Penceramah tersohor, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga selepas isterinya, Dr Husna Zahary selamat melahirkan bayi keempat mereka semalam.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Ustaz Don malam tadi, penceramah yang cukup disenangi ramai ini berkongsi rasa gembiranya bila mana cahaya mata keempat yang merupakan bayi lelaki itu telah selamat dilahirkan.
Namun menariknya, bukan hanya khabar gembira bahkan dua nombor kelahiran anak-anak Ustaz Don menarik perhatian wargamaya. Kata Ustaz kelahiran Nibong Tebal, Pulau Pinang ini lagi, ia merupakan hadiah terindah dari Allah SWT.
“Hari ni, Allah Taala telah bagi kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bagi kat kami. Syukur yamat La Ya Allah.
“Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni. Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..”
“Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~
“Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh,” kongsinya menerusi Instagram.
Bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut berkongsi sekeping gambarnya ketika kelahiran bayi keempatnya itu juga sekeping gambar lagi bersama tiga anaknya.
Ads
“11/2/2021 pukui 3:25 petang tat sat. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’. Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, anak sulong dengan nombor 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.
“Hat hari ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombor 3. 11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombor 4. Allah.. Ya Rabb.
“Saya dengan Isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul. Habih tu, macam mana boleh jadi lagu ni? Saya nak bagitau apa yang terbuku dalam benak hati ni,” tulisnya lagi.
Berkat Sebuah Doa
Tidak mahu disapa pelbagai pertanyaan daripada seluruh pengikutnya diinstagram, Ustaz Don lebih dahulu berkongsi tipnya. Rupanya inilah yang sering dilakukannya. Berkat sebuah doa!
Ads
1. Kehebatan Doa. “Kami bila jumpa saja sapa yang dan, kami minta tolong doa bagi dapat sama tarikh lahir dengan anak nombor 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la sekali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun faham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak?
“Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi – berkat doa Ibu Bapak n mertua. – Berkat kawan-kawan – Berkat doa orang yang dapat nikmat – Berkat doa orang soleh – Berkat doa orang yang dizalimi. وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.
2. Allah Taala Maha Hebat
” Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan-kawan saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa.
Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana,” kongsinya penuh makna.
Meninjau di ruangan komen, ternyata hantaran Ustaz Don itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan taulan serta seluruh pengikut Ustaz Don di instagram.
Ads
Tahniah buat Ustaz Don dan isteri. Satu kegembiraan yang pastinya membahagiakan seluruh ahli keluarga.
Terdahulu Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Zahary pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibrohim dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ddaniyaldbiyajid
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila anak yang dilahirkan, masih kecil dan merah rupanya menghidap penyakit stoma dan perut terpaksa ditebuk kerana tiada saluran dubur untuk membolehkan Alisha membuang najis setiap hari.
Lebih menyayat hati apabila terpaksa berjauhan dengan si kecil yang baru dilahirkan demi rawatan terbaik untuknya. Hari demi hari si kecil menderita untuk membuang air besar. Ikuti perkongsian ibu ini.
Anak saya lahir 31/12/2018, Semasa bersalinkan Alisha normal tak ada komplikasi apa-apa. Bila anak saya lahir barulah saya tahu anak saya ada penyakit stoma stage 3.
Luluh dan sayu hati bila dalam dewan bedah lagi doctor ada bagi tahu anak saya tak ada saluran pungung. Masa tu dari kaki sampai perut anak dah biru, saya cuma sempat tengok anak saya 2 minit sahaja
Alisha dihantar ke bahagian NICU Bukit Mertajam. Keesokan paginya anak saya dihantar ke Hospital Alor Star. Sedih sangat bila saya masih dalam wad dan doctor tak benarkan saya ikut anak saya.
Pada 1/1, Doktor mula masukkan tiup najis anak saya dibuang melalui mulut. Pada 2/1 anak saya di bedah dan perut ditebuk, sekarang anak saya berak melalui stoma. Disebabkan anak saya masih baby, doktor pakar sarankan letak krim, letak kapas dan gauze.
Pempers untuk anak saya 74 keping dalam masa 7 hari sahaja. Saya kena ulang alik dari Perak ke Alor Star seminggu atau dua mingu sekali untuk rawatan susulan Alisha. 9/4/2019
Sekali lagi anak saya di bedah sebab doctor kena buat saluran pungung dan pada 21/5/2019 sekali lagi anak saya perlu di bedah tapi masa ni keadaan anak saya tak sihat. Usus anak saya terkenan jangkitan kuman menyebabkan dia demam jadi doktor jadualkan pembedahan pada 27/6.
Ini satu ujian untuk kami sekeluarga menjaga anak dalam keadaan ini, namun kami bersyukur melihatnya sihat dan aktif setiap hari.
Kos rawatan dan kos perjalanan sangat tinggi, Jadi kalau ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun CIMB – 7055390091, Puan Sabirah binti masaludin.
Ibu mana yang tak mahu berikan yang terbaik buat anak-anaknya. Kalau boleh semua produk dan suplemen kita nak beli demi memastikan mereka sihat dan bijak. Begitu juga orang tua kita. Lega hati kita bila dapat pastikan mereka sentiasa sihat walaupun jauh ditinggalkan di kampung. Semua orang pernah belikan suplemen buat anak dan orang tua kita tapi bagaimana nak kenal pasti produk apa yang baik dan benar-benar diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau KKM?
Dr Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani, suami kepada pelakon Ummi Nazeera berkongsi tip untuk mengetahui samada produk atau suplemen yang dijual secara berleluasa dipasaran baik untuk kita berikan pada anak-anak atau keluarga kita.
Perkongsian Dr Izzar pada Sabtu lalu mendapat pujian daripada netizen yang sentiasa mengikuti pelbagai informasi daripada beliau. Ikuti tipnya.
Ubat/suplemen Kami Lulus KKM?
Selalu kan dengar orang jual produk tu cakap camni? Macam mana tu dikira sebagai lulus KKM? Jom saya cerita.
Produk ubat-ubat, suplemen dan ubat tradisional yang dijual di pasaran Malaysia mesti diuji oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bagi memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk ini, melalui skim pendaftaran dan perlesenan. Barulah pengguna dapat menggunakan produk-produk yang berkualiti dan yang penting, SELAMAT.
Ia akan menjadi isu apabila company ni daftar produk dia sebagai suplemen vitamin/herba SAHAJA. TETAPI selepas sahaja mendapat kelulusan NPRA untuk vitamin/herba, BOOM dia repackage kotak suplemen tu dan tukar terus CLAIM jadi ubat penyembuh rabun, kencing manis, dan strok. 3in1 macam instant coffee, bro. Amazing!?
Sebab tu ada kes seller tu jual ‘ubat’ super yang kononnya boleh menyembuh banyak penyakit n pada masa yang sama, dia dah didaftar/lulus KKM. ?
Satu lagi, kalau dengar/baca iklan ubat kata boleh menyembuh penyakit etc, sah-sah tu TIPU guys. Ada 20 JENIS PENYAKIT yang tak boleh diiklankan. Swipe kiri juga untuk tengok penyakit-penyakit tersebut. Kalau dia ada iklan salah satu daripada 20 penyakit tu, itu tak benar. ?
Check No Pendaftaran MAL
Setiap produk berdaftar ada nombor pendaftaran MAL. Inilah IC kepada produk tersebut. Kita boleh check produk tu di website NPRA dengan menggunakan nombor MAL ini. Maklumat kandungan aktif produk,pengeluar etc boleh kita stalk di situ.
Produk berdaftar juga ada Pelekat Hologram Meditag sendiri. Swipe left kalau nak tahu cara membaca nombor MAL n tengok rupa Meditag tu.
So, kalau penjual promote ubat was-was tu , tanyalah dia ada no MAL tak. Tengok ada Meditag tak. Check dulu kat website NPRA. Kalau takde no MAL, bye bye la. N kalau dia claim melampau, takyahla beli. Check senarai 20 penyakit yang saya terangkan tadi.?
Untuk yang ada mak ayah tu, selalu ke rumah diorang. Pergi ke dapur dan check sikit ubat/suplemen apa diorang ambil. Saya dan adik-adik selalu buat macam ni. Memang ada kadang-kadang produk was-was ni. ?
Ok semua. Semoga tak diperdaya scammer lagi. Beli jelah ubat kat farmasi. InsyaAllah selamat.?
Begitu juga kalau nak beli suplemen pada anak-anak kita. Banyak produk nak buat anak bijak dan macam-macam lagi gaya promosi. Periksa dulu dengan pakar dan kemudian baru beli. Anak selamat, kita pun senang hati.
Kredit foto: @izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak selesema dan mula sakit tekak, anak akan menangis tanda tidak selesa. Anak kemudiannya akan disusuli dengan sakit tekak dan batuk-batuk dengan kerap. Sebenarnya tak perlukan ubat pun nak pulihkan sakit tekak anak.
Menurut Dr Ezairy M Sallih, Doktor telinga, hidung & tekak (ENT), terdapat cara semulajadi dan lebih selemat untuk meredakan masalah sakit tekak anak. Mama papa pun boleh amalkan cara ni. Berkesan!
BAGAIMANA AIR SUAM DAN AIR GARAM MAMPU REDAKAN SAKIT TEKAK?
Ramai antara kita yang kerap mengalami masalah sakit tekak. Sama ada ibu, bapa atau anak-anak kecil. Berbagai-bagai cara dan petua yang yang diberi, tetapi amat sukar untuk dilakukan.
Saya beri contoh langkah paling mudah. Anda boleh lakukan di rumah sahaja. Jadikan amalan harian juga lebih baik. Bukan sahaja mampu menjaga kebersihan di dalam mulut tetapi dapat mencegah masalah lebih serius berlaku.
Persoalannya, benarkah hanya berkumur dengan air suam dan air garam mampu untuk meredakan masalah sakit tekak?
Untuk pengetahuan anda semua, sel-sel badan kita memerlukan suhu yang normal serta optimum untuk berfungsi dengan sempurna. Oleh kerana tekak dan bahagian kerongkong kita mudah terdedah kepada persekitaran luar melalui rongga mulut, biasanya terdapat penurunan suhu yang berlaku. Keadaan ini akan mengakibatkan metabolisme yang rendah dan dengan itu akan menurunkan lagi imuniti dalam kerongkong.
Apabila kita melakukan kumuran air suam dan hangat, tekak kita akan mengalami kenaikan suhu kepada tahap yang optimum yang kemudiannya akan memberi kelegaan kepada tekak. Oleh itu, pengambilan air suam juga sudah tentunya membantu untuk mencegah jangkitan tekak yang lebih serius.
Air suam dan hangat juga akan menyebabkan pengembangan pada salur darah, suatu proses fisiologi yang meningkatkan bekalan darah ke bahagian tekak. Dengan itu, ia akan meningkatkan bekalan oksigen, nutrien dan menyingkirkan metabolit-metabolit yang menyebabkan tindak balas sakit kepada pesakit.
Kesan ini berlaku untuk jangka masa pendek terutama jika tekak dipenuhi dengan lendir. Ini adalah sebab yang tepat mengapa air hangat dengan garam lebih baik untuk melakukan kumuran atau gargling. Garam boleh membantu menghilangkan lendir dari tekak dan seterusnya akan meningkatkan keberkesanan air suam.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...