Sebaik-baik perkara adalah sentiasa berbuat baik, titipkan penuh kasih sayang pada anak dan isteri kita. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami buat keluarganya. Nak pastikan hati sentiasa dekat dengan keluarga dan anak-anak ada caranya.
Ini juga yang cara yang dilakukan oleh Nabi kita dalam kehidupannya. Perkongsian Muhammad Hassan ini suami kena baca dan ikuti. Barulah keluarga aman damai, penuh kasih sayang.
Sepanjang saya baca dan dengar kuliah tentang layanan Nabi muhammad SAW terhadap isteri, anak dan cucu. Perkara yang selalu Rasulullah lakukan adalah selalu mencium dan memeluk mereka.
Hatta setiap kali mahu keluar ke masjid Rasulullah SAW akan cium isteri baginda dan berlalu ke masjid.
Rupanya, apabila kita praktis perkara ini, ia buatkan kerinduan kita terhadap isteri dan anak semakin kuat. Hubungan kita makin akrab. Susah sangat nak ‘bertikam lidah’. Jika berselisih faham pun mudah untuk dileraikan.
Jika saya dirumah setiap kali mahu ke masjid saya akan cuba amal perkara ini. Ternyata jiwa kita akan rasa tenang dan sangat merindui isteri dan anak. Rasa cepat-cepat nak balik rumah.
Paling saya menarik tentang layanan Rasulullah S.A.W ini yang tak pernah saya terfikir nak buat. Baca hadith Sohih ini;
Aisyah berkata : “Pernah aku minum, sedangkan aku pada saat itu sedang haid. Kemudian aku memberikan minuman tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari gelas yang sama, dimana beliau mengenakan mulutnya ditempat bekas aku minum, lalu Baginda minum…” (H.R. Muslim)
Subhanallah. Tengok,sampai tahap begitu sekali akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri baginda. Sehinggakan bekas mulut isteri pun Baginda hargai.
Itu bab minum. Mandi pun Rasulullah SAW mandi bersama isteri. Kita hari ini boleh kira berapa kali dalam setahun mandi bersama pasangan,itu pun siap kunci lagi bilik mandi. Itu belum bab makan. Rasulullah SAW akan makan satu pinggan atau bekas bersama isteri baginda. Akan makan apa yang isteri makan. Tidak pernah komplen makanan.
Dan buatkan saya paling RESPECT habis kat Rasulullah S.A.W. Baginda TIDAK PERNAH PUKUL atau mengeluarkan perkataan kasar terhadap isteri-isteri baginda. Kita hari ini? isteri lambat masak pun kita dah mengeluh. Allahu. lemahnya kita.
Bahkan Rasulullah S.A.W akan memanggil dengan panggilan yang paling manja terhadap isteri dan anak.
Itulah sebab kenapa kita perlu belajar banyak tentang akhlak Rasulullah SAW Dan wajibkan pada diri kita untuk sentiasa berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W kekasih Allah S.W.T
Jom sahabat kita selawat dan Ikut jejak langkah Rasulullah S.A.W.
Kredit: Muhammad Hassan