Nak dekat-dekat raya, memandangkan hujung minggu ni sesuai sangat untuk buat kuih raya. Hari ini pa&ma akan kongsikan resipi cookies dari saudari moeirajohson atau lebih dikenali sebagai MJ yang tak renyah nak buat sebab dahlah guna bahan 4 bahan je lepastu tak perlu bakar!
Jom cuba resepi di bawah:
Bahan-bahan:
- Nestum
- White Chocolate
- Nuttela
- Kacang Hazelnut
@moeirajohnson Biskut yg paling bnyk request… terimalah… Episode 3: No bake Nutela pods👩🍳✨🌙 2cawan nestom, 1cwn white chocolate, nutela & hazelnut secukupnya… #nobakecookies #InspirasiRamadan #GayaRaya #BukaPuasa #nutellapod #biskutraya #raya2023 #syawal #kuihraya #nestumcookies #nestumchocolate #resepikuihraya #4ingredientsrecipe ♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza
Cara penyediaan:
- Masukkan 2 cawan nestum, 1 cawan white chocolate (yang telah di double boilkan) dalam mangkuk dan kacau rata.
- Bentukkan doh nestum tadi di atas kertas minyak dan bentukkan doh dengan sudu bulat-bulat. Tekan doh di bahagian tengah doh dengan hujung sudu.
- Picitkan nutella ke bahagian tengah cookies.
- Hiaskan cookies dengan kacang hazelnut yang telah disangai.
- Akhir sekali sejukkan dalam peti ais bahagian bawah selama 10 minit.
Dah siap dah. Mudah kan? cookies ni boleh disimpan pada suhu bilik.
Untuk resepi ini, kita boleh ubat suai resepi tukar kacang hazelnut dengan badam boleh, atau apa apa yang disukai dan ada. Tiada masalah. Selamat mencuba!
Kredit: MJ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[Video] Ibu Bersalin Bawah Runtuhan Gempa Bumi Turki & Syria. Bayi Selamat, Ibu Meninggal Dunia
Dunia baru sahaja dikejutkan dengan gempa awal pagi dengan magnitud 7.8 itu dipercayai yang terburuk melanda Turki pada abad ini, malah gegaran turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. Ia turut disusuli satu lagi gempa besar pada petang ini dengan magnitud 7.7.
Angka kematian akibat gempa bumi besar yang melanda Turki dan barat laut Syria kini dipercayai 1,400 orang manakala ribuan lagi cedera.
Kerosakan akibat gempa kedua itu masih belum diketahui, dan anggota penyelamat berusaha mencari mangsa terperangkap, dalam keadaan cuaca sejuk.
Dalam satu video yang tular, ada ibu hamil yang terperangkap dibawah bangunan runtuh dan sempat melahirkan anak sebelum meninggal dunia. Bayi tersebut dilaporka anak selamat manakala ibu meninggal dunia.
Video tersebut dikongsi oleh pempengaruh media sosial, Farah Lee dan menurutnya dia pernah ke sana pada musim salji tahun lepas.
“Farah ke sana winter tahun lepas, memang sejuk sangat-sangat. I cannot imagine dorang dekat sana diuji macam ni time-time ni. Kurang makanan, pakaian, selimut, bantuan medikal etc. Jom sama-sama bantu dari jauh. Farah inshaAllah akan ke sana nanti bawa donation korang”
Antara mangsa yang sempat ditemuramah media agensi berkata “Ketika itu kami sembilan beranak berada dalam rumah, dan dua anak lelaki masih terperangkap dalam runtuhan,” kata seorang wanita yang patah tangan dan mengalami kecederaan muka berhampiran runtuhan bangunan kediamannya di Diyarbakir, tenggara Turki
Kredit Video: Farahlee
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekaran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Sempat Rakam Gelagat Anak Menangis Lepas Tahu Bantal Busuk Dalam Mesin Basuh
Bagi yang mempunyai bantal busuk, anak pantung busuk ataupun kain busuk sememangnya menjadikan barangan ini seperti sahabat baik. Mana tak nya, kemana-mana pergi pasti diangkutnya sekali. Senang kata, memang tak boleh hidup, tak boleh tidur tanpa bantal busuk disisi. Parah!
Bukan hanya kanak-kanak yang mempunyai bantal busuk ini bahkan orang dewasa turut tidak terkecuali memilikinya. Ada yang sampai 20 tahun menyimpan bantal busuk dan tidak pernah dibasuh.
Orang yang memiliki bantal busuk kebiasaanya tidak akan membenarkan orang lain memegang bantal busuknya. Kejadian itu berlaku kepada seorang kanak-kanak di Korea yang menangis dan menjerit meminta ibunya mengeluarkan bantal busuk daripada mesin basuh.
Dia meminta ibunya mengeluarkan bantal busuk miliknya dengan menunjukan isyarat tangan “Stop” sambil menunjuk ke arah bantal busuk di dalam mesin basuh tersebut. Video tersebut dirakam oleh ibunya dan mendapat tontonan sebanyak 41,449 setakat ini.
View this post on InstagramA post shared by 김예지 (@yeji_0102) on
Sumber: Yeji
Seeloknya, bantal busuk ataupun soft toys busuk anak-anak perlu dibasuh. Kenapa? Kerana disitulah tempat yang paling mudah untuk kuman membiak jika dibiarkan tidak dibasuh.
Anak kecil terutamanya bayi sering memasukkan jari atau alat permainan ke dalam mulut. Jika alat permainan dan permukaan tempat si kecil bermain tidak bersih, bakteria dan virus pasti mudah berpindah kepada bayi.
Perkara ini sering diambil ringan oleh para ibu bapa. Alat permainan yang kotor boleh meningkatkan risiko jangkitan bakteria dan virus pada kanak-kanak.
Membersihkan alat permainan seharusnya dijadikan rutin kepada para ibu bapa sama seperti membasuh kereta mahupun mop lantai rumah.
Berapa Kerap Anda Perlu Membersihkan Alat Permainan Si Kecil?
– Ia terpulang kepada ibu bapa berapa kerap alat permainan itu hendak dibasuh. Anda tidak perlu menyusahkan diri membersihkannya setiap hari. Namun, adalah baik jika alat permainan anak anda dibersihkan pada masa yang tertentu seperti;
– Apabila alat permainan kelihatan kotor (contoh: makanan tumpah pada alat permainan, atau dibawa main keluar rumah)
– Anak anda baru sembuh daripada sebarang jangkitan seperti selsema atau cirit birit. Dikhuatiri alat permainannya masih dicemari dengan bakteria/virus yang menyebabkan anak anda sakit
– Kanak-kanak lain memasukkan alat permainan anak anda ke dalam mulut mereka
– Setiap hujung minggu/bulan
Kaedah Membasuh Alat Permainan
Alat permainan keras (diperbuat daripada plastik)
Kaedah 1
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Bilas dengan air bersih
– Keringkan dan lap dengan wet wipe tissue
Kaedah 2
– Gosok alat permainan dengan berus dan air sabun
– Rendam di dalam *air yang dicampur peluntur selama 10-20 minit
– Bilas dengan air bersih dan keringkan
Alat permainan yang mempunyai bateri/diperbuat daripada kayu atau besi/permainan bersaiz besar
– Lap permukaan luar menggunakan span sabun
– Kemudian lap menggunakan kain lembap yang telah direndam *air yang dicampur peluntur dan keringkan
*Cara mudah sediakan air campuran peluntur: Campurkan 1 sudu (15 ml) peluntur untuk setiap 1 liter air.
Peluntur yang telah dicampurkan air pada jumlah yang betul adalah selamat untuk digunakan sebagai cecair pembersih alat permainan. Klorin pada peluntur akan tersejat dengan cepat semasa dikeringkan.
Alat permainan lembut/kapas/kain
Sebilangan alat permainan boleh sahaja dibasuh menggunakan mesin basuh.
Sekiranya ia tidak sesuai dibasuh menggunakan mesin, rendam dengan air sabun, bilas dan keringkan di bawah cahaya matahari.
Permainan yang sukar dibersihkan atau terlalu kotor eloklah dibuang sahaja untuk mengelak pembiakan kuman.
Membiasakan si kecil mempunyai bantal atau selimut busuk juga sebaiknya tidak perlu diamalkan. Ini kerana, kotoran bakteria akan berkumpul pada bantal dan selimut dan ia sebenarnya boleh mengundang jangkitan. Untuk anak yang mempunyai bantal/selimut busuk, basuhlah sekali-sekala terutamanya apabila ia kelihatan kotor.
Tip Lain Menjaga Kebersihan Alat Permainan
Simpan permainan di dalam bekas tertutup yang bersih setiap kali selepas main
Sebaiknya, setiap anak mempunyai permainan sendiri. Kurangkan berkongsi permainan terutamanya patung mainan fabrik
Permainan yang tidak boleh dibasuh seperti plastisin perlu diganti apabila ia sudah lama digunakan kerana bakteria pasti sudah berkumpul di dalamnya
Kotak pasir perlu diganti secara berkala dan ditutup jika tidak digunakan untuk mengelakkan haiwan liar mengotorkan pasir tersebut
Sekiranya ada permainan yang kelihatan kotor, jangan campurkan bersama permainan bersih. Asingkan ia sebelum dibasuh
Jadikan aktiviti membersihkan alat permainan sebagai salah satu rutin kerja rumah. Ibu bapa perlu bijak dan prihatin terhadap kesihatan anak-anak. Kesihatan keluarga bermula daripada persekitan rumah yang bersih.
Sumber: zuriat.my
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiba-Tiba Jam 3 Pagi Ajak Main Layang-Layang. Jenuh Ayah Fikir, Nasib Dapat Idea
Betullah orang kata, nak gembirakan hati anak tak perlulah nak beriya beli mainan mahal-mahal pun. Layanan ibu bapa tu sebenarnya dah buat anak rasa puas hati dan seronok sangat.
Dapat pula ayah yang rajin melayan, sporting dan ikut apa saja anak ajak main tanpa banyak bunyi. Sebenarnya momen ni adalah kenangan yang akan terpahat di hati anak-anak kecil dan mereka akan ingat sampai besar. Tak mustahil bila anak dah berkeluarga pun dia akan layan anak-anaknya sama seperti kita melayannya.
Mula dengan main cak-cak, gelak sama-sama, main bola atau apa saja semua itu dah bermakna buat anak. Lagi pula dalam musim PKP sekarang ni aktiviti luar rumah terpaksa dihadkan. Nak tak nak, kita sebagai ibu bapa pun terpaksa jadi kreatif demi anak.
Seperti perkongsian seorang ayah, Asy Syakirin mengenai gelagat lucu anak lelakinya yang mengajak untuk bermain layang-layang tengah-tengah malam.
Kongsinya, anaknya sebelum ini sering meminta nasi pada tengah malam, namun kali ini permintaannya berbeza.
Guna kipas main layang-layang dalam rumah
Bambam buat hal lagi. Kau ni kan, kalau tengah-tengah malam minta nak makan nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa. Tapi malam tadi kau punya perangai lain macam laa. Kau tak boleh tidur, kau kejutkan ayah ajak main layang-layang pulak dah tengah-tengah malam ni.
Macam mana la kau boleh teringin nak main layang-layang pulak ni. Abdullah Abdullah.. Takpelah, ayah layankan je. Risau jugak ayah kalau ayah tak bangun jap lagi buatnya kau baca Yassin pulak kat telinga ayah ni, tak kan terperanjat ayah sekali lagi dibuatnya nanti. Serik ayah..
Momen buat anak
Lagipun bulan PKP sekarang, kesian jugak kau. Tak pe la.. Asalkan kau ada depan mata ayah dan lepas ni kau tidur ye Bambam. Kalau tak, ayah percepatkan tarikh kau sunat tu tau. Ingat tu..
Jenuh jugaklah ayah perah otak macam mana nak main layang-layang dalam rumah ni. Lepas solat sunat dua rakaat baru ayah dapat idea. Haa, macam ni boleh kot Bambam. Asalkan layang-layang tak terputus talinya.
Kau tahu tak, rumah orang lain bercahaya pukul 3 pagi sebab Qiamullail, tapi rumah kita ni bercahaya pukul 3 pagi sebab main layang-layang Bambam ooii.. Adoi la anak.. Perangai. Sempat lagi dua jari kau buat peace ye..
Gelagat mereka berdua membuatkan orang ramai terhibur dan kagum dengan usaha si ayah melayan permintaan anak untuk bermain.
“Bagus ayahnya..layankan je”
Sumber: Asy Syakirin
ARTIKEL MENARIK [Tahu Takut ..Berkat Gambar Mak Long, Anak-Anak Dah Tak Buka Tutup Peti Ais]
LAGI ARTIKEL MENARIK [“Sakit Czer Masih Terasa, 7 Tahun Tunggu Adik. Mommy Macam Mimpi Adik Dah Tiada”]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI