Ketika anda memegang bayi, pasti anda akan mencium bau wangi bayi baru lahir. Bau yang selalu orang katakan sebagai ‘bau syurga ini’ sebenarnya datang dari mana?
Pasti anda ingin tahu bukan apakah fungsi bau ini dari segi sains?
Artikel Menarik: Periksa Primitive Reflexes Bayi Baru Lahir. Kalau Tiada, Itu Tanda Red Flags Masalah Perkembangan
Bau bayi eratkan hubungan ibu dan anak
Ibu dan bayi mempunyai satu hubungan istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bermula daripada saat ibu tahu tentang kehamilan, sehinggalah tibanya saat kelahiran, ibu telah melalui pelbagai kesusahan dan rintangan demi seorang insan yang bernama anak.
Menurut kajian, bayi yang baru lahir amat tertarik dengan bau ibunya. Perkara yang sama juga berlaku kepada si ibu. Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak, Dr Redza Zainol.
Artikel Menarik: Pakej FPP, Layanan ‘First Class’ Bersalin Pada Harga Murah, Setanding Hospital Swasta
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Bersalin Normal Selepas Caesar Boleh, Tapi Mama Kena Faham Syarat-syaratnya!
Berita baik untuk anda yang mahu mencuba kelahiran normal selepas pernah melalui pengalaman bersalin secara pembedahan caesarean! Namun, anda kena tahu ada syarat-syaratnya.
Dr Fazlina Hanum Mohd Ali, doktor pakar O&G di Hospital Islam Az-Zahrah menyatakan, secara umumnya, mana-mana wanita yang pernah sekali bersalin caesarean dibenarkan untuk mencuba untuk bersalin secara normal di kelahiran selanjutnya. 75 hingga 80 peratus ibu hamil yang mempunyai kriteria ini berjaya melahirkan anak seterusnya dalam proses kelahiran normal.
Walaupun begitu, anda yang mahu mencuba kaedah yang sama perlu mendapatkan kaunseling dan pemeriksaan doktor pakar terlebih dahulu. Sekiranya dalam kehamilan terdahulu anda bukan menghamilkan kembar atau lebih; tidak mengalami plasenta praevia, kedudukan bayi dalam kandungan tidak songsang atau melintang; bayi bukan bersaiz makrosomia, tiada sejarah rahim pecah ataupun pembedahan caesarean yang dilakukan bukan classical caesarean, maka anda ada peluang yang sangat cerah.
Sehubungan itu, perlu anda maklum bahawa selepas dua bulan bersalin, luka pembedahan sudah sembuh tetapi parutnya masih baru. Jadi, sebaik-baiknya jika mahu hamil lagi, biarlah selepas dua tahun anda menjalani pembedahan caesarean di kelahiran sebelum itu.
Ada kajian menyatakan risiko untuk rahim pecah adalah sangat tinggi jika kehamilan terbaharu berlaku dalam tempoh kurang satu tahun selepas pembedahan caesarean.Namun, ini tidak bererti anda tidak boleh melahirkan anak itu dalam proses kelahiran normal. Walaupun sudah hamil tanpa disengajakan atau dirancang, doktor masih mengizinkan cubaan bersalin normal setelah parut luka pembedahan diteliti dengan sebaik-baiknya.
Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu sentiasa berbincang dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keupayaan anda yang mahu mencuba kelahiran normal. Anda dan suami perlu benar-benar memahami penerangan yang dijelaskan oleh doktor tentabg kebolehupayaan anda untuk proses kelahiran bayi itu.
Sehubungan itu, kebiasaannya jika anda mengandung semula dalam tempoh enam bulan selepas kelahiran caesarean sebelumnya, kebanyakan doktor pasti menasihatkan anda melalui pembedahan caesarean. Biarpun begitu, anda masih boleh mencuba untuk bersalin normal tetapi perlu faham risiko yang bakal dilalui.
Anda perlu tahu tentang kemampuan hospital bersalin pilihan menyediakan peralatan dan kepakaran mencukupi serta pemantauan berterusan dalam menghadapi sebarang risiko dalam kelahiran bayi anda nanti.
Risiko tetap sama
Sekiranya anda mahu mencuba bersalin normal selepas caesarean tidak kira anak pertama, kedua atau ketiga dan seterusnya, perlu ingat bahawa ia tetap parut!
Risiko yang mungkin berlaku kepada ibu sudah pasti rahim pecah. Dilaporkan risikonya ialah 0.3 – 0.5 peratus . Lanjutan daripada permasalahan ini, ia alan melibatkan risiko tumpah darah, pemindahan darah, diagnosis tertunda dan kematian ibu semasa bersalin.
Kemungkinan komplikasi ke atas bayi yang bakal dilahirkan pula, dia mungkin boleh lemas lalu perlu dimasukkan ke NICU. Selain itu, risiko kerosakan otak seterusnya menyebabkan kecacatan mental boleh berlaku. Malah, bayi juga berisiko untuk menemui ajal sekiranya usaha untuk proses kelahiran normal itu gagal disempurnakan.
Kesimpulannya, kelahiran normal selepas caesarean boleh dilakukan banyak kali kerana tiada had untuknya seperti yang diketahui umum. Anda boleh mencuba bersalin secara normal tetapi pemantauan rapi oleh doktor pakar perlu dilalui dengan meneliti parut pembedahan yang ada.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Genggam Jari Ketika Menyusu Tandanya Dia Lapar. Bila Dah Lepas, Maksudnya Kenyang
Dalam beberapa minggu pertama, ibu mungkin tertanya-tanya macam mana nak tahu bayi dah kenyang atau tak, cukup ke susu yang diberikan dan macam-macam lagi.
Menurut Baby Centre kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari.
Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bay
Bagaimanapun, perkongsian dari Puan Sharifah Syazreen Al-idrus mengenai macam mana nak tahu baby newborn dah kenyang atau belum sangat menarik.
Perasan tak masa susukan anak, mula-mula dapat susu tu genggaman tangan dia kuat, tandanya dia tengah dahaga.
Lepas tu lama kelamaan genggaman dia makin loose/relaxed tandanya dah kenyang.
Jadi nak tahu baby dapat susu cukup atau tak, kena peka dengan genggaman tangan dia. Senang kan!
Sumber: Sharifah Syazreen Al-idrus
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurang Nutrisi, Persekitaran Kurang Bersih Antara Punca Anak Sering Demam & Selesema. Ibu Ayah Kena Lebih Peka
Ada sesetengah kanak-kanak memang mudah dijangkiti virus demam dan selesema. Sudah tentu perkara ini amat merisaukan ibu ayah. Pasti pelbagai persoalan bermain di fikiran bimbang ada penyakit yang lebih serius datang menjangkiti.
Menurut Dr. Hairin Anisa Tajuddin, Pakar Kanak-kanak, Pakar Laktasi & Pensyarah Pediatrik ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini. Merujuk kepada persoalan daripada seorang ibu, Dr Hairin Anisa menerangkan apa yang mungkin berlaku kepada si kecil yang sering dijangkiti demam dan selesema ini.
Setiap bulan anak saya yang berumur 2 tahun setengah seringkali dijangkiti selesema dan demam. Itu sangat merisaukan saya dan suami. Ada yang mengatakan anak saya kekurangan vitamin C, namun doktor yang merawat tiada pula menyatakan sedemikian. Apakah ia normal untuk kanak-kanak pada usia anak saya jika sering mengalami selesema dan demam atau saya perlu merujuk kepada pakar untuk dapatkan rawatan lanjut bagi mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya?
Diana, Terengganu.
Terima kasih atas soalan Puan.
Hampir semua bayi dan kanak-kanak tidak dapat mengelakkan daripada dijangkiti kuman seperti virus dan bakteria yang wujud dalam persekitaran termasuk udara. Mengikut kajian Eccles R. Understanding the symptoms of the common cold and influenza. Lancet Infectious Disease 2005 Nov;5(11):718–25, dalam setahun, kanak-kanak akan dijangkiti penyakit batuk dan selesema sebanyak 7 – 10 kali dalam setahun.
Maka, jika anak puan juga mengalami selesema dan demam ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak kerap mengalami penyakit berbahaya lebih daripada 2 kali setahun, seperti jangkitan kuman di paru-paru, darah dan otak, ada kemungkinan anak puan mempunyai masalah lemah sistem imun yang perlukan ujikaji lanjut di bawah pengawasan doktor pakar kanak- kanak.
Untuk pengetahuan Puan, beberapa faktor kanak-kanak kerap mengalami masalah demam dan selesema ialah jika:
- Persekitaran rumah samada luar dan dalam yang berhabuk, tidak bersih dan berdebu. Dihantar ke pusat penjagaan yang ramai kanak-kanak, bercampuran kanak-kanak yang tidak sihat dan yang sihat. Kuman akan mudah tersebar dan berulang kali.
- Ibubapa yang merokok dan membawa kesan toksik dalam nafas mereka sehingga anak menghidu nafas yang ada toksik. Maka, sistem pertahanan anak dalam hidungnya akan terganggu untuk menghalang jangkitan kuman.
- Anak yang kurang makan makanan seimbang termasuk sayuran dan buah-buahan. Maka, sistem imun tidak kuat walaupun badannya membesar dengan normal. Malah, lebih teruk jika nutrisi anak hanya bergantung kepada susu sahaja dan tidak mengambil makanan yang mempunyai zat besi dan zink secukupnya.
- Sekiranya anak mengalami masalah resdung atau alahan di mana hidungnya sangat sensitif sehingga kerap mendapat selesema terutama apabila dalam cuaca sejuk. Anak yang mengalami alahan resdung ini sangat sensitif kepada habuk, debunga pokok dan hama rumah (dust mites).
Berkenaan dengan vitamin C, sebenarnya kurang tepat informasi dinyatakan oleh Puan. Sebenarnya Vitamin C merupakan zat makanan yang penting sebagai anti-oksida yang menghalang kerosakan sel oleh bahan-bahan toksik oksida (reactive oxidative species) yang ada dalam tubuh manusia. Namun, ramai kanak-kanak yang tidak diberikan makanan yang mengandungi Vitamin C seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Vitamin C juga berperanan falam membantu penyerapan zat besi dan zink yang maksima. Maka, apabila kurang pengambilan vitamin C dalam diet, zat besi dan zink juga tidak mencukupi dan sistem imun manusia tidak kuat melawan jangkitan kuman dan mudah sembuh.
Amat disarankan kepada ibubapa untuk memastikan anak-anak makan makanan yang seimbang. Semua ahli keluarga amalkan memakan buah sitrus seperti limau, mangga atau apa sahaja yang mengandungi vitamin C yang tinggi 10 minit sebelum makan hidangan menu utama. Kehadiran vitamin C ini akan membantu penyerapan zat besi dan zink hidangan utama.
Sebenarnya, tiada keperluan untuk memberikan anak- anak ubat vitamin, suplemen tambahan sekiranya makanan yang diamalkan sentiasa seimbang setiap hari. Sebagai ibubapa, peranan utama kalian adalah untuk memujuk anak-anak menggunakan kaedah yang pelbagai cara daripada sawal 6 bulan usia mereka agar biasa dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Sekiranya anak Puan ada tanda-tanda alahan resdung, dapatkan rawatan lanjut dan pastikan di rumah tiada permaidani berbulu, berserat, binatang peliharaan yang berbulu, dan barang permainan yang berbulu. Sekiranya terdapat hama rumah dan bulu ini dalam sekitar rumah, ini akan menyebabkan keradangan dalam hidung berpanjangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI