Memang lain dari yang lain. Jika ramai anak-anak kecil kita memilih menggayakan kostum polis, bomba dan sebagainya untuk sambutan Hari Kebangsaan lalu, lain pula halnya dengan anak kecil ini yang tampil unik dan berbeza dengan kostum yang satu ini.
Lari dari kebiasaan, penampilan si cilik, Aisy Muhammad yang muncul sebagai penembak hendap atau sniper seperti dalam pasukan ketenteraan menggunakan baju penyamaran atau ghillie suit meraih tumpuan.
Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang berusia enam tahun itu, Saiful Azwan Shamsul sengaja memilih kostum hebat itu bagi mencari kelainan.
“Saya mahu buat kelainan untuk anak saya supaya kelihatan lebih gempak. Jadi saya perlu fikirkan idea di luar kotak untuk kelihatan dari daripada yang lain.
Tidak hanya memikirkan idea bahkan bapa sporting ini turut menempah set ghillie suit itu untuk anaknya lebih awal.
Walaupun bimbang pada awalnya baju yang ditempah tidak sempat siap, namun dia bersyukur akhirnya anak kecilnya itu dapat menyarung suit berkenaan.
“Saya tempah di kedai di mana baju celoreng dicerai halus untuk dijadikan ghillie suit dan juga kait benang-benang hijau.
“Selain ghillie suit, anak saya juga memakai topeng muka baraclava, sarung tangan serta dipadankan dengan kasut sekolah berwarna hitam,” kongsinya lagi.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata yang juga anggota Pasukan Gerakan Am(PGA) itu tidak menyangka anaknya beraksi dengan baik ketika membuat persembahan di sekolah.
Malah perkongsian video itu di Tik Tok juga turut menarik perhatian ramai, tidak kurang juga yang mahu turut sama bergambar.
@2ttouring54Kan bapak dah ckp. Peminat ko ramai deq hahahaa♬ Satu Komando – Imam Suhermanto
Menarik: Pandai Dia Mengadu, Daddy Mummy Kena Kerja, Bijaknya Fatima Mengadu Nasib Dengan Nenek!
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar & @2ttouring54
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI