Hebatnya Datin Sri Shahida selain menyusukan Yusof Alqardawi, dia turut berusaha untuk memberikan susu ibu yang diperah kepada anak angkatnya, Ameena & Qayyum.
USAHAKAN UNTUK BERI SEHINGGA 5 KALI KENYANG
Beliau yang berusaha memberikan susu ibu kepada angkatnya dalam usaha untuk menjadikan kedua-duanya sebagai anak susuan dengan memberikan susu ibu perahan sehingga 5 kali kenyang.
Tetapi beliau sedikit tertekan kerana ramai netizen yang kerap memintanya memberikan susu ibu kepada Qayyum & Ameena pad ahari pertama melahirkan Yusof sedangkan ketika itu ramai yang sedia susu ibu yang dihasilkan tentunya masih sedikit. Berikut ialah perkongsian beliau;
BERIKAN SUSU IBU KEPADA QAYYUM
Semalam dah try bagi sebotol susu ibu dekat Qayyum sebotol utk bg cuba dia nak ke x ? ..Nasib baik dia minum dengan seronoknya sehinggalah habis sebotol…Hari ni kita bg lagi 2 botol dan esok lagi 2 sampai cukup 5 kali kenyang.
KEMUDIAN AMEENA PULA
Lepas settle Qayyum kita settle Ameena pula sbb Ameena ni sejenis minum susu main-main….jadi susah sikit.
Ads
TERTEKAN DENGAN SIKAP NETIZEN YANG MENEKAN
Lepas ni minta jangan tanya saya soalan-soalan tentang ibu susuan lagi saya penat dah…dari hari pertama saya bersalin dah ramai netizen-netizen push terus susukan…Dia ingat apa lepas bersalin mmg keluar susu memancut-mancut mcm air terjun ke?
Tya Ariffin atau nama sebenarnya Nutria Wulandari Ariffin isteri kepada Asyraf Dato’ Khalid telah mengamalkan pemakanan jamu sejak zaman kanak-kanaknya lagi sehingga kini. Jamu yang pertama diamalkan ialah jamu beras kencur.
Walaupun sibuk dengan perniagaan Jamu Mutyara diusia mudanya iaitu 24 tahun, tapi Tya tetap menyusukan Arif Jiwa Asyraf sepenuhnya katanya ketika ditemui di pelancaran produk jamu Mutyara.
Jamu juga boleh diamalkan oleh ibu yang menyusukan anak. Jamu boleh menambahkan susu badan kerana antara bahan yang terdapat dalam jamu mutyara ialah kurma.
Fungsi kurma itu sendiri untuk menambah susu badan ibu. Siapa yang mengamalkan jamu tentu susu badanya akan bertambah.
Tya masih menyusukan Arif sepenuhnya sehingga sekarang dan Tya juga sibuk menguruskan perniagaan. Jadi Tya akan simpan stok susu untuk Arif. Tya akan pam dan simpan untuk Arif kerana Arif memang susah untuk berjauhan dengan Tya.
Kurang waktu bersama kawan kerana sibuk menumpukan perhatian.
Tya bersyukur di umur muda (24 tahun) Tya sudah ada suami, anak dan perniagaan sendiri. Mungkin ramai kawan-kawan yang masih enjoy dengan kehidupan sendiri tapi bagi Tya, ini suatu cabaran dan kebahagiaan untuk Tya. Ternyata kehidupan Tya lebih seronok bersama suami dan anak. Mungkin cara kita berseronok tu lain dan Tya gembira dengan jalan yang Tya pilih.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mungkin itu bukan sisa makanan biasa tetapi tanda awal karang gigi anak. Ramai ibu ayah fikir karang gigi hanya berlaku pada orang dewasa, tapi sebenarnya anak kecil pun boleh mengalaminya terutamanya jika rutin penjagaan gigi mereka belum sempurna.
Sebagai ibu ayah, tentu kita mahu anak membesar dengan senyuman manis dan gigi yang sihat. Jom Pa&Ma kongsikan cara mudah dan selamat untuk elak serta atasi karang gigi anak.
Kalau nak tahu, karang gigi anak terbentuk apabila plak (lapisan lembut berisi bakteria) dibiarkan lama pada gigi. Lama-kelamaan, ia akan mengeras dan menjadi karang. Antara sebab utama yang biasa berlaku pada anak kecil ialah:
Mereka mungkin hanya gosok bahagian depan, tetapi terlupa bahagian dalam atau tepi gusi, menyebabkan plak mudah terbentuk.
Gula ialah makanan kegemaran bakteria dalam mulut. Bakteria ini menghasilkan asid dan membentuk plak yang akhirnya menjadi karang gigi anak.
Sisa susu yang melekat pada gigi boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria dan mempercepat pembentukan karang.
Apabila air liur tidak mencukupi, mulut jadi kering dan bakteria mudah melekat pada gigi anak.
Jangan risau, dengan rutin yang betul, ibu ayah boleh bantu anak elak masalah ini dari awal.
Ajar anak berkumur dengan air masak setiap kali selepas makan. Walaupun nampak remeh, ia sangat membantu menyingkirkan sisa makanan dan mengurangkan bakteria penyebab karang gigi anak.
Gunakan berus gigi lembut dan ubat gigi berfluorida yang sesuai dengan usia anak. Untuk anak bawah tiga tahun, cukup gunakan ubat gigi sebesar biji beras.
Info Menarik! Tahukah anda, ubat gigi berfluorida mengandungi bahan khas bernama fluorida yang membantu menguatkan enamel gigi dan melindungi gigi daripada kerosakan? Ia juga mampu mencegah kaviti (gigi berlubang) jika digunakan setiap hari!
Jika anak masih minum susu pada waktu malam, pastikan giginya dibersihkan dahulu sebelum tidur. Tidur sambil minum susu menyebabkan sisa susu kekal di gigi dan akhirnya menjadi plak keras.
Biasakan anak makan buah dan sayur rangup seperti epal atau lobak merah. Ia membantu membersihkan sisa makanan secara semula jadi. Keju juga bagus kerana membantu meneutralkan asid dalam mulut dan mencegah karang gigi anak.
Bawa anak ke klinik gigi seawal usia setahun, atau sebaik sahaja gigi pertama tumbuh. Doktor boleh membersihkan karang gigi yang sudah keras dan memberi nasihat penjagaan gigi yang sesuai untuk anak.
Pasang lagu atau berus gigi bersama-sama anak. Bila mereka rasa seronok, mereka akan lebih konsisten menjaga gigi dan mengelak pembentukan karang.
Jika ibu ayah nampak karang gigi yang keras pada gigi anak, jangan cuba kikis sendiri kerana ia boleh menyebabkan luka atau merosakkan enamel gigi.
Sebaliknya, bawa anak ke klinik gigi untuk rawatan scaling, iaitu proses pembersihan profesional yang akan menanggalkan karang gigi anak dengan selamat.
Selepas rawatan, doktor biasanya akan ajar cara betul memberus gigi dan rutin penjagaan untuk elak karang gigi datang semula.
Kesihatan gigi anak adalah cermin kepada penjagaan diri mereka. Bila anak terbiasa dengan rutin kebersihan mulut sejak kecil, mereka akan membesar dengan senyuman yakin dan gigi yang kuat.
Ibu ayah, jangan tunggu sampai gigi anak mula kekuningan baru bertindak. Mulakan langkah pencegahan hari ini dengan berus, berkumur dan senyum bersama-sama. Senyuman si manja bebas karang gigi adalah bahagia kita juga!
Follow kami di semua platform untuk mendapatkan update terkini dan content-content video menarik di:
Selepas melahirkan anak, terutamanya kelahiran secara normal akan ada luka pada vagina ibu. Luka bersalin perlu diberi perhatian dan dibersihkan dengan betul. Ada sesetengah ibu merasa takut untuk mencuci luka kerana rasa pedih dan ngilu apabila melihat keadaan luka. Sebenarnya jika dijaga dengan baik, luka bersalin boleh segera sembuh.
Menurut Pengamal Perbinanan Melayu, Dayangku Sri Arjuna Sarohman, membersihkan luka selepas bersalin sangat penting bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kawasan tersebut. Jangkitan kuman boleh menyebabkan luka menjadi gatal dan kemudian bernanh. Itu lebih sakit dan sukar untuk dijaga. Penjagaan rapi juga boleh membersihkan segala kotoran pada bahagian intim yang berkemungkinan membawa kepada jangkitan penyakit.
Amalkan ‘Bercebok’ Untuk Membersih
Amalan ‘bercebok’ adalah istilah yang digunakan oleh orang tua zaman dahulu untuk membersihkan bahagian intim si ibu. Ia boleh dibuat sendiri, bahannya mudah dicari dan tidak memerlukan modal yang besar. Apa yang anda perlukan hanyalah:
Sedikit garam kasar
2-3 keping asam gelugor
Daun sirih
Rebuskan semua bahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan ke dalam bekas basuhan dan tambahkan air paip sedikit. Pastikan air cebok bersuhu suam dan bersihkan luka dengan air terlebih dahulu. Kemudian bolehlah bercebok dengan air rebusan tadi. Amalan ini sebaiknya dibuat dua kali sehari. Tunggu sehingga hari keempat atau kelima sebelum memulakan amalan bercebok.
Bertangas Hilangkan Bau Hanyir Pada Bahagian Intim
Selain amalan bercebok, ibu selepas bersalin digalakkan untuk membuat tangas. Tangas sangat baik dan berkesan untuk menghilangkan bau kurang enak pada bahagian intim. Selain itu, amalan bertangas dapat membasmi kuman serta melancarkan peredaran darah nifas.
Ini membolehkan saki baki darah dalam rahim dikeluarkan. Bagi memudahkan ibu dalam pantang, anda boleh mendapatkan tangas yang sedia digunakan di pasaran. Tetapi seeloknya dibuat sendiri untuk menjamin kesegran serta kualitinya.
Resipi tangas paling mudah yang boleh anda buat sendiri:
Sedikit manjakani
Sedikit kunyit
Sedikit halia
Garam
Daun pandan
*Bahan-bahan ini digunakan dalam kuantiti yang lebih kurang sama kecuali daun pandan. Tambahkan daun pandan jika anda mahu bancuhan tangas anda lebih harum.
CARA MEMBUAT:
Tahukah anda, bertangas sambil membuat senaman kegel dapat menguatkan otot vagina dan membantu ia menjadi lebih ‘mencengkam?’. Selain itu, masalah kentut vagina juga dapat diatasi dengan amalan bertangas.
Jangan Takut Untuk Bersihkan Luka
Kebersihan pada bahagian intim bukan sekadar memerlukan anda untuk bercebok dan bertangas sahaja. Ibu harus rajin menukar tuala wanita sekurang-kurangnya dua jam sekali. Setiap kali selepas membuang air, cuci bersih dan keringkan. Luka yang dikeringkan dengan baik dapat mengelakkan jangkitan kuman serta mempercepatkan proses untuk sembuh.
Selesai bersebok, sapukan ubat luka yang diberikan oleh doktor. Jangan merasa takut untuk membersihkan luka. Amat penting ia dibersihkan dengan baik bagi mengelakan jangkitan kuman. Jika susah atau anda merasa takut, mintalah bantuan suami untuk membersihkan luka anda.
Makanan Sembuhkan Luka
Selain mengamalkan petua lama atau menggunakan ubat untuk membersihkan luka, anda boleh makan makanan berkhasiat. Buah limau yang kaya dengan vitamin C sebagai contoh, dapat memperbaiki sel kulit dan menyembuhkan luka dari dalam. Ia juga dapat mengelakkan masalah sembelit sekaligus boleh mengurangkan rasa khuatir ibu untuk membuang air serta membersihkan luka.
Amalan memakan kunyit muda yang dihiris nipis sebagai ulam juga amat baik. Kunyit bertindak sebagai bahan anti septik semula jadi yang mempercepatkan pengeringan luka. Kunyit juga dapat mematikan kuman sekaligus melindungi bahagian intim dari terkena jangkitan.
Jika anda tidak mempunyai masalah untuk memakan labu, ia juga elok untuk menyembuhkan luka. Kandungan magnesium dalam labu membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit yang baharu.
Amat penting agar ibu tidak merasa takut untuk membersihkan luka kerana amat penting bahagian intim dijaga sebaiknya. Banyakkan bertanya dan membaca untuk menambah ilmu supaya anda bersedia untuk melalui fasa berpantang dengan lancar dan tidak bermasalah.