‘Helena Cinta Pertama Saya’. Hael Husaini Dipuji Kerana Sikap Penyayangnya Pada Anak Angkat

Share

Sejak lagu nyanyiannya ‘Jampi’ dinobatkan sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu ke-32, Hael Husaini mula menjadi tumpuan ramai peminatnya. Bukan setakat berbakat tetapi dia juga seorang ayah yang penyayang buat anak angkatnya, Nur Helena.

Apa yang menarik mengenai Hael, walaupun belum berkahwin tapi kesungguhan untuk mengambil seorang anak angkat dipuji peminat.

Tahun lalu, Hael ada menjelaskan anak angkatnya itu diterima daripada sebuah keluarga dan diambil sejak lahir. Kini Helena dah pun genap setahun.

Menerusi instagramnya, jelas menampakkannya dia seorang yang begitu penyayang dan ambil berat mengenai Helena. Rutin seperti memandikan, menyuap makanan dilakukan dengan cukup sempurna.

Kesibukan bekerja juga tidak menghalang Hael memberi layanan yang baik dan dia juga berkata sejak Helena hadir dalam hidupnya, kehidupan berubah 360 darjah.

Dia juga tetap bersyukur kerana keluarganya turut membantu Helena ketika dia keluar bekerja. Sibuk macam mana sekalipun tanggungjawab pada Helena nombor satu.

Terbaru, semasa sambutan hari jadi pertama Helena minggu lalu, nampaknya Hael begitu teruja. Keterujaan itu dapat dilihat kerana Helena dapat hadiah yang istimewa dari ayahnya. Hanya melalui kapsyen pun dah mengambarkan mengenai perasaannya.

 Game harini

“apa mekna sentuh ayah kene tunaikan”

Melalui ruangan komen itu, rata-ratanya menyatakan untungnya Helena dapat ayah yang sporting, penyayang walaupun belum berumah tangga.

Sumber: Instagram Hael Husaini & Helena Hael

Published by
Wan Amy