“Hati Saya Hancur Bila Doktor Cakap Bayi Berhenti Membesar Dalam Kandungan” Ibu Lega Akhirnya Bayi Selamat Dilahirkan

Share

Bayi ini dilahirkan tiga kali lebih kecil daripada kakak kembarnya sekaligus menunjukkan dia mampu bertahan walaupun doktor pernah memberitahu kemungkinan bayi ini akan mati di dalam kandungan.

Reagan (adik), yang kini berusia enam bulan, dilahirkan 11 minggu lebih awal dan beratnya hanya 453gram, dan lebih kecil dari kembarnya Mila (kakak) yang beratnya mencecah 907gram.

(Follower Pa&Ma dapatkan Nunha Moon Pillow dengan harga promo PA&MA menggunakan promo kod – PNMGSP5 di GO SHOP)

Audrieanna Lambert, ibu kepada kembar ini berkata ia adalah satu keajaiban apabila Reagan (adik) masih hidup selepas mendapat keputusan bahawa dia tidak akan bertahan dalam kandungan.

Doktor di hospital West Penn, Pittsburgh, Amerika Syarikat bimbang ketika usia kandungan 20 minggu kerana mereka melihat Reagan(adik) telah berhenti membesar dalam kandungan. Selepas pembedahan Czer dilakukan pada Disember 2021, kedua-dua kembar dibawa ke unit rawatan rapi (NICU) di mana Mila(kakak) menghabiskan 45 hari sebelum dia cukup kuat untuk pulang ke rumah.

Tetapi Reagan(adik) terlalu kecil, terpaksa menunggu 118 hari sebelum dia boleh bersama kakaknya di rumah di Washington, Pennsylvania. Kini kedua-dua kembar itu membesar dengan baik tetapi masih berbeza saiz, dengan Mila(kakak) kini mempunyai berat 5.4kg dan Reagan 3.17kg.

Pakar yang merawat bayi tersebut berkata, “Apabila saya melihat mereka buat kali pertama, Reagan(adik) adalah jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan. Perbezaan antara mereka sangat ketara. Saiz Mila(kakak) hampir tiga kali ganda. Mereka tidak kelihatan seperti kembar! Saya tahu Reagan(adik) akan menjadi kecil tetapi dia sangat kecil. Tetapi kedua-duanya adalah keajaiban dan mereka berjaya laluinya. Kini mereka luar biasa.”

Audrieanna dan suami Chase, 29, sangat gembira apabila mengetahui dia hamil pada Jun 2021 selepas membuat rawatan IVF selepas bertahun-tahun mencuba. Pada minggu ke-6 kehamilan, mereka di beritahu bahawa bayi B (Reagan) berukuran kecil dan ada kemungkinan mereka akan kehilangannya pada awal kehamilan.

“Kami diberitahu kantung kehamilan berukuran kecil dan berkemungkinan besar akan keguguran. Pada minggu ke-15 kehamilan, Regan dapat survive. Semuanya kelihatan baik dan kami sangat teruja untuk mempunyai dua anak perempuan.”

Pada usia kandungan 24 minggu, pasangan itu menerima berita yang mendukacitakan bahawa Reagan(adik) kini 50% lebih kecil dan mengalami masalah dengan pengaliran tali pusatnya (pemindahan nutrien daripada darah ibu merentasi plasenta kepada janin melalui tali pusat.)

“Doktor kata, mungkin dalam dua minggu lagi Regan(adik) tak dapat di selamatkan kerana dari segi perubatan memang tidak berjaya untuk selamatkan bayi ini. Hati saya hancur.”


(Follower Pa&Ma Nak Menang Buku Ini Boleh Klik Video di atas & Komen. Good Luck!) 

Tetapi dua minggu kemudian pada imbasan 26 minggu, doktor mendapati bahawa jantung Reagan(adik) masih berdegup.

“Mereka benar-benar terkejut bahawa dia masih bertahan. Saya berazam akan melakukan segala yang saya mampu untuk dia berjaya hidup.”

Audrieanna dimasukkan ke Hospital West Penn pada 27 minggu untuk dipantau. Dia berjaya mencapai 29 minggu sebelum aliran kord Regan berubah dan bayi-bayi itu dilahirkan melalui Emergency Czer.

Kembar itu dilahirkan pada 10 Disember 2021, jam 16.32 tengah hari, dengan berat Mila(kakak) 907gram dan Reagan(adik) pada jam 16.33 malam, seberat 453gram tepat.

Ibu dua anak itu berkata “Saya mendengar tangisan kecil Mila(kakak) jadi saya tahu dia ok tetapi apa yang saya dengar daripada Reagan(adik) hanyalah rengekan.

“Ia seperti anak kucing menangis. Saya panik kerana saya hampir tidak dapat mendengarnya dan saya tidak sempat melihatnya sebelum mereka membawanya pergi.”

Kedua-dua kembar terpaksa dibawa terus ke NICU dan Audrienna terpaksa menunggu beberapa jam sebelum dia dapat melihat mereka

“Apabila saya melihat Reagan dia sangat kecil, dia boleh muat dalam tapak tangan. Saya tahu dia akan menjadi kecil tetapi dia jauh lebih kecil daripada yang saya bayangkan.

“Reagan telah membesarsepenuhnya walaupun dia kecil sangat. Ia ajaib tetapi ia sangat halus dan kecil.”

Mila(kakak) pulih dengan baik dan cukup kuat untuk pulang ke rumah pada Januari 2022, selepas 45 hari berada di hospital.

Reagan(adik) menghabiskan tiga bulan lagi di hospital, menerima pemindahan darah untuk membantunya membesar dan dia akhirnya boleh pulang ke rumah pada April 2022.

“Sungguh mengagumkan apabila mereka berdua pulang ke rumah,” kata Audrieanna. “Ia adalah perjalanan yang agak lama.

Kredit: Audrieanna

Followers Pa&Ma jom join Workshop ini, sesuai untuk mama hamil, lepas bersalin – Klik SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa