“Pelik betullah dia ni. Dari tadi asyik buat perangai aje. Semua benda tak kena. Stres betul dibuatnya!”. Memang perkara normal bila tiba-tiba anak buat tantrum tanpa kita ketahui puncanya. Sebenarnya dia cuma nak melahirkan perasaannya, tapi tak tahu bagaimana. Sebelum marah-marah, eloklah kita ambil tahu mengapa mereka buat begitu.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Biasanya kita berhadapan dengan hal begini dengan memarahi anak-anak. Itu membuatkan emosi anak semakin terganggu dan mereka merasakan kita tidak sayangkan mereka. Menurut perkongsian dari Dr Luqman Bukhari, cara menangani anak yang sedang tantrum adalah dengan memeluk mereka.
Takutnya bila tengok ada parent yang tiba-tiba naik hantu sama bila anak meragam dan mengamuk tak tentu hala.
Ads
Bukan Nakal, Anak Cuma Mahukan Perhatian
Selalunya budak jadi macam tu bukan sebab dia orang nakal. Tapi hati mereka rasa kurang kasih sayang, tak dapat cukup perhatian. Cuma yang sedihnya dia tak pandai nak ekspresikan perasaan tu dalam bentuk perkataan.
Itu yang kita nampak kelakuan dia pelik-pelik. Semata-mata nak tarik balik perhatian parent pada dia.
Nampak Anak Buat Hal, Terus PELUK Seikhlas Hati
Patutnya bila berlaku keadaan tu, kena segera rawat balik luka kat hati anak tu. Ubat paling efektif, kita cepat-cepat peluk dan cium anak seikhlas hati. Tunjukkan yang kita sebenarnya prihatin.
Ads
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dengan pelukan tu, bonding antara parent dan anak jadi menguat balik sebab masa tu badan akan keluarkan hormon oxytocin dan dopamine. Hormon-hormon ni lah yang rangsang kita semua kembali rasa tenang dan gembira.
Ada Ikatan Kuat, Anak Senang Dengar Kata
Dan yang paling best, biasanya anak yang ada ikatan kuat dengan parent mudah sangat nak dengar nasihat dan teguran. Sebab tu anak yang rapat dengan orang tuanya kita boleh nampak motivasi dalam diri mereka sangat hebat!
Saya selalu pesan pada isteri. Kita mesti biasakan tabiat peluk dan cium anak-anak masa mereka kecil lagi. Supaya anak-anak tak rasa janggal nak tunjukkan rasa sayang pada kita bila dia orang dah makin dewasa nanti.
Ads
Mudah-mudahan.
#notaDrALB
Sebenarnya anak-anak tidak tahu cara untuk meluahkan perasaan mereka. Perasan atau tidak, kadang-kadang bila mereka ajak kita bersembang, kita pula sibuk dengan hal lain? Biasanya yang menjadi ‘musuh ketat’ anak adalah handphone! Sibuk sangat kita dengan handphone sehinggakan anak bercakap pun kita tak peduli. Bila anak tantrum tak dilayan, kita marahkan mereka.
Sumber foto: www.shutterstock.com
Mungkin kita boleh adakan sesi khas untuk berborak dengan anak-anak setiap hari. Dalam sesi itu, tiada sebarang gangguan luar dibenarkan. Hanya kita dan anak-anak. Ambil tahu apa yang mereka mahu ketika itu. Dengan cara ini sebenarnya bonding akan menjadi lebih kuat dan kita dapat sama-sama berkongsi keinginan.
Antara tempat kesukaan ramai anak kecil adalah kolam renang. Ibu ayah kena tahu tip menjaga keselamatan anak ketika berenang dan mandi di kolam renang.
Kanak-kanak memang tak boleh nampak kolam renang. Cepat sahaja mereka minta untuk mandi di situ. Ia menjadi tempat yang paling ramai dikunjungi oleh kanak-kanak pada waktu cuti sekolah atau pun cuti umum.
Dalam keseronokan anak-anak bermandi-manda dan bersuka ria, jangan diabaikan keselamatan mereka. Risiko anak untuk lemas atau tertelan air kolam sangat tinggi untuk berlaku.
Dr Ahmad Firdaus berkongsi tip bagaimana ibu bapa seharusnya menjaga keselamatan anak ketika sedang mandi-manda di dalam kolam renang. Pastikan aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan semasa bergembira.
Kedalaman kolam renang
Apabila di dalam kolam renang dari atas kelihatan kedalaman adalah sama mendatar. Tapi kalau kita tak perhatikan betul-betul ia sebenarnya agak dalam. Contoh, nampak kedalaman sama sahaja tapi sebenarnya di bahagian saya berada ini sedalam 6 kaki.
2. Perhatikan anak-anak
Pastikan anda tahu di mana anak-anak berada. Kalau boleh pastikan anda berada di dalam air.
Tapi kalau tiada pakaian renang yang bersesuaian, anda kena duduk berhampiran kolam renang dan perhatiakan anak-anak betul-betul. Jangan terlalu asyik bermain handphone sebab perkara buruk boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja.
3. Bantuan dalam air
Kalau anak anda nampak macam nak lemas atau menghadapi kesukaran berenang cuba dapatkan bantuan dahulu jika anda tak tahu cara nak selamatkan mangsa lemas, tunggu dahulu. Jangan terus masuk ke dalam air.
Sebaiknya cuba dapatkan pelampung ataupun board dan hulurkan kepada mangsa untuk ditarik ke tepi. Jika anda masuk juga ada kebarangkalian anda akan lemas juga.
Safety first. Make sure you are safe.
Rawatan kecemasan selepas mangsa dibawa ke tepi
Setelah bawa mangsa keluar, letakkan mangsa di permukaan yang keras dan rata.
Dongakkan sedikit tengkuk mangsa untuk membuka saluran pernafasan.
Berikan bantuan pernafasan sebanyak dua kali.
Berikan tekanan dada di bahagian tengah dada menggunakan satu tapak tangan.
Tekan sebanyak 30 kali.
Dengan kedalaman 1/3 daripada kedalaman dada.
Kadar 100 – 200 tekanan seminit.
Pastikan dada naik semula antara tekanan (chest recoil).
Berikan dua bantuan pernafasan selepas 30 kali tekanan (30:2).
Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.
Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.
Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.
Sebelum Zizie berkongsi gambar kembar anak angkatnya, ramai yang tak mengetahui Jenna mempunyai saudara kembar yang seiras.
Rata-rata peminatnya mengharapkan agar Zizie terus merapatkan hubungan adik beradik ini dan tak memisahkan mereka berdua walaupun jarak jauh kerana difahamkan Niza berada di Sabah.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.
Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.
Sumber: Gempak & Ig Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaimana didik anak agar faham ibunya sedang berpantang dalam masa yang sama bangunkan EQnya? Bila anak mendapat adik baru, dan nampak dia jealous serta mahu didukung seperti adiknya, namun anda yang baru melahirkan adiknya dan sedang berpantang. Bahaya untuk anda jika anda mendukung anak yang sudah besar itu.
Namun, elakkan mengatakan; ” Abang dah besar, tak boleh dukung-dukung lagi.”
Kerana ini akan menyebabkan perasaan marah dan cemburu. Kerana anak itu akan merasakan tempat dia telah dirampas.
Apa yang anda boleh lakukan ialah kata begini; “ Mama, baru lahirkan adik, mama tak begitu sihat. Macam sayang, bila sayang tak sihat, sayang selalu baring saja kan. Mama pun macam tu. Tapi Mama sayang sangat sayang dan rindu nak dukung sayang. Jadi apa kata, sayang baring kat riba Mama ni atau bila ada Ayah, ayah dukung sayang ya. Nanti Mama dah sihat, Mama dukung sayang.”
Kata-kata begini menguatkan EQ anak. Dia akan faham perasaan orang lain dan dia akan mahu bertolak ansur.
Kata-kata seperti; “ Eh, jangan mengada-ngada nak dukunglah, apalah. Dah besarkanlah malulah!” atau “ Kan Mama baru lahirkan adik. Mama tak laratlah lah nak dukung-dukung ni…kan dah boleh berjalan…”
Kata-kata beginilah yang melukakan hati anak. Dan bila hati terluka, EQ terbantut. Ini menjadi kanser yang akan nampak bila anak itu remaja nanti. Dimana ketika itu, anda tiba-tiba tersedar, dia tidak langsung menghargai perasaan anda! Dia tidak ada ruang untuk merasai perasaan orang lain, kerana hatinya penuh dengan luka. Dan marah yang terpendam akan menjadi api kemarahannya.
Apatah lagi jika semasa kecil, dia terlampau kerap dimarahi.
Untuk memperkembangkan EQ, banyakkan membelai anak itu. Cium, belai, peluk, sikatkan rambut jika dia mahu. Ramai juga anak-anak yang mahu buat semua sendiri sebab mereka nak jadi abang dan kakak. This is good. Biarkan dan tetap cium and peluk anak itu dan puji dia kerana dia suka berdikari. Anda boleh beri dia beri dia penganugerahan seperti ‘mama little helper’ atau ‘perwira kecil mama’ atau yang bagus seperti itu. Anak itu akan berasa bangga dan menjadi lagi rajin menolong dan menjaga adiknya.
EQ akan berkembang bila anak merasai dia dikasihi dan bila perasaannya difahami dia belajar mengasihi. Anak belajar menjadi seorang yang memahami anda bila sedari kecil anda menunjukkan anda memahami perasaannya.
Oleh itu manja dan lenja tidak timbul kerana anak yang lenja tidak tahu memikirkan orang lain. Dia hanya mahu dia dilayan. Puncanya ialah kerana apa yang dia mahu semua diikutkan sehingga dia tidak tahu bagaimana susahnya perkara itu untuk dilaksanakan.
Anak yang begini juga akan membesar menjadi remaja yang hanya tahu untuk memberontak meminta dilakukan perkara untuknya. Dia tidak ada ruang untuk orang lain. Kerana sedari kecil dia tidak dilatih dan dididik untuk merasai perasaan orang lain.
Bomba berjaya selamatkan warga emas hidap strok terperangkap banjir di Sri Muda. Seorang warga emas yang terlantar akibat serangan strok berjaya diselamatkan daripada terperangkap dalam rumahnya yang dilanda banjir kilat di Taman Iswara Sri Muda, Seksyen 25.