Sebaik-baik perkara adalah sentiasa berbuat baik, titipkan penuh kasih sayang pada anak dan isteri kita. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami buat keluarganya. Nak pastikan hati sentiasa dekat dengan keluarga dan anak-anak ada caranya.
Ini juga yang cara yang dilakukan oleh Nabi kita dalam kehidupannya. Perkongsian Muhammad Hassan ini suami kena baca dan ikuti. Barulah keluarga aman damai, penuh kasih sayang.
Sepanjang saya baca dan dengar kuliah tentang layanan Nabi muhammad SAW terhadap isteri, anak dan cucu. Perkara yang selalu Rasulullah lakukan adalah selalu mencium dan memeluk mereka.
Hatta setiap kali mahu keluar ke masjid Rasulullah SAW akan cium isteri baginda dan berlalu ke masjid.
Rupanya, apabila kita praktis perkara ini, ia buatkan kerinduan kita terhadap isteri dan anak semakin kuat. Hubungan kita makin akrab. Susah sangat nak ‘bertikam lidah’. Jika berselisih faham pun mudah untuk dileraikan.
Jika saya dirumah setiap kali mahu ke masjid saya akan cuba amal perkara ini. Ternyata jiwa kita akan rasa tenang dan sangat merindui isteri dan anak. Rasa cepat-cepat nak balik rumah.
Paling saya menarik tentang layanan Rasulullah S.A.W ini yang tak pernah saya terfikir nak buat. Baca hadith Sohih ini;
Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari gelas yang sama, dimana beliau mengenakan mulutnya ditempat bekas aku minum, lalu Baginda minum…” (H.R. Muslim)
Subhanallah. Tengok,sampai tahap begitu sekali akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri baginda. Sehinggakan bekas mulut isteri pun Baginda hargai.
Itu bab minum. Mandi pun Rasulullah SAW mandi bersama isteri. Kita hari ini boleh kira berapa kali dalam setahun mandi bersama pasangan,itu pun siap kunci lagi bilik mandi. Itu belum bab makan. Rasulullah SAW akan makan satu pinggan atau bekas bersama isteri baginda. Akan makan apa yang isteri makan. Tidak pernah komplen makanan.
Dan buatkan saya paling RESPECT habis kat Rasulullah S.A.W. Baginda TIDAK PERNAH PUKUL atau mengeluarkan perkataan kasar terhadap isteri-isteri baginda. Kita hari ini? isteri lambat masak pun kita dah mengeluh. Allahu. lemahnya kita.
Bahkan Rasulullah S.A.W akan memanggil dengan panggilan yang paling manja terhadap isteri dan anak.
Itulah sebab kenapa kita perlu belajar banyak tentang akhlak Rasulullah SAW Dan wajibkan pada diri kita untuk sentiasa berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T
Jom sahabat kita selawat dan Ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.
Kredit: Muhammad Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sunat Anak Lelaki Masa Bayi, Ibu Kongsi Cara Mudah Nak Jaga & Sembuh Cepat Ikut Saranan Doktor
Bersunat atau berkhatan adalah kemestian yang perlu dilakukan kepada anak-anak bagi orang Muslim. Ada yang memilih untuk mengkhatankan anak-anak ketika usia yang masih kecil dan ada juga yang sunatkan anak-anak bila mereka dah mula bersekolah.
Selain daripada aqiqah, mencukur rambut dan memberi nama, berkhatan antara sunnah Nabi SAW yang dilakukan pada hari ke-7 kelahiran. Jadi kalau nak khatankan anak pada usia 7 hari selepas kelahiran mereka amatlah digalakkan.
Seperti perkongsian seorang ibu Nor Izura Mohd Salleh menerusi Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) yang bercerita tentang anaknya yang disunatkan ketika usia baru masuk 3 bulan.
Menurutnya juga oleh kerana keadaan kemaluan anaknya yang ‘buta’ doktor menyarankan untuk mengkhatankan si kecilnya lebih awal kerana bimbang dengan kemungkinan seperti kencing berdarah, jangkitan pada air kencing dan banyak lagi.
Berikut adalah perkongsian yang dibuat:
Nama saya IMAN ZARIF AKRAM. Saya dah bersunat ketika menghampiri usia 3 bln! Alhamdulillah
Saya sekadar ingin berkongsi pengalaman saya bersunat di awal usia. Manalah tau, ada kawan2 yang nak sunat awal cam saya jugak nanti.
10/1/2020
Saya ke klinik Salam di Seksyen 7,Bangi. Mami saya dah set appointment dgn Dr Affandi sbb nak tgk sama ada saya sesuai disunatkan atau tidak (cek bebird). Bila Dr cek, Dr ckp saya boleh bersunat dan memang perlu bersunat awl sbb bebird saya buta. Beberapa kemungkinan penyakit spt kencing berdarah, jangkitan pd air kencing, sakit ketika kencing, dll sekiranya tidak bersunat awal (kemungkinan)
17/1/2020
Saya sepatutnya bersunat pada waktu petang tapi terpaksa ditangguhkan ke waktu mlm (9.00 mlm) atas hal2 yg tak dpt dielakkan. Maka, malam tu saya ke klinik dgn confidentnya.
Masuk dalam bilik operasi, Dr Affandi menerangkan prosedur berkhatan kepada mami didi saya sebelum memulakan proses berkhatan. Saya telah disuntik ubat bius 5 kali di kawasan sekitar bebird. Nanges la jugak time tuh, tapi takla meraung teruk. Sblm proses memotong bebird, dr minta mami saya pegang tangan takut saya menangis atau jadi agresif.. Tp alhamdulillah, sy steady ja. Kuatkan saya?
Sebelum keluar, Dr memberi penerangan tentang cara penjagaan saya. Antaranya ialah:
- Pakai pampers dgn longgar supaya bebird saya kurang sakit.
- Kerap menukar pampers saya bagi mengelakkan jangkitan pd bebird. Dr menyarankan saya menukar pampers setiap kali selepas kencing. Kalau berak, lagi la wajib tukar
- Setiap kali tukar pampers, mami kena sapu ubat antiseptik di sekeliling bebird saya dgn kapas sebelum menyapu dgn losyen. Ini bagi mengelakkan berlakunya jangkitan/ nanah di bebird saya.
- Bebird saya kena rendam dgn ayaq garam (3/4 cawan) dlm 10-30 minit setiap kali mandi.
- Dr suruh letak ubat bontot kalau saya nanges.
Mlm pertama saya tidur, mmg saya xdpt tidoq lena sgt sbb mami lupa cucuk ubat bontot. Sian saya
18/1/2020
Saya bangun dengan gembiranya mcm tiada apa2 yg berlaku. Pagi tu saya mandi macam biasa.
Ptg tu, sy start rendam bebird dgn ayaq garam. Alhamdulillah, saya tak nanges.
Mami follow ja apa yg Dr suggest. Pasal pakai pampers longgar, sapu ubat semua
20/1/2020
Saya kena jumpa Dr Affandi sekali lagi. Mami bgtau dr yg satu jahitan dah tanggal, satu jahitan lagi dah otw nk tanggal, dan satu lagi jahitan masih utuh kat situ.
Alhamdulillah, bebird saya cantik dan tak dak jangkitan. Dr cuma bgtau, yg di sekeliling kwsn bebird yg dipotong tu ada air bisa (selaput berwarna kelabu). Dr ckp, sepatutnya air bisa tu perlu dibersihkan/dibuang selepas sesi rendaman ayaq garam. Kiranya sblm pakai pampers n bebird tgh lembut, kena cuci buang. Dr turut ajar mami saya cara cuci selaput ayaq bisa tuh.
Mami mintak tambah ubat bontot sbb kesian kt saya, takut saya xselesa. Masa bersunat aritu, dr bg 3 ketol ja. Ubat bontot mami bagi waktu siang sekali n mlm sekali sblm tdoq.
23/1/2020
Alhamdulillah, benang terakhir tertanggal lepas rendam ayaq garam masa mandi pagi tu. Bebird saya pon dah nampak elok cantik. Mami continue pakai losyen kat sekeliling bebird saya.
Masa hari ke6 ni, saya dah pakai pamper cam biasa sbb luka dah alhamdulillah, sembuh elok.
Itu ja perkongsian saya utk kali ini. Moga dapat dijadikan panduan buat kawan2 saya yang ingin bersunat awal, insya Allah.
Oh lupa nak bgtau, saya dapat sijil TAHNIAH haritu sbb saya dah bersunat. Nnt kena tampal dlm bilik la jawabnya
***Sedikit nota/peringatan***
Masa tidur, pastikan letak alas/ lapik kerana kemungkinan berlakunya kebocoran adalah tinggi (pampers pakai longgar).
Ramai yg bertanya kos bersunat baby.. Kos bersunat di klinik salam, bdr baru bangi ialah RM300 bg bayi berumur sethn ke bwh.
Sumber: KIMM & Nur Izura Mohd Salleh
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Risau, Cemas & Takut Anak Perlu Masa Untuk Ditangani, Pakar Saran Mak Ayah Buat Ini Nak Bantu Si Kecil
Rasa risau dan juga rasa takut ialah dua perasaan yang lazim dalam hidup manusia. Bukan manusia namanya jika kita tidak pernah berasa risau dan takut! Begitu juga kisahnya tentang kanak-kanak dalam lingkungan usia 0-6 tahun. Yang pasti, pada peringkat usia ini ketika mereka sedang melalui proses pendidikan separa formal (praformal) yang menjadi jambatan antara rumah kediaman dan institusi prasekolah, banyak hal dan perkara yang boleh menjadikan seorang anak kecil risau lagi takut.
Apakah reaksi pertama anda sebagai papa atau mama ketika si kecil berkata dia risau atau takut akan sesuatu? Ingat, hanya kerana hari ini kita sebagai orang dewasa punya banyak pengalaman hidup dan kita tidak lagi takut tidur di dalam gelap, kanak-kanak masih belum punya pengalaman yang sama.
Lebih tragis, ada pula mama dan papa yang cenderung meremehkan kerisauan dan juga ketakutan anak kecil mereka! Memang betul (rasanya) di bawah katil kita tidak ada monster yang sedia untuk menyerang dan memakan kita. Tetapi papa dan mama juga perlu ingat bahawa imaginasi kanak-kanak 0-6 tahun amat aktif berbanding dengan kita. Maka, untuk bulan ini saya kongsikan beberapa cara untuk membantu anak anda yang mungkin sedang berasa risau lagi takut.
Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Pensyarah Kanan UiTM dan Penyelidik Aktil Ilmu Psikologi perkembangan tahun awal sosiologi Pendidikan praformal kanak-kanak dari usia 0-6 tahun senaraikan 7 cara untuk ibu bapa bantu anak-anak atasi rasa takut dan risau.
Pertama: Risau, cemas dan takut perlukan masa untuk ditangani
Hakikatnya, tidak semua kanak-kanak sama walaupun umur mereka mungkin sebaya. Ada yang bersifat terlalu berani, ada pula yang sering dilanda risau, cemas dan takut hingga anak kecil itu kelihatan gelisah pada setiap detik. Tangani perasaan negatif itu satu persatu dengan aktif dan fahami sebanyak mungkin hal dan keadaan yang boleh menerbitkan rasa negatif itu dalam diri anak kesayangan anda.
Didik anak secara berperingkat untuk memerangi rasa risau dan takut. Misalnya, kalau dia takut tidur dalam gelap, belikan lampu tidur yang sesuai dengan citarasanya sebagai satu cara untuk melawan rasa takut kepada gelap. Perlahan-lahan, anak anda akan terbiasa dengan kegelapan dan akan sampai waktunya dia tidak lagi menggunakan lampu itu (atau mungkin juga dia akan kekal memakai lampu tidur sampai ke tua, macam saya juga).
Kedua: Kalau anak anda terlampau cepat risau… biarkan sahaja dia risau!
Percayalah, anak anda tidak akan berhenti berasa risau atau takut hanya kerana anda suka memekik, “Janganlah takut!” atau “Jangan risaulah!” ditelinganya. Percaya atau tidak, rasa risau dan takut mempunyai asas genetik iaitu kewaspadaan. Pada zaman Jurassic dahulu kala, manusia prasejarah harus sentiasa berwaspada takut-takut kalau mereka menjadi lauk dinosaur Velociraptor atau Tyrannosaurus Rex pada hari itu.
Asas genetik ini tetap ada dalam diri setiap manusia hingga ke hari. Ajaklah si kecil anda berdialog dan dengar luahan hatinya. Siapa tahu? Dia takut pergi ke tandas seorang diri bukan kerana ada hantu di dalam tandas rumah anda tetapi kerana dia terlalu pendek untuk mencapai suis lampu. Begitu juga dia takut tidur di dalam gelap kerana hidungnya sering berdarah hingga habis bantal dan cadar (bukan kerana ada monster di bawah katil).
Ketiga: Elakkan asyik mengelak daripada berdepan dengan risau dan takut
Meneruskan contoh saya beri tentang kanak-kanak yang takut untuk tidur di dalam gelap, ada banyak lagi usaha yang boleh kita lakukan agar rasa takut dan rasa risau mereka dapat ditangani dengan baik lagi efektif. Perlu difahami, mama dan papa harus mengelakkan diri daripada asyik mengelak untuk berdepan dengan rasa risau dan takut si kecil. Mengelak bukan suatu strategi yang baik dan hanya akan menguatkan rasa risau dan takut itu.
Jika si kecil anda takut kepada anjing misalnya, mendukung si kecil sekuat hati dan terus melarikan diri daripada semua anjing yang anda jumpai tidak akan membantu si kecil anda menjadi berani untuk berdepan dengan anjing (silap haribulan anda juga bakal dikejar anjing kerana lari daripadanya). Lebih elok jika anda memegang tangan anak anda dengan erat dan melintas di depan seekor anjing daripada mengelakkan situasi itu.
Keempat: Ajar anak anda untuk berfikir secara logik apabila dia risau atau takut
“Macam mana?”, “Boleh ke?”, “Takutlah kalau-kalau…” Semua ini sering keluar daripada mulut si kecil yang terlalu risau dan cepat takut. “Macam mana kalau monster keluar bila papa padam lampu nanti?” Pemikiran logik dapat membantu anak manja anda berdepan dengan banyak perasaan negatif yang dia rasai. Tambah juga humor dan gelak ketawa supaya kesan perasaan negaatif berkenaan dapat dikurangi.
Bermacam-macam rasa risau dan takut boleh dirasai dalam setiap keadaan. Ada kanak-kanak yang tidak suka ke tadika kerana dia takut dia tidak diterima oleh rakan sebayanya. Ada pula yang berasa cemas bila terlihat sesuatu rangsangan negatif di depan matanya. Supaya si kecil comel anda menjadi lebih yakin dan berani, pemikiran logik dan humor akan memberi kesan positif pada jangka masa panjang dengan izin Tuhan.
Kelima: Selain logik ada kemahiran lain untuk mengatasi rasa cemas dan takut
Strategi jangka panjang yang bermanfaat untuk membantu anak anda mengatasi rasa cemas dan takutnya ialah strategi yang berasaskan kemahiran dalam diri sendiri. Semakin banyak kemahiran yang dikuasai, semakin kurang kesan perasaan negatif seperti risau dan takut dalam hidup seharian anak anda. Selain strategi berasaskan pemikiran seperti fikiran logik dan fikiran positif, strategi fizikal juga boleh dicuba.
Contohnya, memegang erat tangan si kecil anda atau memeluknya dengan penuh kasih-sayang jika dia terlampau cemas atau takut. Latih juga anak anda untuk bernafas dengan stabil dan merehatkan otot-otot jika dilanda perasaan negatif. Kemahiran pernafasan memang terbukti untuk mengurangkan stres dan rasa negatif, begitu juga kemahiran merehatkan otot yang cepat tegang ketika kita sedang cemas, takut atau pun marah.
Keenam: Jangan lupa perkara-perkara asas dalam tumbesaran si kecil
Jangan dipaksa si kecil anda melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan dia risau atau pun takut. Memaksa hanya mengundang tindak balas ekstrem kelak malah boleh menerbitkan risau dan takut yang melampau pula. Pada masa yang sama, pastikan semua perkara asas mencukupi dan terjaga dalam hidup anak anda seperti waktu tidur yang cukup, makanan yang berkhasiat, air yang mencukupi, waktu beriadah dan lain-lain lagi.
Perasaan negatif mudah menguasai diri kita apabila kita tidak dapat berehat atau berasa tenang. Fakta ini bukan hanya terpakai dalam hidup orang dewasa tetapi juga untuk
kanak-kanak. Jika semua keperluan asas tumbesaran ini dapat dipenuhi maka risiko perasaan risau, cemas, takut dan marah pun dapat dikurangkan dengan banyak. Jadi, pastikan semua keperluan asas si kecil kesayangan anda dipenuhi pada setiap masa.
Ketujuh: Si kecil yang selalu risau dan takut perlukan empati mama juga papa
Kerisauan dan ketakutan sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’ diri dan peribadi si kecil anda. Anak anda yang tidak mahu tidur di dalam gelap akan berperang dengan dirinya (dan juga dengan anda pastinya) dan dia akan bertahan selama mana boleh daripada tidur kerana dia dikuasai kepercayaan yang ada monster tinggal di bawah katilnya. Seboleh-bolehnya, jangan dimarahi si kecil itu dan cubalah berempati dengan perasaannya.
Empati daripada papa dan mama akan membantu kanak-kanak yang cenderung berasa risau dan takut untuk memahami bahawa mereka tidak bersendirian dalam hidup, dan orang tua mereka akan sentiasa bersama dengan mereka. Hari bertukar minggu bertukar bulan, perlahan-lahan rasa risau dan takut itu pasti berkurangan sejajar dengan masa.
Oh ya, jangan lupa mama dan papa semua memantau keperluan anda sendiri. Mengasuh anak kecil yang cepat risau dan cepat takut boleh memakan masa yang lagi di samping menguji kesabaran kita orang dewasa. Waktu tidur si kecil yang terganggu atau pun kerisauannya yang berterusan, boleh memberi kesan negatif juga kepada kita orang dewasa. Maka, beri juga keutamaan kepada keperluan kesihatan anda supaya anda memiliki tenaga yang diperlukan untuk membantu anak comel manja anda melalui tempoh masa yang sukar ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awal Perkahwinan Mampu Beli Tilam & Barang Penting Je. Dah Senang, Jangan Lupa Isteri Yang Sanggup Bersusah Dulu
Di awal perkahwinan memang setiap pasangan akan melalui kehidupan yang biasa dan mampu membeli barangan penting sahaja. Boleh dikatakan 80% pasangan muda yang baru berkahwin akan merasai hidup yang agak sukar kerana kewangan yang kurang kukuh, baru bekerja dan sebagainya.
Bukan senang untuk membina hidup baru bersama pasangan. Namun bersyukurlah sekiranya anda dikurniakan dengan pasangan yang baik dan memahami. Mereka sanggup bersusah bersama anda, tidur beralaskan tilam biasa di dalam rumah yang kosong.
Itulah yang akan menjadi kenangan yang terindah apabila anda dan pasangan sudah mampu dan senang suatu hari nanti. Pasti anda dan pasangan akan merindui saat-saat susah bersama, mungkin ada yang belum mampu mempunyai kereta dan hanya menaiki motorsikal dalam hujan untuk membeli barang dapur, ada yang hanya mampu makan nasi berlauk telur dan kicap tapi itulah yang paling manis dalam rumah tangga “Kesefahaman ,Tolak Ansur, Kejujuran, Kesetiaan, Penerimaan”.
Baca Selanjutnya:
Susu Tepung Atau Susu Segar Yang Lebih Baik? Ramai Yang Keliru Dengan Kandungan Nutrisinya
Masa Baru Berkahwin
Ingat lagi bila kami baru berkahwin. Duk rumah sewa. Beli dapur, beli peti ais, beli tilam, beli barang yang penting saja dulu. Benda tak penting macam TV, meja makan, sofa semua tu kami tak beli.
Kumpul duit beli barang sikit-sikit
Bulan ni beli peti sejuk. Kumpul duit beli pula mesin basuh. Beli satu-satu. Masa mula duk rumah sewa tu, beli yang mana perlu je dulu. Bukan beli peti ais, mesin basuh sekaligus. Beli sikit-sikit. Dah la rumah sewa kat sini boleh tahan harganya. Tiket flight nak balik kampung lagi. Memang banyak nak guna duit.
Jangan Ingat Rezeki Tu Duit Je
Memang perkahwinan membuka pintu rezeki. Kau jangan ingat rezeki tu duit je. Hati senang pun rezeki. Isteri yang baik dan solehah pun rezeki. Walaupun tak banyak duit tetapi sentiasa rasa cukup.
Makan Apa Ada, Masak Sendiri Di Rumah
Berbuka puasa pun jarang pergi bazar. Makan apa ada je. Banyak masak sendiri di rumah daripada makan luar. Masa tu rasa cukup sangat. Hati pun senang.
Rezeki Makin Bertambah
Bila dah beberapa bulan berkahwin, Alhamdulillah rezeki makin bertambah. Kehidupan makin stabil. Bila dah ada anak, lagi bertambah rezeki.
Percayalah Allah
Apa yang gua nak sampaikan, bila mula-mula kahwin tu biasalah kalau kau rasa kesempitan wang. Baru nak mulakan hidup berumah tangga kan. Tapi percayalah Allah akan bantu dan permudahkan semuanya.
Doa lah Selalu Supaya Keluarga Kau Murah Rezeki
Jangan kau pernah putus harapan. Yakinlah dengan rezeki kau. Berdoalah selalu supaya kau sekeluarga dimurahkan rezeki.
Kau jangan ingat nak hidup serupa drama petang-petang tu je. Nak kahwin dengan orang kaya je. Nak hidup senang je. Liku-liku kehidupan selepas kahwin ni cabaran dia banyak. Kau kena tabah. Kau kena kuat. Itu sebabnya kau ada pasangan. Hadapi dugaan tu berdua. Jangan sorang je derita, kau pulak bahagia.
Elak Guna Pembiayaan Peribadi
Kalau boleh jangan kahwin guna pembiayaan peribadi. Kalau terpaksa kahwin guna pembiayaan peribadi pun, janganlah pakai habis untuk majlis kahwin je. Sekurang-kurangnya simpan lima ribu untuk kehidupan lepas kahwin tu. Ingat kehidupan selepas kahwin tu penting lagi.
Niat kau berkahwin kena betul. Jangan abaikan tanggungjawab kepada anak dan isteri. Susah senang sama-sama. Jangan bila dah senang kau lupa isteri yang sanggup bersusah payah dengan kau dulu.
Kesusahan Di Awal Perkahwinan Itulah Yang Jadi Kenangan Indah
Kesusahan di awal perkahwinan itulah yang jadi kenangan indah. Kenangan kau patut ingat sampai bila-bila. Kenangan yang mendekatkan kau dengan pasangan. Bukannya semakin menjauh. Kah!
Kredit: AmirSyahir
Gambar sekadar hiasan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI