HB rendah atau anemia juga turut dihadapi kanak-kanak, tidak hanya ibu hamil. Ia selalunya akan muncul bersama masalah berat badan yang rendah. Sungguh merunsingkan! Ikuti penerangan pegawai dietetik ini.
Betapa resahnya ibu apabila anak menghadapi masalah. Setiap kali pemeriksaan, anak tidak mencapai berat yang sepatutnya mengikut graf yang ditetapkan. Tambah membimbangkan jika ujian darah menunjukkan paras Hb dalam darahnya rendah walau pun suplemen zat besi telah diberikan.
Perkongsian daripada pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri ini diharapkan dapat membantu. Kemungkinan cara pengambilan yang salah dan makanan yang menghalang penyerapan yang menyebabkan Hb si anak tidak naik.
HB low, anak kurang selera makan. Berat pula tak naik. Ibu bapa buntu walau pun dah berikan suplemen yang diberikan
Suplemen yang dibekalkan itu hanya 30% sahaja peranannya untuk naikkan Hb. Mesti elak makanan halang penyerapan zat besi.
4 langkah berikan anak suplemen zat besi. Salah satunya jangan ambil dengan makanan.
Daripada link yang dinyatakan, antara makanan yang kaya zat besi ialah seperti berikut;
Masih ingat kisah adik Aqil Arsyad yang bakal menginjak usia 4 bulan dan memerlukan RM100,000. Perbelanjaan ini sebenarnya untuk membiayai kos membeli mesin khas dari Jerman dan rawatan segera kerana penyakit rare yang dihidapinya iaitu Severe Combined Immuno Dificiency (SCID).
Alhamdulillah dalam perkembangan terbaru yang dikongsikan di Facebook emak saudara adik Aqil, Dr Saleha Idris, dana RM100,000 dah cukup dan kini sumbangan itu sudah ditutup.
Kutipan dana untuk membiayai kos rawatan adik Aqil ini dapat dikumpul sehari sahaja selepas tular di media sosial baru-baru ini berbanding jangkaan awal sekurang-kurangnya seminggu.
Terima kasih semua. Penuh keajaiban dan rakyat Malaysia sangat pemurah. Alhamdulillah kutipan berjaya dalam masa sehari. (update 4.6.2021 jam 7 malam). Terima kasih terus berkongsi kisah Aqil.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua ibu bapa adik Aqil sangat berterima kasih kerana sudi membantu dan mengambil berat mengenai Aqil.
Perkembangan terbaru Aqil pada 7 Jun, nampaknya Aqil semakin kuat. Mungkin ini juga kuasa doa dari semua yang sayangkannya. Ni gambar Aqil terkini. Kiriman ibu buat semua yang ambil tahu dan ambil berat tentang Aqil.
Ibu ayah Aqil masih lagi terharu dan bersyukur atas usaha dan ihsan semua buat Aqil.
Hari ni suhu badan Aqil dah mula ok. Dah boleh angkat kaki. Sudah dua hari minum susu botol.
Terus doakan Aqil sihat. Aqil debar tunggu tarikh rawatan. Sedang tunggu beberapa perkara dari pihak hospital. Sebelum pihak Borderlesscare masukkan duit kepada pihak hospital.
Aqil sekarang duduk wad seorang diri. Tak ada baby lain. Setiap hari Aqil hanya dengan ibu. Ayah pun Aqil tak jumpa 10 hari dah. Dalam bilik Aqil hanya doktor dan nurse yang nak masuk bilik. Kena betul sanitize dan tiada kuman. Betul-betul bersih. Tak boleh sebarang orang masuk. Sangat bahaya untuk Aqil. Sebab dalam badan Aqil tak ada pagar jaga tubuh.
Sebelum ini Pa&Ma menyiarkan kisah Aqil yang memerlukan bantuan segera kerana penyakit dihidapinya sangat jarang berlaku. Penyakit adik Aqil ini juga sama seperti apa yang dihidapi oleh arwah kakak yang telah meninggal dunia ketika usianya 3 bulan.
Sebelum ini arwah kakak Aqil mengalami simptom yang sama tetapi waktu itu doktor tak dapat nak sahkan penyakitnya.
Sekarang bila benda sama macam kakak berlaku pada Aqil, baru ibu ayah Aqil tahu kenapa kakak meninggal. Mungkin hikmah Aqil lahir ke dunia dapat jawab persoalan tersebut.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Cuaca panas melanda negara sehingga April. Perubahan suhu yang melampau ini boleh menyebabkan terjadi strok haba, si kecil tidak terkecuali. Ibu ayah perlu memastikan anak minum air lebih untuk elak dehidrasi dan mengelakkan punca-punca terjadinya penyakit bawaan haba.
Menurut Dr Suhazeli Abdullah, perubahan cuaca ini perlu diberikan perhatian kerana dehidrasi boleh mengundang keadaan strok haba ekoran peningkatan suhu sekeliling sehingga melebihi 37°C di mana suhu badan boleh meningkat.
Cuaca panas melampau mendedahkan kepada berlakunya dehidrasi dan strok haba. Peningkatan suhu sekelililing boleh memberi kesan kepada suhu badan. Boleh terjadi heat stress kemudian menjadi heat stroke atau strok haba jika suhu melebihi 41°C.
Stress boleh berlaku jika seseorang berada dalam lautan manusia.
Ibu bapa perlu memerhatikan tanda-tanda ini sekiranya berlaku pada anak atau ahli keluarga. Ia adalah petanda terjadinya penyakit bawaan haba.
Jangan berlengah, dapatkan rawatan segera!
Sekiranya anak atau ahli keluarga anda pengsan kerana mengalami strok haba di mana-mana, 7 langkah ini patut dilakukan;
Namun sekiranya ada simptom kelihatan sakit, keliru, muntah dan masalah kepada kesedaran diri, wajib dapatkan rawatan segera!
Sebelum terjadinya penyakit bawaan haba, ibu bapa perlu mengawasi ahli keluarga daripada 5 situasi ini. Hadkan aktiviti luar dan tingkatkan pengambilan cecair. Pemilihan pakaian pula perlulah yang menggalakkan penyejatan peluh.
Bius epidural banyak diambil oleh ibu-ibu ketika proses kelahiran sama ada secara pembedahan atau normal. Ambil tahu tentang bius ini, cara suntikan dibuat dan kesan sampingan yang mungkin boleh dihadapi selepas bius ini diambil.
Kefahaman yang jelas dan pengetahuan tentang epidural boleh memberikan anda pilihan dalam mendapatkan alternatif melegakan kesakitan ketika bersalin. Poliklinik Az-Zaara berkongsi info mengenai bius ini.
Ramai ibu bersalin ambil bius epidural ini. Statistik menunjukkan lebih 50% ibu bersalin normal menggunakan epidural.
Yang belum pernah ambil tu, pastikan faham dulu apa itu epidural, sebelum request nak ambil epidural. Sebab nanti tengah sakit nak bersalin, susah dah nak concentrate masa Doktor explain pasal epidural ni.
Epidural ini tujuan dia untuk menghalang rasa sakit. Kalau bagi full epidural, ibu yang nak bersalin tu boleh senyum je. Thats why masa c-zer, ada ibu yang sedar, boleh borak-borak dengan husband sambil doktor buat operation. Memang langsung tak sakit.
Jom fahami bagaimana epidural berfungsi.
Rasa sakit adalah berpunca dari receptor sakit yang diaktifkan. Jadi receptor sakit ini akan menghantar isyarat menggunakan elektrik impulse, impulse ini akan melalui saraf peripheri, ke saraf tunjang di tulang belakang dan akan sampai ke otak.
Otak akan proses isyarat tersebut dan kenal pasti ia sebagai isyarat dari pain receptor dan memberi rasa sakit pada bahagian tersebut.
Jadi, epidural ni bertindak dengan menghalang receptor dari saraf peripheri ke saraf tunjang. Jadi otak tidak menerima sebarang isyarat sakit, jadi ibu tersebut pun tidak merasa sebarang kesakitan.
Epidural diberikan di bahagian belakang pinggang. Ia boleh diberikan dalam posisi duduk dan membongkok ke depan atau dalam posisi baring.
Kawasan belakang pinggang akan dibersihkan untuk mengelakkan jangkitan. Kemudian suntikan “local anesthesia” akan diberikan di tempat epidural akan dicucuk supaya tidak menyebabkan kesakitan semasa jarum dimasukkan. Selepas kawasan tersebut kebas, barulah jarum halus untuk bius epidural akan dimasukkan sehingga keluar cecair air tulang belakang.
Ini menunjukkan jarum berada pada lokasi yang tepat.
Selepas itu, satu tiub yang kecil akan dimasukkan melalui jarum ke dalam ruang epidural. Selepas itu, jarum dengan berhati-hati akan dikeluarkan, meninggalkan kateter di dalam sebagai laluan untuk memasukkan ubat bius ke epidural.
#1. TEKANAN DARAH MENURUN
Epidural boleh menyebabkan tekanan darah anda untuk tiba-tiba jatuh.
#2. SAKIT KEPALA TERUK
Anda mungkin mengalami sakit kepala yang teruk akibat dari epidural. Sakit kepala ini mungkin berpanjangan walaupun selepas bersalin dan berlarutan. Namun amat sedikit mereka yang mengalami simptom seperti ini.
#3. MENGGIGIL, LOYA & SUKAR BUANG AIR KECIL
Anda mungkin mengalami kesan sampingan seperti menggigil, deringan dalam telinga, sakit belakang, kesakitan di mana jarum dimasukkan, loya, atau sukar membuang air kecil.
#4. PERLU DIBANTU KERANA BAHAGIAN BAWAH BADAN KEBAS
Untuk beberapa jam selepas kelahiran, bahagian bawah tubuh anda mungkin berasa kebas dan memerlukan anda untuk berjalan dengan bantuan.
#5. PROSES KELAHIRAN MUNGKIN PANJANG & PERLU VAKUM/ FORSEPS
Risiko proses bersalin mungkin berpanjangan sehingga menyebabkan perlunya bantuan untuk melahirkan anak seperti forceps dan vakum. Ini berlaku kerana epidural tersebut menghalang rasa sakit, jadi ibu tidak dapat meneran sewaktu rahim tengah contraction. Jadi baby susah nak keluar.
Kalau ini berlaku, midwife/ Doktor akan bantu dengan mengenal pasti waktu contraction sedang berlaku dengan bantuan CTG, Dr akan arahkan ibu untuk meneran sewaktu contraction sedang berlaku.
Jadi, fahami kebaikan dan risiko epidural akan membantu anda membuat keputusan terbaik semasa bersalin nanti.