya mula rasional, dia masih ada rasa geram yang berbaki.

Waktu ini mungkin kita boleh tinggalkan dia sementara.

“I think you still upset with me. I should leave you here. Please come to me once you feel ok.”

6) Waktu anak diasingkan, boleh la PANCING anak.

Buat-buat baca buku cerita kuat-kuat, makan biskut kegemaran dia atau tonton kartun kegemarannya.

Bila perasan dia intai-intai kita, terus ajak dia join apa yang sedang kita buat.
Bila dia dah mula mesra dengan kita, waktu itulah kita boleh peringatkan kembali peraturan yang perlu anak ikuti.

Tapi awas! Kadang-kadang anak gunakan otak rasional iaitu otak tingkat atasnya untuk tantrum juga. Ia adalah saat anak tantrum untuk mendominasi kita.

Tantrum untuk dapatkan mainan yang dia nak dan tantrum melebih-lebih depan ayah untuk minta ayah membela nasibnya dari kena marah dengan mama.

Tantrum kerap berlaku pada anak usia 2 tahun. Waktu anak banyak kehendak tapi belum tahu nak menyatakannya atau tak capai standard yang mereka harapkan.

Kentalkan hatimu ayah, ibu. Menghadap tantrum itu langsung tak mudah. Tapi bila dah terbiasa, lama-lama jadi tak susah.

Pukul dan marah mungkin shortcut berkesan pada awal-awalnya. Tapi ia tidak membantu anak membina sistem kawalan diri dan emosi.

Taknak kan, anak jadi macam kita. Dah besar pon, tapi tingkat kedua otak masih lopong sana sini.

Sikit hal marah! Tak kena sikit, bocor dinding rumah ditumbuk kita. Sobs!

Bantu anak bina ‘tingkat kedua’ otak dengan baik. Ia sangat membantu anak menjadi dewasa yang tahan tekanan.

Ibu MUDA Anak Dua
Wawa Shauqi.

Memang kena banyak sabar dalam membesarkan anak-anak. masa mereka mengamuk tu cuba peluk mereka bagi tenang. Jangan cepat melatah nak pukul anak tanpa sebab, mereka masih kecil dan perlukan kasih sayang. Paling penting sabar dan terus bersabar.

sumber: Wawa Shauqi

EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid

Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?

Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Published by
SAHR