Dalam rumah tangga penting adanya sikap tolak ansur bagi menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Ketepikan rasa ego dalam diri masing-masing kerana ia tak membawa anda ke mana pun, malah merugikan buat pasangan.
Sentiasalah bermuhasabah diri dan mencari kelemahan diri serta saling memberi kemaafan. Apabila kata maaf sukar dilafazkan bermakna anda sebagai suami atau isteri masih lagi pentingkan diri.
Seperti yang dikongsikan oleh Panel The Solusi, Abu Hurairah Asifa, dalam rumah tangga menghadapi karenah dan sikap isteri di anggap cabaran besar. Begitu juga isteri untuk berdepan dengan sikap suami.
Biasanya suami lupa yang isteri ni memang sikapnya suka merajuk, marah-marah tapi dalam masa sama sayang. Jika suami reda dan terima kekurangan isteri ini dengan sentiasa memaafkannya percayalah hubungan ini akan kekal ke akhir hayat.
Isteri akan sedar silapnya
Nak tahu kenapa wanita cepat marah dan sekali-sekala terkeluar perkataan yang mungkin boleh menyakitkan hati suami kerana dia terlalu penat. Tapi sebagai suami anda kena ingat jangan balas balik atau lempar perkataan yang dianggap tak sesuai. Ini akan mengeruhkan lagi keadaan dan berlarutan.
Bukan bererti suami diam dan memaafkan isteri ini anda penakut tetapi ia membuka peluang untuk isteri sedar dan faham yang dia silap. Percayalah dengan sendirinya bila isteri nampak suami bersikap begini dia yang akan datang minta maaf dan berubah.
Kesan positifnya juga untuk suami bila sabar, maafkan terus dan secara automatik tiada lagi rasa dendam dalam hati.
Suami Hebat, Dapat Ganjaran Besar
Perlu ingat menjadi suami bukan hanya memberi nafkah tetapi mendidik isteri menjadi wanita yang baik. Ganjarannya juga cukup besar.
Wanita dicipta dari rusuk kiri lelaki. Jadi dia tetap ada kelemahannya. Berdoalah untuk isteri kita jadi pasangan dan ibu yang baik pada anak-anak.
Betul memang bukan mudah tapi kena ingat Allah minta. Bukan sebab kita. Ini bermakna ada hikmahnya.
Selepas ini sebagai suami walau apa sahaja cabaran kita berdepan dengan isteri, sikapnya karenahnya atau apa saja jangan lupa untuk maafkan isteri. Memaafkan isteri membuatkan cinta dalam hati makin kuat dan rumah tangga pun diberkati.
Sumber: The Solusi