Hati Seorang Isteri Sangat Halus, Dia Pun Tak Faham Diri Dia. Kalau Isteri Bahagia, Bahagialah Rumahtangga

Share

Hati seorang isteri sangat halus, jika seseorang isteri itu bahagia pasti dia akan cuba lakukan terbaik dalam rumahtangga. Mengemas rumah tanpa rungutan, memasak dengan ikhlas, menjaga anak dengan rela hati malah tak kisah dalam membantu ekonomi keluarga.

“Happy wife, happy life”

Bila isteri stress,
Suami stress,
Anak stress,
Anak yang disusukan stress,
Anak dalam kandungan juga stress.

Tapi, bila suami stress keadaan rumahtangga kurang stress berbanding bila isteri stress.

Ia adalah kajian yang dilakukan oleh penyelidik daripada Rutgers University terhadap 394 pasangan mendapati kepuasan isteri dalam keperluannya memainkan peranan penting dalam kebahagian rumahtangga dan mempengaruhi secara keseluruhan kepuasan hidup. Kebahagiaan isteri menyumbang kepada kebahagiaan suami juga.

Emosi isteri menjadi lebih penting lagi apabila sedang mengandung. Hal ini kerana emosi isteri bukan sahaja mempengaruhi kebahagiaan rumah tangga, malah mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan. Ramai yang tidak tahu, jika ibu berdepan dengan stress jangka masa panjang, hormon stress (cortisol) akan disalurkan juga kepada bayi dalam kandungan melalui tali pusat, dan boleh menyebabkan pelbagai masalah.

Antara kajian dan fakta berkenaan ibu semasa mengandung:

1. Ibu yang stress semasa mengandung akan menghasilkan bayi yang suka menangis dan merasakan dunia tidak selamat.

2. Ibu mengandung yang masih belajar atau selalu membaca buku menghasilkan anak yang suka membaca buku.

3. Aktiviti janin meningkat secara mendadak apabila ibunya mengalami tekanan emosi.

4. Stress semasa mengandung memberi kesan kepada tingkahlaku bayi dan kefungsian anak di masa akan datang.

5. Risiko masalah perkembangan anak seperti “Anxiety” dan ADHD, kerana hormon stress memaksa otak janin berkembang dengan lain kerana terpaksa membiasakan diri dengan ancaman.

Dulu saya ingatkan kita perlu berhati-hati dengan emosi sendiri hanya semasa mengandung sebab hormon stress terus disalurkan ke bayi dalam kandungan iaitu melalui tali pusat. Tapi sebenarnya bukan semasa mengandung sahaja seorang isteri dan ibu perlu jaga emosi, tetapi juga semasa menyusu badan.

1. Kajian telah dilakukan oleh evolutionary biologist di Harvard University terhadap monyet makmal menunjukkan hormon stress yang dikeluarkan semasa ibu stress fizikal atau emosi boleh disalurkan kepada bayi melalui susu ibu.

2. Keputusan yang paling mengejutkan adalah hormon stress ini memberi kesan yang berbeza terhadap bayi perempuan dan lelaki. Susu yang mempunyai tinggi kepekatan hormon stress memberi kesan terhadap emosi dan perilaku seperti rasa takut, marah, sensitif ataupun tak selesa kepada bayi perempuan berbanding bayi lelaki.

3. Hormon cortisol pada susu ibu boleh memberi kesan kepada tingkahlaku sosial anak di masa akan datang walaupun selepas bercerai susu.

Kalau perasan anak yang disusukan menangis tanpa sebab dan tiba-tiba emosi tak stabil tanpa mak ayah tahu penyebabnya. Cuba ingat kembali emosi kita semasa hari itu ataupun semasa mengepam susu.

Tali pusat ➡️ Susu Ibu

Bila fikir balik, ada logiknya emosi ibu yang menyusu mempengaruhi kualiti susu. Tetapi apa yang saya paling terkejut, ibu yang stress juga boleh mempengaruhi emosi anak-anak walaupun kita tak nampak salurannya.

Ada satu kajian terbaru yang diterbitkan pada bulan Ogos 2019 yang lepas daripada Nanyang Technological University, Singapore.

Sangat menarik untuk dikongsikan, ia berkaitan aktiviti otak terhadap 31 pasangan ibu dan anak semasa menonton filem animasi bersama-sama. Kajian ini menunjukkan ibu yang mempunyai kadar stress yang tinggi mempunyai kurang persamaan aktiviti otak antara ibu dan anak (3 tahun).

Bahagian aktiviti otak yang dikaji adalah di bahagian “prefrontal cortex” iaitu bahagian otak yang mengawal kebolehan seseorang untuk memahami orang lain. Ibu dan anak akan lebih memahami emosi antara satu sama lain jika terdapat persamaan aktiviti otak semasa melakukan aktiviti yang sama.

Stress menyebabkan seorang ibu tidak dapat memahami perasaan anak ➡️ menghukum anak atas sebab yang tidak sepatutnya ➡️ mengurangkan komunikasi antara ibu dan anak ➡️ kurang menghormati pendapat anak ➡️ hubungan jangka masa panjang ibu dan anak terjejas. 😔

Malah bukan itu sahaja, banyak sangat kajian berkenaan ini. Antaranya:

1. Stress semasa tahun-tahun awal anak mempengaruhi gen anak yang berkait dengan pengeluaran insulin dan perkembangan otak sehingga anak dewasa.

2. Ibu yang stress mempengaruhi tingkahlaku anak dan kebolehan anak menangani stress.

Lihatlah, betapa pentingnya untuk menjaga emosi seorang wanita/isteri/ibu. Bukan senang untuk menjadi isteri dan ibu yang baik kepada suami dan anak-anak, kerana perlu “berperang” dengan emosi sendiri.

Kadang-kala perkara kecil pun boleh terasa, lagi-lagi waktu mengandung. Suami lupa belikan makanan yang diidam pun boleh menitik air mata. Apatah lagi isu besar.

Itulah dinamakan kecelaruan hormon. Kadang-kala kita orang perempuan sendiri pun tak faham dengan diri sendiri. Sebab itulah ada yang lebih suka berdiam daripada meluahkan kerana risau terlebih-lebih dalam meluahkan.

Sokongan seorang suami sangat penting demi memastikan emosi isteri stabil. Agak-agak isteri mula berkerut, terus ambil peranan. Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum isteri semakin jauh daripada dunia sebenar.

Bila dah jauh, habis segala memori menyedihkan dia akan ingat. 😂😂😂

Tapi sebagai orang dewasa, kita tak boleh elak daripada stress. Semua orang mempunyai stress masing-masing cuma yang membezakan adalah bagaimana kita mengawal stress.

-Dengan pukul/maki anak?
-Dengan marah suami/isteri?
-Dengan cerita di media sosial?
-Dengan menghempas barang?
-Dengan merokok?
-Dengan makanan?

Tak kisahlah apa yang kita nak buat untuk tangani stress tetapi apabila sudah mempunyai anak kena selalu ingat yang anak sentiasa melihat dan mengikut setiap perilaku kita termasuklah “cara” kita menangani stress. Tak kiralah “cara” yang baik atau salah.

Tingkahlaku anak dipengaruhi oleh tingkahlaku mak ayah.

Maka, saya nasihatkan para suami mohon berjaga-jaga dengan emosi isteri terutamanya semasa mengandung atau masih menyusu badan sebab ia sangat mempengaruhi emosi anak-anak juga.

Kesimpulannya,
Ibu nangis, anak pun nangis.
Ibu happy, anak pun happy. ❤

Sumber: Maryam Jamadi
Terapi Cara Kerja

Published by
NuFa