Bukan mudah jika anda bergelar seorang isteri dan ibu. Anda yang bekerja sama ada di pejabat atau di rumah tentu sahaja sesekali akan terkeluar keluhan penat dan stres kerana bebanan tugas di rumah dan tempat kerja yang tak pernah habis.
Untuk kita mengendalikan segala kerja rumah, menyiapkan keperluan suami dan anak-anak apatah lagi jika perlu ke pejabat untuk bekerja bukannya mudah. Tuntutan ini sangat berat dan ada kalanya pasti membuatkan diri tertekan keranan bebanan kerja yang tidak pernah habis.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya, dengan mengamalkan bacaan zikir Fatimah dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga.
Selain mengeluh, mungkin ada wanita akan memperuntukkan masa untuk diri sendiri bagi menghilangkan stres dan keletihan yang dialami dengan memanjakan diri di spa, pergi berurut, bercuti atau keluar bersiar-siar bersama teman.
Namun, tanpa kita sedari sebenarnya dalam Islam telah ada penawar segala kepenatan ini seperti diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada puteri Baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.
Baca Juga:
Dr. Sheikh Muszaphar Suap Anak Makan Cekodok Pisang, Gelagat Emilia Jadi Perhatian!
“Sayang Mami Sha, Bunga Dah Besar.” Fasha Sandha Kongsi Video Terbaru Anak Saudaranya, Comel!
Tahniah! Anak Selamat Bersalin Awal Tahun Ni, Fauzi Nawawi Kini Datuk Kepada 3 Orang Cucu
Kemudian Baginda bersabda:“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Menariknya, bacaan zikir ini boleh dibuat dengan anak-anak sebelum masuk tidur. Kumpulkan mereka beramai-ramai sambil membaca zikir ini bersama ayat 3 Qul dan ayat Kursi. Kemudian jadikan amalan untuk saling meminta maaf dan bersalaman sebelum tidur.
Tonton video ini;
Ya benar, menjadi seorang ibu tidak mudah. Tetapi dengan mengamalkan zikir sebegini sangat baik untuk menyembuhkan emosi yang kepenatan dengan tekanan. Jika selalu marah-marah pun tak dapat apa, jadi dengan zikir begini hati senang, tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu juga boleh dibuat dengan lebih baik. Selamat mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpam