Masuk trimester ketiga ni biasanya ibu mengandung dah mula berdebar-debar. Maklum sajalah, pada waktu ni boleh bersalin tak tentu masa. Boleh jadi tiba-tiba datang kontraksi atau ‘turun tanda’, tahu-tahu dah nak melahirkan anak. Segala persiapan semuanya dah lengkap, dah masuk dalam kereta. Tinggal nak ke hospital untuk bersalin saja.
Menariknya kisah seorang ahli parlimen wanita dari New Zealand, Julia Anne Genter yang berkongsi pengalamannya berbasikal ke hospital selepas rasa kontraksi sudah mulai kerap. Hebatnya!
Cerita sebenarnya mereka keluar dari rumah kira-kira jam 2 pagi untuk ke hospital sebelum berlaku tanda mahu bersalin. Mungkin rumah mereka dengan hospital tak jauh sangat, sebab itulah masa yang diambil pun hanya 10 minit saja.
Melalui perkongsiannya di laman Facebook, beliau telah memuatnaik beberapa keping foto dengan kapsyen yang sangat comel;
“Big news! Jam 3.04 pagi tadi kami telah menyambut kehadiran ahli baharu dalam keluarga kami. Sejujurnya saya tak merancang untuk berbasikal saat bersalin, tapi ia terjadi.”
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah kepada Julie Enne dan menyatakan bahawa beliau seorang wanita hebat kerana boleh berbasikal ke hospital untuk bersalin;
“Cerita pergi ke hospital untuk bersalin yang menakjubkan!”
“Memori ke hospital yang hebat. Tahniah kepada kalian berdua!”
Ads
“Berbasikal ke hopital untuk bersalin, anda memang lagenda!”
“Bangga dengan anda. Memang lagenda, berbasikal dalam sakit nak bersalin.”
“Berbasikal waktu sakit nak bersalin, tak pasti kalau saya mampu lakukannya. Tahniah kepada keluarga indah anda!”
Ads
Jom lihat gambar Julie Enne yang beliau kongsikan ketika hamil 39 minggu beriadah bersama anak pertama, sehari sebelum due date anak keduanya!
Sememangnya Julie Enne seorang wanita aktif yang gemarkan aktiviti berbasikal. Walaupun sudah sarat mengandung, beliau tetap aktif membawa anak sulungnya menunggang basikal.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!!
Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak seperti kelahiran anak pertama, kali ini pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail lebih terbuka untuk berkongsi wajah bayi kedua mereka.
Menantikan wajah Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Julai lalu, Neelofa nyata tidak lokek berkongsi beberapa video Abbas ketika menjalani sesi fotografi.
Wajah comel Abbas kelihatan jelas menerusi pantulan cermin yang dikongsikan olehnya.
Bukan itu sahaja, bahkan menerusi beberapa perkongsiannya di Insta Story, ibu kepada dua cahaya mata ini juga dilihat turut berkongsi beberapa video dan momen Abbas di rumah.
Ada ketikanya Abbas dilihat dalam posisi meniarap begitu juga beberapa perkongsian lain ketika bermain bersama Bilal.
Ketika mengumumkan kelahiran bayi Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu, ramai yang menjangkakan Neelofa dan suami akan turut melakukan hal yang sama seperti kelahiran Muhammad Bilal bila mana mereka mengambil masa yang agak lama untuk memperkenalkan bayi mereka.
Berbeza kali ini, Neelofa dan Haris dilihat lebih terbuka.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan ini kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Jurusolek yang cukup dikenali, MUA Bellaz menarik perhatian warganet bila mana menghadiahkan pembantunya barang kemas bagi menghargai jasanya membantu menguruskan anak-anak.
Menerusi satu hantaran di Instagramnya, Bellaz dilihat sedang memilih sebentuk cincin emas buat pembantunya bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.
Bukan pertama kali, rupanya ia merupakan hadiah barang kemas kedua yang diperolehinya dari Bellaz dan suami.
“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.
“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz,” kongsi Bellaz meluahkan penghargaan.
Malah kongsi Bellaz lagi, pembantunya seorang yang cukup ringan tulang malah tidak berkira soal kerja dan dek kerana itu dia cukup disenangi.
“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.
“Raya hari tu Bellaz bagi dah sebentuk. Ni bagi lagi sebentuk kat dia.
“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan,” luahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik malah cukup bermurah hati menghadiahkan barangan berharga buat pembantu.
Tak hairanlah ramai yang turut mendoakan kesejahteraan Bellaz dan suami kerana berkongsi rezeki.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba merayu kepada orang ramai yang mendapatkan rawatan di pusat kesihatan supaya bersikap jujur.
Beliau mengingatkan mereka supaya tidak menyembunyikan sejarah perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif COVID-19.
“Saya merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti kesihatan untuk bersikap jujur.
“Jangan sembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya anda merupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19,” katanya menerusi status di Facebook rasminya.
Dr Adham berkata, mereka yang mempunyai gejala, perlu menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu bagi mengetahui pusat kesihatan yang harus dikunjungi.
Katanya, pegawai kesihatan terpaksa membuang masa membersihkan sebuah Jabatan Pesakit Luar di pusat kesihatan selepas mendapati seorang pesakit yang mendapatkan rawatan disahkan positif COVID-19.
“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Lebih malang lagi, ketika ini terdapat 12 petugas kesihatan didapati positif virus COVID-19.
“Seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Bantulah kami untuk membantu anda,” katanya.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.