Hayla Cakar Muka, Pukul Aeril Selepas Lihat Video Lakonan Ayahnya ‘Bermesra’ Buat Wawa Terharu

Share

Gara-gara menyangka ayahnya ada hubungan dengan perempuan lain, anak perempuan Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3, tak puas hati dan begitu marah pada Aeril.

Menurut Wawa menerusi Instagram miliknya, Hayla telah menangis sebelum bertindak memukul dan mencakar Aeril selepas melihat video ayahnya bersama dengan seorang wanita.

Bagaimanapun ia hanya aksi lakonan Aeril bersama pelakon, Siti Elizad untuk drama Cinta Tanpa Henti.

“Hayla tengok video ni tadi. Dia cakap ‘ayah janganlah dengan perempuan lain. Kesian mama’.

“Dan Aeril terus mainkan video itu, lama-lama Hayla menangis habis dia pukul, dia cakar ayah dia dan jerit kesian mama!!!

“Ya ALLAH terharu saya sampai nak menangis… Macam siapa ajar dia ni?,

“Awak cuma tiga tahun sayang, tapi dah faham. Sampai sekarang tak boleh lupa the moment. Harap-harap ayah dia ingatlah sampai bila-bila,” tulisnya.

Bagaimanapun Wawa berkata, mereka sudah menjelaskan kepada anaknya bahawa situasi yang dilihatnya itu hanyalah sekadar lakonan.

“Selepas itu, kami pun jelaskan tu lakonan saja. Lama jugalah baru dia berhenti menangis. Alahai anak… Ayah tengah jalani penggambaran,” ujarnya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5, dan Hayla.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

 

Published by
Wan Amy