Keibubapaan

Hebat Anak Ini! Dalam Diam Kumpul Duit Belanja Sekolah Bantu Rakan Bayar Yuran

Share

Hati anak-anak kecil sangat tulus. Tambah pula jika didikan ibu bapa yang sentiasa menitikberatkan sikap yang positif dan menghormati orang lain sejak dari kecil.

Seperti perkongsian di FB Nasaie Ismail, sebagai seorang bapa dia tidak sangka sama sekali anak lelakinya sanggup mengumpul duit tanpa pengetahuannya demi untuk membantu membayar yuran sekolah kawan.

Semalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80.

Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

Menurut Nasaie kepada mStar, Yusuf yang juga anak kedua daripada lima beradik itu ada memaklumkan mengenai hasrat untuk membantu rakan membayar yuran sejak bulan lalu.

“Dia tanya boleh tak tolong bayarkan yuran kawan dia. Saya kata boleh, tapi saya pun dah lupa. Disebabkan dia tengok saya tak hulurkan duit padanya, dia kumpul sendiri, sedangkan saya memang lupa sungguh.

“Rupanya dalam diam dia kumpulkan duit belanja sekolah dan duit yang atok, opah dan wan, tok wan bagi. Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100,” kongsinya.

Sebagai bapa, Nasaie mengakui sangat gembira melihat anak lelakinya bersimpati dengan kesusahan orang lain.

Mungkin juga anak-anak dah dibiasakan dengan budaya saling bantu membantu sewaktu mereka sekeluarga berada di Australia selama beberapa tahun lalu.

Tambahnya lagi, tiga anaknya yang pertama pernah bersekolah di Melbourne sejak 2015 hingga 2081 sewaktu dia menyambung pengajian di sana.

Alhamdulillah Yusuf dah bayarkan yuran untuk kawannya. Kadangkala apabila tengok anak-anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik.

Bukan semua anak-anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak-anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.

Kredit: Nasaie Ismail

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy