Memakaikan bayi perempuan dengan aksesori kepala memang menarik. Nampak comel. Tapi tahukan anda yang bayi boleh berisiko mengalami keadaan leher terjerut & lemas!

Headband sebagai aksesori kepala membuatkan si kecil nampak comel. Tapi kalau tidak dipantau boleh jadi bahaya pula, silap-silap boleh menyebabkan kes kematian pula!

Pakaikan Bayi Aksesori Kepala, Mama Papa Perlu Tahu Risiko Bahayanya. Boleh Jerut Leher & Lemas!

Pemakaian aksesori kepada bayi memang Ada bayi yang tak kisah tapi ada yang tidak gemar ada lilitan pada kepala mereka. Kalau tidak diberikan perhatian dan pemantauan, boleh mengundang kebahayaan kepada si kecil.

Perkongsian daripada Dr Taufiq Razif tentang pengalamannya sendiri apabila memakaikan aksesori kepala ini boleh dijadikan panduan;

IKLAN

Bahaya betul!
Baru ni isteri saya ada belikan headband ni untuk Aesha Soolihah yang baru je nak masuk umur 6 bulan.

Saje dia beli untuk hias kepala anak. Tapi saya tahu, benda ni nampak je comel tapi boleh jadi alat pembunuh kalau tak dipantau.

Jadi saya sengaja pantau dari dekat si Aesha Soolihah yang tengah pakai headband tu. Saya perhati je anak saya yang tengah baring kat katil tu.

IKLAN

HEADBAND BOLEH JERUT LEHER BAYI

Tiba-tiba, mungkin kerana kepanasan dia pun capai rambutnya untuk digaru dan digosok gosok. Dalam hati saya kata ” Eh bahaya ni!”.

Dan memang apa yang saya rasakan tu jadi kenyataan. Ketika anak saya ni garu garu rambutnya, dia tertarik sekali headbandnya ke bawah dan headband di kepala tu terus jatuh ke bahagian leher dan terus menjerut lehernya! Fuh!

IKLAN

Pakaikan Bayi Aksesori Kepala, Mama Papa Perlu Tahu Risiko Bahayanya. Boleh Jerut Leher & Lemas!

Bayangkan apa yang jadi kalau saya tiada ilmu tentang bahaya headband ni? Saya ambil gambar ni sebab saya nak tunjuk kat mak ayah semua tolong la berhati hati dengan headband ni. Memang dah ada kes bayi yang meninggal terjerut headband pun sebelum ni.

Kepada mak ayah semua, tolong sebarkan benda ni pada mak ayah yang belum tahu ye

Sumber: Dr Taufiq Razif t.me/NotaTaufiqRazif


Jom mama papa kita belajar buat urutan bayi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI