Kewangan

Hebatnya! Boleh Nikmati Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Dengan Simpan SSPN

Share

Bukan mudah anak-anak mahu melanjutkan pelajaran di Instituisi Pendidikan Tinggi (IPT) sekarang. Selain persaingan dengan rakan-rakan sebaya, perbelanjaan untuk menuntut ilmu di IPT juga boleh dikatakan agak tinggi jika tidak membuat sebarang persediaan awal sejak mereka masih kecil.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Disebabkan itulah sangat penting untuk ibu bapa membuat simpanan demi masa depan anak-anak. Generasi hari ini mempunyai potensi besar dan kebolehan yang luar biasa. Sayanglah jika terpaksa membelakangkan minat dan  kemahiran mereka hanya kerana kekangan dari segi kewangan.

Sumber foto: www.shutterstock.com

Sebenarnya, simpanan kewangan boleh dimulakan dari mereka kecil jika ibu bapa mengambil berat tentang kepentingan membuat tabungan. Cara mudah untuk menyimpan serta kekal disiplin adalah dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN untuk anak-anak.

Tahniah! Simpan SSPN merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi Simpanan Terbaik Generasi Baharu

Banyak Kelebihan Simpan SSPN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memperkenalkan Simpan SSPN pada tahun 2004 untuk menggalakkan ibu bapa membuat perancangan kewangan awal bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.

Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.

Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Sehingga RM8,000 Setahun!

Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.

Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.

Pelbagai Insentif Dilaksanakan Supaya Ibu Bapa Buat Perancangan Kewangan Untuk Anak

Pengerusi PTPTN, YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, “PTPTN sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan untuk masa depan anak-anak mereka.

Dengan memperkenalkan Simpan SSPN, kita telah membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk memulakan penabungan khususnya bagi tujuan pendidikan dan memupuk amalan menabung dari awal usia anak-anak.”

“Oleh itu, saya menyeru kepada masyarakat Malaysia untuk segera membuat simpanan dalam Simpan SSPN sebelum 31 Disember 2023 agar berpeluang menikmati insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun bagi tahun taksiran 2023.

Saya juga amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana telah melanjutkan insentif pelepasan taksiran cukai ini kepada pendeposit Simpan SSPN sehingga tahun taksiran 2024,” tambah beliau.

Buka Akaun Simpan SSPN,  Anda Berpeluang Untuk Menang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023

Selain itu, PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 yang akan berakhir pada 31 Disember 2023. Hadiah yang ditawarkan amat lumayan iaitu hadiah tunai hampir RM500,000 untuk 138 orang pemenang. Ini sebagai tanda penghargaan kepada pendeposit Simpan SSPN dan menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Sehingga 30 November 2023, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM16.38 bilion dengan sebanyak 6.18 juta akaun direkodkan. Ini menunjukkan Simpan SSPN menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia untuk membuat penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Pembukaan akaun Simpan SSPN atau penambahan deposit simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing) dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Jadi, tunggu apa lagi ayuh menyimpan di Simpan SSPN kerana ia adalah Peluang Kejayaan Anak-Anak Anda!

Layarilah portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my  atau laman Facebook https://www.facebook.com/PTPTNOfficial serta Instagram https://www.instagram.com/ptptnofficial untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk Simpan SSPN.

 

Published by
Emy H