Perjalanan terakhir arwah Ustazah Shadiya Abbas yang dijemput Allah pada pagi 5 April lalu kerana sesak nafas (asma) akhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali.
Walaupun ramai yang datang nak menziarahi dan menghantar arwah ke rumah yang kekal abadi namun atas nasihat pihak polis kerana situasi sekarang ini, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh suami arwah Ustazah Shadiya, Ustaz MK Azman beliau memaklumkan jenazah isterinya negatif Covid-19 setelah dua kali ujian dilakukan.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah 2 kali buat ujian.”
Melalui coretan hati seorang suami, Ustaz MK Azman selepas selesai urusan pengebumian jenazah, beliau mengucapkan syukur kerana perjalanan terakhir arwah isterinya sangat dipermudahkan.
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi ( 6 April) jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Ads
Dalam kubur terasa sejuk, seolah-olah lantainya marmar
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Moga kita bertemu di alam barzakh, sama-sama masuk syurga
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Sama-samalah kita baca doa ini اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Tengok gelagat anak-anak yang lucu sebenarnya boleh menghiburkan hati ibu ayah walaupun dalam masa sama rasa geram je. Kadang tu benda yang tak terjangka dek akal kita, anak boleh terfikir nak lakukan.
Tak dinafikan sebelum mereka nak membesar, macam-macam idea spontan akan dilakukan. Boleh bikin ibu pening kepala sayang! Tapi itulah kenangan untuk kita bila anak dah besar nanti.
Pastinya bila diceritakan semula pada anak-anak mengenai kisah silamnya masa kecil, mereka pun tak percaya dan akan tergelak juga. Sebagai ibu bapa, kena extra sabar sikit sebab anak yang banyak akal ni, anak bijak. Mudah-mudahan kesabaran ibu ayah terbalas dengan kejayaan yang diberikan oleh anak bila besar nanti.
Dalam perkongsian seorang pengguna TikTok atas akaun Keropok Lekor Matriz, seorang wanita berkongsi telatah spontan anak buahnya yang berpura-pura tidur selepas menumpahkan bedak di atas sofa. Lucu sungguh!
Menerusi video pendek itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan 2 tahun duduk di atas sofa sambil matanya terpejam.
Nak tergelaknya kanak-kanak itu yang mesra dipanggil Wazi pandai buat-buat tidur selepas dia menyedari ibu saudaranya, Mak Ngah dah tahu dia suspek utama menumpahkan bedak di atas sofa di rumah neneknya itu.
Kantoi dengan Mak Ngah…
Bila nampak Wazi leka dengan ‘projeknya’ terus Mak Ngahnya datang dekat konon nak bertanya siapa yang menumpahkan bedak itu di atas sofa, tapi Wazi lagi cepat bertindak untuk selamatkan diri dengan berlakon pejam mata dan seolah-olah tidur nyenyak.
Bila di soal oleh Mak Ngah Wazi langsung tidak menghiraukan pertanyaan tersebut sebaliknya dia kaku je terduduk di atas sofa dan meneruskan lakonan ‘tidurnya’ itu walaupun riak wajahnya nampak macam nak menangis. Alahai cerdik sungguh!
Ooo dah main bedak, habis sofa Tok Ma hang pura-pura tidur eh. Ila, kau tengok anak kau ni, dah jadi patung cendana dah. Pura-pura pejam mata..Hmm ni bedak ni siapa main kalau Wazi tidur. Mak Ngah musykil ni. Wazi tidur tapi ada bedak, siapa lah yang main bedak ni ye?
Bukan itu sahaja, walaupun wanita ini sudah memanggil ibu adik Wazi, tetapi kanak-kanak ini masih statik di tempat yang sama. Bila Mak Ngah pergi dekat Wazi dan tanya depan-depan, siap mendengus lagi..Haa tahu pun takut!
Cerdik sungguh
Video gelagat comel Wazi ini tular di media sosial dan netizen terhibur melihat telatah spontan kanak-kanak ini. Malah ada yang siap kata lakonan tu mantap sungguh walaupun spontan!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pemilik kucing, bukan sesuatu yang pelik jika kucing peliharaan anda sentiasa membawa balik ‘buah tangan misteri’ ke rumah setelah berjam-jam lamanya keluar berjalan. Ada sahaja buah tangan yang pelik-pelik dan kadangkala menyeramkan pun ada seperti bangkai binatang lain.
Bila dah sebut tentang kucing, mestilah ‘perangai’ kucing semuanya sama. Samalah seperti si Robert yang memberikan sesuatu kepada baby Johan, anak kepada tuanya sebagai hadiah untuk dimakan.
Pemiliknya sempat merakam gambar dan video ketika Robert sedang ‘mencuri’ ikan goreng. Pada mulanya dia sangka Robert mencuri untuk makan tetapi sebenarnya untuk anaknya, baby Johan.
Gelagat comel ini mencuit hati wargaNet kerana Robert disifatkan baik hati dan sanggup berkongsi makananya dengan baby Johan.
when johan was still a baby and havent eaten solid food, robert tried to feed him ikan goreng 😌 pic.twitter.com/jEWV0haQQo
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular seorang wanita yang memukul kanak-kanak yang berusia 4 tahun di rumahnya menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju kerana tidak mahu menelan makanan.
Video tersebut tersebar dan mendapat perhatian ramai malah laporan polis telah dibuat sehari sebelum video tersebut tular. Malah beberapa video penderaan kanak-kanak tersebut juga turut tular.
Menurut laporan Sinar Harian, pasangan suami isteri yang tular telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini pada Rabu, atas pertuduhan menganiaya mangsa, dalam kejadian beberapa bulan lalu.
Isteri, Amira Hamzah, 28, warga tempatan manakala suaminya, Mohd Fitri Jasman, 30, dari Singapura, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa sebagai orang yang memelihara seorang kanak-kanak perempuan, telah menganiayanya hingga mengalami kecederaan fikikal.
Prosiding ditangguhkan sementara bagi jatuh hukum dan fakta kes.
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam.