Perjalanan terakhir arwah Ustazah Shadiya Abbas yang dijemput Allah pada pagi 5 April lalu kerana sesak nafas (asma) akhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali.
Walaupun ramai yang datang nak menziarahi dan menghantar arwah ke rumah yang kekal abadi namun atas nasihat pihak polis kerana situasi sekarang ini, hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan.
Menerusi apa yang dikongsikan oleh suami arwah Ustazah Shadiya, Ustaz MK Azman beliau memaklumkan jenazah isterinya negatif Covid-19 setelah dua kali ujian dilakukan.
Alhamdulillah jenazah isteri saya negatif covid19 setelah 2 kali buat ujian.”
Melalui coretan hati seorang suami, Ustaz MK Azman selepas selesai urusan pengebumian jenazah, beliau mengucapkan syukur kerana perjalanan terakhir arwah isterinya sangat dipermudahkan.
ARTIKEL BERKAITAN [“Berat Hati Meninggalkan Isteri Kesayanganku.” Ustazah Shadiya Abbas Meninggal Dunia]
Hebatnya perjalanan terakhir sayang
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi ( 6 April) jam 4.00 petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak-anak lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Dalam kubur terasa sejuk, seolah-olah lantainya marmar
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah-olah lantainya dari marmar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
ARTIKEL BERKAITAN [“Kita Semua Milik Allah..” Pesanan Arwah Ustazah Shadiya Seminggu Sebelum Pergi]
Moga kita bertemu di alam barzakh, sama-sama masuk syurga
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergianmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Sama-samalah kita baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Sumber: Ustaz MK Azman