Sejak lagu nyanyiannya ‘Jampi’ dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-32, Hael Husaini mula menjadi tumpuan ramai peminatnya. Bukan setakat berbakat tetapi dia juga seorang ayah yang penyayang buat anak angkatnya, Nur Helena.
Apa yang menarik mengenai Hael, walaupun belum berkahwin tapi kesungguhan untuk mengambil seorang anak angkat dipuji peminat.
Tahun lalu, Hael ada menjelaskan anak angkatnya itu diterima daripada sebuah keluarga dan diambil sejak lahir. Kini Helena dah pun genap setahun.
Menerusi instagramnya, jelas menampakkannya dia seorang yang begitu penyayang dan ambil berat mengenai Helena. Rutin seperti memandikan, menyuap makanan dilakukan dengan cukup sempurna.
My BAEutiful Soul #bondingtime #helenahael
A post shared by #HARAM (New Single) (@haelhusaini) on
Kesibukan bekerja juga tidak menghalang Hael memberi layanan yang baik dan dia juga berkata sejak Helena hadir dalam hidupnya, kehidupan berubah 360 darjah.
Dia juga tetap bersyukur kerana keluarganya turut membantu Helena ketika dia keluar bekerja. Sibuk macam mana sekalipun tanggungjawab pada Helena nombor satu.
Terbaru, semasa sambutan hari jadi pertama Helena minggu lalu, nampaknya Hael begitu teruja. Keterujaan itu dapat dilihat kerana Helena dapat hadiah yang istimewa dari ayahnya. Hanya melalui kapsyen pun dah mengambarkan mengenai perasaannya.
Game harini . . “apa mekna sentuh ayah kene tunaikan” . #helenahael
A post shared by #HARAM (New Single) (@haelhusaini) on
Game harini
“apa mekna sentuh ayah kene tunaikan”
Melalui ruangan komen itu, rata-ratanya menyatakan untungnya Helena dapat ayah yang sporting, penyayang walaupun belum berumah tangga.
Sumber: Instagram Hael Husaini & Helena Hael
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Aktiviti Sensori Untuk Bayi Yang Boleh Duduk. Rangsangan Awal Ini Boleh Jadikan Bayi Bijak!
Lebih banyak aktivti sensori boleh dilakukan bila bayi sudah boleh duduk. Rangsangan motor halus ini boleh jadikan bayi anda bijak! Mama dan papa boleh sediakan bahan-bahan mainan ini, bukan susah mana pun kerana ia adalah barangan asas yang selalu ada dirumah.
5 SEBAB AKTIVITI SENSORI BERMANFAAT UNTUK BAYI
1)Aktiviti sensori membina sambungan saraf pada otak yang memberikan keupayaan untuk si manja menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks.
2)Menyokong perkembangan bahasa, pertumbuhan kognitif, kemahiran motor halus dan kasar, kemahiran menyelesaikan masalah dan interaksi sosial.
3)Membangun dan meningkatkan memori.
4)Sangat bagus untuk menenangkan anak.
5)Membantu anak belajar sifat deria (keras, lembut, lekat, tanggal, kering dan sebagainya)
Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada mainan yang merangsang sensori membina sambungan saraf di laluan otak yang membawa kepada keupayaan kanak-kanak untuk menyelesaikan tugas pembelajaran yang lebih kompleks pada masa akan datang.
5 AKTIVITI SENSORI UNTUK BAYI BOLEH DUDUK
1.Abjad dan nombor magnet, biarkan dia main lekat-lekatkan pada permukaan besi seperti white board. Ini boleh melatih jarinya mengambil objek kecil.
2.Bermain busy board memberikan peluang untuk mempelajari tekstur, warna, bentuk dan cara guna. Ia amat baik untuk perkembangan otak bayi.
3.Mengoyak tisu atau kertas ialah aktiviti yang teraputik kepada bayi. Ia menggalakkan pergerakan motor halus iaitu ibu jari dan jari si manja. Bunyi kertas yang dikoyak juga merangsang pendengarannya!
4.Menolak bola atau menangkap bola boleh menajamkan skil motor halus dan koordinasi mata tangannya. Ia juga merangsang deria visual apabila bayi melihat bola bergerak ke arahnya.
5.Bermain dengan manik abacus seperti ini menggalakkan bayi menyentuk dan mengerakkan manik-manik pelbagai warna ini. Ia secara tidak langsung akan mengasah skil motor halus dan koordinasi mata-tangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Dara Mawar Sebiji Daddy, Manis Ikut Mommy! Biarlah Apa Orang Kata, Janji Sihat
“Biar apa orang nak kata, asalkan sihat dan membesar dengan sempurna.” Ini antara kata-kata sokongan orang ramai buat Mawar Rashid apabila ada beberapa individu yang mengecam wajah anak perempuan Mawar, Raden Seri Rossabella Cinta.
Menerusi perkongsian Mawar, dia berkongsi foto anak perempuannya itu yang kini berusia dua bulan untuk tatapan umum.
Dalam perkongsian itu, ramai yang memuji kecomelan Cinta namun disebabkan ada beberapa komen negatif ramai yang marahkan individu terbabit kerana tak sepatutnya cakap begitu.
“Budak kecil pun nak body shamming. Nanti besar berubahlah”
“Baby semua comel, tak ada yang tak comel”
“Bersyukurlah, jangan condem anak orang lain. Semua anugerah Allah adalah yang terbaik”
Bagaimanapun, ramai yang back up Mawar dan menganggap anak perempuan ikut muka daddy, sejuk rumah tangga.
Yang penting ada mix mommy dan daddy
Untuk info yang jelas, Pa&Ma ingin kongsikan kenapa bayi ketika di awal kelahirannya agak gelap dan selepas beberapa minggu atau bulan lamanya, cerah pula! Adakah ini normal? Jika ya, apakah penjelasannya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya!
Sebab warna kulit bayi berubah mengikut umur
Tahukah anda, warna kulit bayi anda bergantung sepenuhnya kepada genetik anda dan suami?
Banyak mitos di luar sana yang sering diuar-uarkan mengenai hubungan pemakanan dan warna kulit bayi. Ingatlah, warna kulit bayi anda hanya berkaitan dengan genetik anda.
Tidak ada satu kajian pun yang menyokong isu pemakanan memainkan peranan penting dalam warna kulit bayi.
Oleh itu, janganlah para ibu mencuba terlampau banyak jenis makanan yang dicadangkan oleh mitos-mitos di luar sana semasa mengandung atau selepas melahirkan bayi.
Berikut merupakan penjelasan mengapa kulit bayi semasa lahir lebih gelap dan kusam berbanding selepas beberapa minggu kelahiran.
Kulit bayi berlainan mengikut jumlah masa kandungan
Tidak semua bayi yang lahir mempunyai kulit yang sama. Keadaan kulit bayi semasa lahir bergantung kepada jumlah minggu kandungan semasa lahir.
Bayi pramatang
Bayi pramatang mempunyai kulit yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi cukup bulan.
Kulit bayi pramatang lebih nipis, dan mempunyai lapisan bulu halus dan lembut seluruh badan yang dikenali sebagai lanugo. Lapisan ini mampu membuatkan kulit bayi anda tampak lebih gelap.
Selain itu, bayi pramatang akan diselaputi dengan verniks, sejenis bahan yang berwarna putih, berminyak dan mempunyai konsistensi seperti keju. Verniks melindungi kulit bayi semasa lahir.
Bayi cukup bulan
Berbanding dengan bayi pramatang, bayi cukup bulan mempunyai lanugo dan verniks yang sedikit sahaja. Verniks hanya boleh dilihat di pelipat kulit seperti siku, lutut dan leher.
Bayi lewat bulan
Bayi lewat bulan mempunyai kulit yang lebih berkedut, dan lanugo jarang sekali dilihat pada mereka. Verniks juga amat sedikit dan hanya ada di pelipat-pelipat kulit.
Suhu badan dan persekitaran bayi
Semasa baru lahir, bayi mempunyai kulit yang nipis. Bayi mudah nampak kemerah-merahan kerana saluran darah yang aktif di bawah permukaan kulit mereka.
Selain itu, ia normal jikalau tapak tangan, tapak kaki dan jari-jemari bayi anda nampak kebiruan atau ungu semasa lahir. Hal ini kerana pengaliran darah belum aktif sepenuhnya dalam tubuh mereka.
Selalunya, kebiruan ini akan hilang sendirinya selepas beberapa hari. Namun, harus diingatkan bahawa kebiruan di tempat lain tubuh bayi ialah tidak normal dan memerlukan rawatan segera.
Bayi anda juga berupaya menjadi pucat kebiruan atau ungu ketika mereka kuat menangis. Selalunya, warna kulit akan kembali normal sebaik sahaja tangisan reda.
Jika warna kebiruan tidak reda, ini bermaksud bayi anda mempunyai masalah pernafasan atau peredaran darah. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut.
Dehidrasi mampu menyebabkan bayi anda gelap?
Ya, tepat sekali. Semasa lahir, bayi anda akan kelihatan lebih gelap dan kusam kerana banyak kehilangan air dan berat badan. Meskipun begitu, ibu ayah usah risau ya!
Warna kulit bayi anda akan berubah dan mempunyai tona yang lebih sekata setelah dia mula menyusu. Rutin penyusuan yang sekata memastikan bayi anda mendapat susu dan kandungan nutrien yang secukupnya.
Kulit bayi anda akan nampak lebih anjal, sihat dan tona sekata selepas beberapa hari menyusu.
Kredit: Ig Mawar Rashid & Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Jangan Hentikan Penyusuan Hanya Kerana Digigit, Tak Berbaloi! Siasat 6 Puncanya Dulu & Tolong Jangan Menjerit
Bayi menggigit semasa menyusu memang menyakitkan. Payudara digigit dan in menyebabkan kesakitan kepada si ibu. Apa pun ibu tolong jangan menjerit! Ikuti 15 tip kaunselor laktasi ini.
Sakitnya bila payudara digigit anak ketika menyusu. Walau pun bayi masih kecil, bila dikacip giginya itu sakitnya boleh buat ibu menjerit! Terutama sekali yang baru nak tumbuh gigi.
Ada sesetengah ibu yang terus tolak anak, menjerit dan sebagainya apabila anak menggigit membuatkan anak jadi takut & enggan menyusu. Apa cara terbaik nak buat bila kena gigit & nak hentikannya.
IBU KENA FAHAM PUNCA BAYI MENGGIGIT
Menurut kaunselor laktasi, Puan Noorfazila Abdul Rahman situasi bayi menggigit bukanlah suatu situasi yang kritikal sehingga penyusuan perlu dihentikan. Tidak dinafikan banyak kes seperti ini berlaku tetapi bukan semua bayi gemar menggigit ibu ketika menyusu.
BANYAK BERLAKU BAGI BAYI 3-6 BULAN
Perkara ni boleh berlaku seawal usia bayi 3-6 bulan. Ini kerana pada peringkat ini ada bayi yang sudah mula tumbuh gigi,. Bukan hanya puting ibu, bayi juga mula mengigit apa saja yang dipegang.
Selain faktor tumbuh gigi, pelekapan yang salah juga menjadi punca situasi ini terjadi. Ini kerana bayi menggigit menggunakan gusi bawah. Jika bayi melekap dengan betul, kedudukan lidahnya berada di bawah payudara dan menutupi gusi bawah menyebabkan bayi tiada ruang untuk menggigit.
Hal ini kerana mekanisme hisapan terus dengan ibu melibatkan pergerakan rahang bawah sahaja jadi adalah penting untuk semua ibu yang sering kali digigit oleh bayi semasa menyusu memastikan pelekapan anak dalam keadaan baik setiap kali menyusu untuk mengelakkan situasi ini berulang.
5 PUNCA LAIN SELAIN PELEKAPAN & TUMBUH GIGI
Selain tumbuh gigi dan pelekapan yang salah, banyak lagi punca kenapa bayi gemar menggigit. Antaranya;
- Keadaan bayi yang kurang sihat terutama jika mengalami selesema atau jangkitan telinga menyebabkan bayi sukar menelan ini membuatkan bayi menggigit kerana kurang selesa apabila menyusu. Sebagai penyelesaian, pastikan kedudukan bayi sewaktu menyusu lebih tegak supaya bayi lebih mudah menelan.
- Selain itu, ada juga bayi yang menggigit apabila tertidur atau di akhir penyusuan. Jadi sebelum bayi tertidur anda boleh mengeluarkan puting dari mulutnya dengan jari kelingking anda apabila anda rasa hisapannya mula perlahan dan lemah.
- Ada juga bayi yang perhatiannya mudah terganggu dengan persekitannya terutama bayi yang sudah besar, ini menyebabkan mereka dengan tidak sengaja menggigit puting ibu terutama apabila menoleh secara tiba-tiba kerana terlupa yang mereka sedang menyusu dengan ibu.
- Terdapat bayi yang gemar ibu beri perhatian kepadanya setiap kali menyusu dengan ibu, jadi jika ibu sibuk dengan perkara lain contohnya melihat telefon bimbit anak akan menggunakan teknik menggigit untuk menarik kembali perhatian ibu.
- Selain itu, bayi yang bijak penuh dengan sifat ingin tahu. Sesetengah dari mereka sengaja mengigit untuk melihat reaksi ibu atau apa yang akan berlaku!
5 TIP PRAKTIKAL UNTUK IBU
Banyak cara boleh dilakukan untuk ibu mengelak dari digigit tanpa perlu menghentikan penyusuan. Antaranya ialah;
- Untuk mengelakkan ibu digigit berulang kali, pastikan posisi dan cara pelekapan anak betul setiap kali anda ingin memulakan penyusuan.
- Gunakan jari kelengkeng anda dengan memasukkannya di tepi mulut bayi apabila dia mula hendak menggigit. Apabila bayi menggigit jari kelengkeng anda, bayi akan melepaskan puting anda dengan sendirinya.
- Jika anda terus-terusan menjerit ia akan membuatkan anak akan terus menggigit berulang kali kerana bayi menganggap anda sedang bermain dengannya. Jeritan yang kuat juga boleh menyebabkan anak fobia dan terkejut hingga menolak untuk menyusu terus dengan ibu.
- Jika anak menggigit lagi semasa menyusu, ibu boleh picit hidung anak atau peluk supaya bayi sukar bernafas jadi anak akan mengaitkan faham jika dia menggigit ia akan sukar bernafas.
- Jika masih berlaku, anda boleh menghentikan penyusuan seketika. Pandang tepat ke matanya dan bercakap dengan tegas. Lakukan berulang kali lama kelamaan anak akan faham bahawa jika dia terus menggigit dia pasti tidak akan dapat menyusu lagi.
TOLONG JANGAN MENJERIT BILA DIGIGIT!
Tidak salah untuk ibu menunjukkan reaksi apabila bayi menggigit. Tetapi cukup dengan “ouch” sahaja. Ini kerana jika anda menjerit terlalu kuat di khuatir anak akan terkejut dan menjadi fobia seterusnya enggan menyusu lagi (nursing strikes). Ini kerana, tindakan ini boleh menjadi cara yang terbaik untuk mengelakkan perkara tersebut berulang atau memburukkan lagi keadaan.
PENGALAMAN KENDALI KES IBU DIGIGIT, INI KOMEN KAUNSELOR LAKTASI
Ya, kes ini sering kali juga saya terima dan ada yang hampir putus asa terutama bila gigitan bayi menyebabkan puting luka hingga mengundang masalah lain seperti bengkak susu dan duktus susu tersumbat.
Sebenarnya bukanlah semua bayi gemar menggigit ibu, jadi untuk ibu yang berdepan dengan masalah ini dan jika ianya berulang kali berlaku saya sarankan untuk :-
#1 Pastikan anak sentiasa menyusu dengan pelekapan yang betul.
#2 Beri perhatian kepada anak pastikan sentiasa bersembang, pandanglah mata anak dan elakkan melakukan aktiviti lain sewaktu menyusukan anak.
#3 Jika anak sering kali menggigit, sentiasa bersedia dengan meletakkan jari kelengkeng anda di tepi mulutnya supaya apabila dia mula hendak menggigit anda boleh menghentikannya dengan jari kelengkeng tersebut. Ini kerana, bila bayi menggigit jari kelengkeng dia tidak dapat menggigit puting anda.
#4 Elakkan menarik keluar puting terus dari mulutnya ketika anak menggigit kerana tindakan ini akan membuatkan puting anda mudah terluka sebaliknya keluarkan dengan cara meletakkan jari kelilingking anda di tepi mulut anak.
#5 Jadikan penyusuan suatu sesi yang menggembirakan. Jadi anak akan menikmatinya dengan gembira tanpa menyakitkan ibu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI