Hebatnya Rita Sosilawati! Bawa 4 Anak Kecil Tanpa Helper Melancong Ke US Guna 8 Tips ini

Share

Melancong bersama keluarga memang menyeronokkan. Apa yang dilakukan oleh Rita Sosilawati ini boleh dijadikan panduan.  Melancong ke US bersama 4 anak kecil dengan hanya dibantu suami adalah sesuatu yang hebat!

Rita Sosilawati atau Erni Dekritawati Yuliana ialah usahawan wanita yang dikenali ramai ini bukan sahaja tangkas dalam bidang perniagaan, tapi turut cekap menguruskan anak & keluarga.

Beliau turut berkongsi beberapa tips tentang trip melancong bersama anak kecil yang sangat praktikal dan boleh digunakan oleh ibu bapa lain.

Berikut ialah perkongsian beliau;

#1: BERGILIR-GILIR TIDUR 

Kata Rita bagi perjalanan jauh yang meletihkan, ibu bapa perlu tidur apabila anak-anak tidur. Ini untuk memastikan ibu bapa mendapat cukup rehat.

#2: MEMBAWA STROLLER UNTUK SETIAP ANAK

Dalam 1 posting, kelihatan semua anak Rita duduk di stroller. Ini bermakna beliau menyediakan stroller untuk anak-anak. Ada stroller biasa dan ada twin stroller untuk keempat-empat anaknya.

#3: AMBIL PERJALANAN MALAM

Kata Rita, perjalanan waktu malam menjadi pilihan dan dia sebolehnya tidak memberikan anak nap (tidur siang) pada hari berlepas supaya anak-anak akan tidur dengan mudah di dalam flight. Berikan susu 2 minit sebelum take off untuk elak telinga anak berdengung/ berdesing.

#4: MENYEWA KENDERAAN BESAR DAN SELESA UNTUK ANAK & BARANGAN 

Rita menyewa kenderaan 12 tempat duduk bagi memastikan anak-anak selesa dan semua barangan dapat dibawa dengan baik.

#5: TIP ANAK DISENGAT OBOR-OBOR

Rita turut berkongsi tip apabila anaknya disengat obor-obor. Antara tipsnya ialah mencurahkan cuka pada bahagian yang disengat dan membiarkannya 10-15 minit. Dapatkan bantuan safeguard berdekatan.

#6: PASTIKAN ANAK SENTIASA TERHIDRAT

RIta memastikan diri dan ahli keluarga minum banyak air semasa untuk mengelakkan badan kurang air.

#7: KENA ADA MAKANAN UNTUK BAYI

Bagi anaknya yang masih bayi, Rita sentiasa menyediakan buah-buahan  seperti pisang dan tembikai atau makanan lembut seperti roti. Sediakan 1 beg untuk membawa makanan khas untuk anak-anak.

#8: SENTIASA BAWA PAKAIAN EKSTRA UNTUK ANAK

Bawa pakaian ekstra untuk anak-anak sebagai persediaan sekiranya hujan dan sebagainya.

Sumber: rita_sosilawati

Published by
Azma ML